Wednesday, February 3, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA KALI PERTAMA / 2010 (31 JANUARI 2010) PKR CABANG BERA






BANDAR BERA 31/01/2010 @ AHAD:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera telah mengadakan mesyuarat J/kuasa cabang buat kali pertama tahun ini di pajabatnya di Bandar Bera. Seramai 16 orang daripada 20 orang AJK cabang ini telah menghadiri mesyuarat tersebut yang telah di pengerusikan secara bersama oleh Sdr Hamzah Bawa (Timbalan Ketua) dan Sdr Rizan (Setiausaha).

Sebagaimana kebiasaannya mesyuarat tersebut sepatutnya di pengerusikan oleh Ketua Cabang Tn Hj Abas Awang tetapi kelewatan beliau untuk kembali ke sini akibat jadual penerbangannya dari Sabah ke KLIA yang telah ditunda daripada jam 7.00 pagi kepada jam 12.00 tengahari telah mengakibatkan mesyuarat cabang ini terpaksa diteruskan tanpa kehadiran beliau.

Dimesyuarat ini juga beberapa perkara telah dibincangkan antaranya ialah pembukaan beberapa lagi ranting-ranting PKR didalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini antaranya ialah dua di Dun Guai, tiga di Dun Kemayan dan satu di Dun Triang. Disamping itu juga PKR cabang Bera juga telah memutuskan untuk mengaktifkan kembali beberapa ranting yang sedia ada sebelum ini iaitu dua di Dun Triang, tiga di Dun Kemayan serta satu di Dun Guai.

Untuk rekod PKR Bera kini mempunyai tujuh ranting yang aktif iaitu Tembangau, Pos Iskandar, Felda Tementi, Felda Triang 1, Felda Triang 3, Bukit Rok dan juga Kerayong.

Beberapa perkara lain juga telah diputuskan secara bersama semalam ialah meluluskan Takwim Tahunan PKR Bera untuk aktiviti di sepanjang tahun 2010 disamping perbincangan bagi persediaan untuk Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) 2010 dan juga persiapan daripada cabang Bera untuk menghantar perwakilan sempena Konvensyen Felda Kebangsaan yang dijangka di adakan pada bulan Februari 2010.

PKR Cabang Bera dijangka menghantar seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada warga felda tanpa mengira fahaman politik ke konvensyen Felda nanti. Antara isu lain yang dibincangkan juga ialah isu sekolah Tamil di Bera yang telah mula menampakkan hasil yang positif hasil usaha yang diketuai oleh Sdr Sarawanan selaku Pengerusi Badan Bertindak SJKT Tamil yang juga merupakan Timbalan Ketua AMK Bera merangkap Exco AMK Malaysia.

Di akhir mesyuarat itu juga telah diputuskan satu ceramah isu semasa terkini melibatkan negeri Pahang khususnya akan diadakan didalam bulan Februari ini di dalam Dun Kemayan. Program ini akan diketuai oleh Sdr Sarawanan selaku Pengarah program dengan dibantu oleh Sdr Bob Manolan dan juga Ketua Penerangan Cabang Bera, Tn Hj Hamzah Ibrahim.

Mesyuarat yang bermula pada jam 3.30 petang telah berakhir pada jam 5.30 petang itu turut memutuskan bahawa mesyuarat Pakatan Rakyat Bera kali pertama akan diadakan pada februari ini dengan setiap parti PKR,PAS dan DAP akan menghantar seramai lima orang wakilnya di perjumpaan itu nanti.

No comments: