Friday, August 7, 2009

APABILA MENTERI SENDIRI GAGAL MENJAGA KEPERLUAN RAKYAT DIKAWASANNYA SENDIRI

MEMALUKAN: MENTERI UMNO AHLI PARLIMEN BERA SIBUK JAGA PENGGUNA, TAPI RAKYAT DIKAWASAN SENDIRI AKHIRNYA TERSIKSA MENANGGUNG DERITA!


BERA - Sungguh memalukan buat seorang menteri UMNO yang bernama Datuk Ismail Sabri Yaakob (foto), bilamana beliau selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan gagal untuk memberi khidmat terbaik bagi rakyat di kawasannya iaitu Parlimen Bera. Ini berikutan kegagalan beliau bagi memastikan bekalan gula dapat disalurkan secara luas ke daerah itu, telah menyebabkan rakyat di kawasan beliau mengalami masalah kekurangan gula. Tambah memalukan lagi, beliau baru sahaja merasmikan sebuah pejabat cawangan kementerian itu di Bera baru-baru ini. Melihat kepada masalah yang berlaku, menunjukkan yang Ismail Sabri telah gagal membela rakyat selaku pengguna di kawasan berkenaan. Beliau lebih seronok untuk menjadi juara di kawasan lain, tetapi kawasannya sendiri terabai tidak diambil pusing. Difahamkan sebanyak 66 tan metrik gula telah dihantar ke kedai-kedai di daerah Maran, Bera, Temerloh dan rancangan Felda Jengka semalam bagi mengatasi masalah kekurangan gula yang berlaku di daerah itu sejak beberapa hari lalu. Ketua Pegawai Unit Pengkuatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Temerloh, Osman Din berkata bekalan gula tersebut untuk bekalan empat hari mulai hari ini hingga Ahad. "Gula yang tiba itu adalah dipesan lima pemborong di daerah Temerloh daripada Malaysian Sugar Manufacturing dan Gula Padang Terap Sdn Berhad beberapa hari lalu," katanya. Inilah yang dikatakan "Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan" agaknya.

[Syabas dan tahniah buat Datuk Ismail Sabri Yaakob atas keperihatinan beliau ini. Malah beliau sepatutnya sudah membina semula jalan masuk ke Felda Tembangau melalui Bera. Apa yang berlaku sekarang, rakyat di situ terpaksa melalui jalan sejauh hampir 60 km negeri orang (Negeri Sembilan) semata-mata untuk sampai ke bandar Kemayan di Bera. Akhirnya ramai anak-anak Pahang yang lahir di Tembangau kini berdaftar sebagai anak Negeri Sembilan, kerana mereka terpaksa ke hopital Bahau yang berdekatan, akibat jalan alternantif ke Bandar Bera tidak diperbaiki. Mana janji manis Barisan Nasional semasa pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Mereka berjanji untuk memperbaiki jalan tersebut yang merupakan jalan berdaftar yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda sahaja. Datuk Ismail Sabri perlu mengambil perhatian perkara ini].



Artikel ini di petik dari Pahang Daily Online, http://pahangdaily.blogspot.com

No comments: