Sunday, October 25, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA PKR CABANG BERA KALI KE 07 / 2009



Mesyuarat Jawatankuasa PKR Cabang Bera yang terbaru pada 27 September 2009 yang dipengerusikan oleh Tn Hj Abas Awang yang juga Ketua PKR Cabang Bera.


Suasana mesyuarat bulanan Jawatankuasa PKR Cabang Bera kali ke 07/2009, pada 27 September 2009 lalu. Sehingga akhir September tahun ini, PKR Cabang Bera telah mengadakan mesyuarat jawatankuasanya sebanyak 7 kali berbanding di sepanjang tahun lepas 2008 mesyuarat bulanan jawatankuasa hanya mampu dilakukan sebanyak 8 kali sahaja. Alhamdulillah sehingga kini, kehadiran korum untuk setiap kali mesyuarat bulanan ini diadakan sentiasa mencukupi 1/2 kehadiran AJK. Secara puratanya kehadiran AJK ialah diantara 12-14 orang yang pasti hadir daripada jumlah keseluruhan 18 Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Bera.

Mesyuarat bulanan jawatankuasa merupakan salah satu aktiviti wajib PKR Cabang Bera pada setiap bulan dan disusuli dengan aktiviti memasuki dan melawat kawasan yang diputuskan ketika mesyuarat dijalankan. Dengan itu pimpinan PKR Bera akan bertemu secara terus dengan penduduk di Bera ini dan sebarang permasalahan akan akan cuba diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Mesyuarat jawatankuasa PKR Cabang Bera kali ke 08/2009 Insya Allah akan diadakan pada 31 Oktober ini di Pejabat PKR Cabang Bera, Bandar Bera. Pimpinan PKR Bera mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua AJK serta penyokong dan pendokong PKR di Bera ini yang sentiasa dan tetap bersama dengan PKR khususnya semenjak kewujudan KEADILAN itu sendiri di sini.

No comments: