Ini merupakan kali kedua saya dijemput untuk berucap di Kelab Rotary.Terima Kasih diucapkan kepada semua.Berdasarkan kepada keadaan semasa, adalah munasabah untuk saya memperkatakan perubahan kepimpinan yang dipaksakan kepada kita rakyat MalaysiaSaya mengatakan “Kita DiPaksa” kerana saya dan anda sekalian di dalam dewan ini tidak mempunyai fungsi atau mempunyai suara untuk memilih siapakah yang akan memimpin Malaysia selepas ini.
Kita hanyalah sebagai pemerhati di dalam percaturan politik negara ini.Akan tetapi peralihan kuasa ini mempunyai kesan yang yang besar kepada negara ini.Apa yang saya perkatakan ini mempunyai kepentingan yang amat besar kepada negara.Kepimpinan adalah satu perkara yang paling utama, Seseorang yang memegang tampuk pemerintahan negara ini, walau siapa pun beliau, adalah individu yang akan meninggalkan kesan samada yang baik ataupun buruk kepada kita.
Beliau merupakan tangan yang akan memandu kita kearah kejayaan yang besar, ataupun sebaliknya membawa bala bencana yang maha dahsyat.Kecuali sebelum kita mencapai kemerdekaan, tidak pernah di dalam sejarah negara ini menjadi satu perkara yang amat kritikal : Malaysia berada di dalam keadaan krisis.Kita sedang menghadapi cabaran ekonomi yang amat getir yang akan membawa kesan buruk kepada keadaaan sosio-politik negara kita.
Amalan demokrasi negara ini juga turut ditindas oleh mereka-mereka yang pro kepada pentadbiran kerajaan yang bersifat autokratik.Institusi kerajaan kita telah dirobek oleh karikatur-karikatur, yang tidak berupaya untuk membezakan kepentingan parti politik dan kepentingan nasional, yang juga tidak berupaya untuk menawarkan kepada rakyat marhain perlindungan daripada mereka yang berkuasa dan mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin.
Jaringan sosial yang telah membawa kita daripada kehidupan yang dijajah kepada kehidupan sebagai rakyat merdeka telah mencapai satu titik dimana kadangkala kita merasakan kita hanya bergantung kepada sehelai benang.Inilah dia Malaysia yang kita diami sekarangInilah dia Malaysia yang bakal ditinggalkan kepada kita oleh Abdullah Ahmad Badawi.Perdana Menteri kita akan bersara pada hujung bulan ini – satu keputusan yang amat malang sekali .
Saya mengatakan ianya amat malang bukanlah kerana beliau merupakan Perdana Menteri yang berkaliber atau kita bakal kehilangan suatu kepimpinan yang unggul.Kita berasa kecewa kerana PM Abdullah sepatutnya boleh melakukan lebih lagi untuk Malaysia.Malahan, saya mengatakan persaraan Pak Lah adalah adalah bernasib malang kerana ia akan mendedahkan negara ini kepada kuasa yang akan membawa kita ke jurang kebinasaan dengan lebih cepat lagi.
Banyak yang memperkatakan bahawa Pak Lah adalah seorang pemimpin yang lemah.Walau bagaimanapun, para pengkritik beliau tidak memberi perhatian kepada kesan menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri dengan Presiden dalam Penantian UMNO, Najib (Abdul) Razak.Adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa rakyat umum berasa gelisah tentang peralihan kuasa yang bakal berlaku.
Ramai yang berharap supaya ia tidak berlaku.Terdapat dua sebab kenapa ini terjadi.Pertama adalah tuntutan supaya UMNO itu melakukan perubahan secara dalaman.Yang keduanya adalah personaliti peribadi Najib sendiri.Kita mesti mengingati kembali selepas Pilihanraya Umum 2008 – Ia adalah kejayaan besar kepada negara tetapi merupakan bencana kepada UMNO – Maklumbalas dalaman UMNO mengatakan kepimpinan Abdullah yang agak terbuka membawa kepada penentangan terbuka kaum-kaum lain kepada konsep Ketuanan Melayu yang dijaja oleh UMNO.P
ara pengkritik Pak Lah juga mengatakan bahawa kebebasan yang begitu luas yang telah diberikan oleh beliau kepada masyarakat umum telah melemahkan kuasa politik UMNO.Ini diikuti oleh pemikiran UMNO yang menganggap mereka boleh mengukuhkan kembali pengaruh mereka dengan penyusunan semula ideologi mereka dengan menggunakan kuasa yang lebih hebat.
Terdapat nostalgia yang mendalam kepada kaedah kuku besi yang diamalkan semasa era pemerintahan Dr. Mahathir dimana ramai yang tunduk dan patuh kepada pucuk pimpinan tanpa sebarang persoalan.Kelompok yang konservatif di dalam UMNO mengimpikan kembalinya era Mahatirisma, untuk menjadi batu asas kepada perubahan kepimpinan.Terdapat banyak spekulasi yang menyatakan samada kembalinya era Mahathir akan membawa kebaikan kepada Malaysia.
Izinkan saya untuk memberikan pendapat peribadi saya kepada debat ini.Terdapat perbezaan yang amat besar diantara zaman Mahathir dan zaman sekarang iaitu : Untuk kebanyakan kes, Mahathir bersikap keras dan diktator apabila beliau percaya sesuatu perkara tersebut membawa kebaikan kepada negara.Akan tetapi, kaedah kuku besi oleh pemerintah yang lain mungkin berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan bukannya kepentingan negara.Buktinya adalah jelas disekililing kita. S
elepas 8 mac 2008, apabila Perdana Menteri tidak lagi menjadi Menteri Dalam Negeri, Kes ugutan dan balas dendam telah meningkat dengan mendadak dan iklim Menakut-nakutkan telah dijelmakan semula.Penahanan Raja Petra Kamaruddin, Teresa Kok dan Tan Hoong Cheng dibawah ISA telah memburukkan lagi keadaan tersebut.Rampasan kuasa yang amat memalukan di Perak tanpa menghiraukan pendapat umum tentang bagaimana BN merampas kuasa telah membuatkan ramai rakyat berasa amat bimbang tentang prospek bakal kembalinya Malaysia kezaman silam.
Jika perkara tersebut tidak memualkan langsung kepada umum, kita telah pula menyaksikan bagaimana Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempamerkan sikap memihak dan menyokong kepada BN melalui tindak-tanduk mereka yang sepatutnya bertindak sebai broker yang amanah kepada rakyat.
Ini jelas menunjukkan bahawa di dalam kotak fikiran rakyat terbanyak bahawa akibat daripada kekalahan besar pada Mac 2008 yang lalu, UMNO sedang melakukan apa juga tindakan untuk mendapat kembali kuasa yang telah hilang dari kawalan mereka, dan manusia yang dijangkakan berupaya untuk melakukan perkara tersebut adalah orang yang bakal menggantikan Abdullah : Najib (Abdul) Razak.Seorang Perdana Menteri (PM) mestilah mendapat keyakinan daripada majoriti dari rakyat.
Untuk tujuan tersebut, tahap integriti individu tersebut mestilah mencakupi segala persoalan.Bukan sahaja beliau mesti mempunyai keperibadian yang tinggi, beliau juga mesti dilihat oleh orang ramai sebagai orang yang mempunyai keperibadian yang tinggi.Pejabat Perdana Menteri adalah tempat yang memegang amanah yang berat, orang yang memegang amanah tersebut bakal menentukan nasib negara iniUntuk tujuan ini,adalah amat penting supaya tidak terdapat pandangan serong dikalangan masyarakat umum, samada benar ataupun tidak, yang mengaitkan beliau kepada unsur-unsur jenayah,salahlaku ataupun penyalahgunaan kuasa.
Pendek kata, beliau mestilah bebas dari segala kesangsian masyarakat baik secara rasmi ataupun secara peribadi.Tanpa mempunya sebarang niat untuk menuduh, adalah amat mendukacitakan bahawa pada pemikiran rakyat umum, Najib bukanlah individu yang memiliki keperibadian tersebut.Sekiranya referendum keatas Najib ataupun sekiranya Perdana Menteri dipilih secara terus oleh Rakyat, saya tidak fikir Najib akan berjaya.
Sebabnya adalah jelas : Rakyat berasa curiga terhadap beliau yang dipenuhi oleh pelbagai tuduhan yang tidak terjawab terhadap beliau dan juga sikapnya yang tidak bertindak terhadap tuduhan-tuduhan tersebut.Ianya bukanlah perkara kecil yang berlegar dipemikiran rakyat kebanyakkan sahaja, malah walaupun diasak oleh cabaran terus oleh ahli-ahli parlimen baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri masih diam seribu bahasa,tidak langsung menafikan tuduhan-tuduhan terhadap beliau.
Malah beliau juga tidak menuntut supaya tuduhan tersebut disebutkan diluar parlimen supaya dapat dihakimi berdasarkan kepada kaedah yang digunapakai oleh ahli parlimen diseluruh duniaPerkara ini tidak membantu sama sekali kepada bakal Perdana Menteri bilamana Ahli Parlimen terbabit telah digantung selama setahun melalui usul yang dibuat oleh seorang menteri yang lain tanpa ahli parlimen tersebut dipanggil untuk membela diri.
Pertimbangkan perkara ini,Komisen telah dibayar kepada ejen di atas pembelian kapal selam melalui Menteri Pertahanan, yang mana Najib menjadi Menterinya.Adalah tidak masuk akal mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu bahawa ejen tersebut adalah penasihat dan pembantu beliau, Abdul Razak Baginda.Komisen yang dibayar pula adalah amat besar jumlahnya, melebihi RM400 juta.
Menteri Pertahanan sepatutnya bertanggungjawab untuk melakukan siasatan untuk memastikan bahawa terdapat perlakuan yang menyeleweng di dalam kaedah dimana kontrak tersebut di anugerahkan apabila berita mengenai komisen tersebut timbul.Malahan, harga kapal selam akan menjadi lebih murah sekiranya komisen tersebut tidak dibayar.Pembayar cukai iaitu saya dan Tuan-tuan,telah membayar harga kapal selam tersebut termasuklah sejumlah komisyen yang amat besar.
Pembayar cukai juga masih belum dimaklumkan samada akan ada siasatan bakal dilakukan apalagi keputusan siasatan tersebut.Bayangkan tentang kisah Altantuya Shaariibuu.Seorang wanita muda telah dibunuh dengan kejamnya,mayatnya pula telah diletupkan.Bahan letupan yang digunakan bukanlah bahan letupan biasa,sehingga kini masih lagi tidak terdapat sebarang siasatan bagaimana bahan letupan ini diperolehi oleh pembunuh-pembunuh.
Tertuduh terhadap kes Altantuya adalah pegawai polis yang bertugas di Unit Tindakan Khas(UTK), unit pakar yang bertindak sebagai pegawai peribadi kepada PM dan TPM.Dikala wujudnya bukti bahawa tertuduh ditugaskan untuk melindungi PM dan TPM, mereka diarahkan kepada Abdul Razak Baginda melalui Pembantu TPM.Antara lain , kita mendengar khabar angin yang menyatakan bahawa pegawai penyiasat mengakui bahawa TPM adalah saksi yang penting akan tetapi tiada sebarang kenyataan diambil dari beliau.
Ianya masuk akal untuk mengatakan bahawa ini adalah perkara luar biasa, tatkala bukti SMS diantara TPM dan peguam terkenal mengenai kes tersebut didedahkan kepada umum.SMS tersebut tidak boleh dipandang ringan dengan hanya disapu dibawah karpet.Walaupun sekiranya mereka tidak terbukti – ataupun tidak berupaya untuk membuktikan – bahawa Najib bersalah. Isu-isu ini perlu di beri perhatianKeadaan mesti dijernihkan,Ianya penuh dengan perlbagai tuduhan dan kesangsian yang hanya akan merendahkan martabat pejabat perdana menteri sekiranya Najib mewarisi jawatan tersebut.
Keadaaan dimana pertuduhan keatas Abdul Razak Baginda hanya dikenakan apabila terdapat tuntutan daripada masyarakat umum,juga bagaimana kaedah peguam negara mengendalikan kes tersebut dan keputusan Mahkaah Tinggi yang membebaskan Abdul Razak Baginda yang tanpa sebarang rayuan dari pihak peguam negara.Kes yang berlaku di negeri Perak pula merupakan satu bencana yang besar melanda negara ini.Ia bukanlah satu rahsia bahawa Najib mengetuai tindakan tersebut malah beliau masih mengendalikan perkara tersebut sehingga kini.
Di dalam pemikiran rakyat Malaysia, Perak adalah sinonim dengan TPM.Mereka menyamakan beliau dengan taktik kotor yang digunakan untuk merampas kuasa.Antara taktik yang digunakan adalah kehilangan tiga orang ahli dewan undangan negeri Perak dan juga sekatan jalanraya ke Dewan Undangan Negeri oleh pihak polis.
Dengan bertindak demikian, mereka menyamakan TPM dengan rampasan demokrasi, kecuali mereka yang mempunyai hubungan dengan UMNO.Di dalam pemikiran kebanyakkan rakyat jelata ,seorang pemimpin yang bertanggungjawab tidak akan membenarkan sebarang tindakan buruk terhadap institusi negeri dan perlembagaan negara iniMereka ini bertanya, Adakah ini bentuk kepimpinan yang akan dibawa oleh Najib apabila beliau menjadi Perdana Menteri?
Dengan semua ini, malah banyak lagi perkara yang meragukan mengenai Najib,Adakah kita tidak perlu berasa gusar? Bolehkah kita tidur lena di malam hari? Saya tahu yang saya tidak boleh.Situasi ini adalah sangat genting dan sarat dengan tekanan.Kita perlukan keadaan ini diselesaikan menurut kaedah yang memberi manfaat kepada kepentingan negara dan rakyat.Pada suatu tahap, perkara ini adalah urusan Barisan Nasional.
Saya menyeru ahlinya supa mengenepikan kepentingan politik dan fikirkan perkara ini secara mendalam.Kita semua mahukan masa depan yang baik,selamat dan makmur untuk generasi akan datang,semua mereka, Malaysia yang mana anak-anaknya boleh mencapai bintang dengan kepastian bahawa tidak ada satupun yang menghalang anak Malaysia mencapai apa yang mereka ingini.
Saya tidak percaya bahawa Barisan Nasional akan melakukan apa yang perlu.Mereka yang mempercayai ini akan kelihatan sinikal dari sudut politik.Jawapannya boleh didapati di pihak yang lain iaitu Yang di-Pertuan Agong.Di dalam kes ini, Tuanku Sultan memainkan peranan sebagai penentu.Hak untuk melantik Perdana Menteri menggantikan Abdullah terletak ditangan baginda.Walaupun di bawah perlembagaan negara baginda dikehendakki melantik individu yang mendapat sokongan majoriti ahli parlimen sebagai perdana menteri, ia adalah perkara yang dibawah bidang kuasa baginda untuk membuat keputusan.
Tidak pernah terjadi sebelum ini, beban yang begitu berat perlu digalas oleh Baginda untuk melantik perdana menteri yang memerlukan keberanian dan pilihan yang betulUntuk Raja dan Negara,Saya menggesa Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk membuat pertimbangan dan prasyarat kepada perlantikan tersebut berdasarkan keraguan dari rakyat jelata.
Tidak ada kewajiban perlembagaan yang menyatakan bahawa baginda perlu melantik Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri.Masih lagi ada individu yang berkelayakan dikalangan ahli parlimen UMNO yang boleh dilantik sebagai PM untuk membawa kita kembali dari jurang bahaya iniMalaysia memerlukan seseorang yangmana rakyatnya boleh bergantung harap tanpa sebarang perasaan curiga.
Seorang yang boleh dipercayai dan dihormati.Seorang yang tidak mempunyai skandal yang boleh menganggu beliau dan dengan itu boleh mendapat penghormatan dari masyarakat antarabangsa.Keadaan semasa adalah agak sukar bagi kita dan kita perlu bersedia untuk menghadapi keadaan yang buruk ini.Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatu-padukan negara ini di dalam kepelbagaian.
Berpecah, kita akan lemah.Saya agak keberatan untuk menyatakan perkara ini, akan tetapi berdasarkan perkara yang saya nyatakan tadi,saya berkeyakinan bahawa Najib akan hampir pasti akan memecah-belahkan kita dan tindakan sedemikian akan mengheret kita kejurang yang bahaya.
Sebahagian dari kita mungkin mengatakan bahawa usaha untuk mempromosikan kepentingan nasional pada peringkat ini tidak akan membuahkan hasil.Sekiranya kebenaran itu didedahkan, saya berhasrat untuk disusupkan kedaerah hilang harapan dan menyerah kalah juga.Saya berjuang melawan hasrat untuk menyerah kalah ini hanya kerana satu sebab : Malaysia dan segala yang dimilikinya. Negara ini adalah negara yang dirahmati, Negara yang terlalu berharga untuk kita serahkan kepada yang tidak layak.
Terjemahan Ucapan Bekas Menteri Undang-Undang Dato' Zaid Ibrahim di Royal Rotary Club of Kuala Lumpur (Malaysiakini.com)