Tuesday, August 11, 2009

BIRO HAL EHWAL ORANG ASAL PKR PAHANG SUDAH BERSEDIA UNTUK MENGADAKAN SEMINAR PERJUANGAN ORANG ASAL NEGERI PAHANG


Sdr Bob Manolan (Dalam gambar), Timbalan Pengerusi 1, Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Pahang memberitahu Blog Semangat Lubok Kawah bahawa Biro itu sudah pun bersedia untuk mengadakan Seminar Hal Ehwal Orang Asal Negeri Pahang.

Biro tersebut telah menjemput 4 orang tokoh yang terlibat dengan perjuangan Orang Asal untuk membentangkan Kertas Kerja iaitu Dr. Collins Nicholaus daripada COAC, Sdr Bah Tony, aktivis Orang Asal dari Negeri Perak yang mempunyai kelulusan undang-undang, Sdr Bob Manolan sendiri dan Sdr Yusri Ahon, Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal PKR Negeri Pahang.

Satu mesyuarat khas akan diadakan di Temerloh selepas Hari Raya Idulfitri nanti untuk memperkemaskan kerja-kerja dan agenda Seminar tersebut termasuk jemputan kepada pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat untuk merasmikan Seminar itu kelak.

Dijangka seramai 400 orang Asal dari seluruh Pahang mewakili seluruh kampong-kampong Orang Asal di Negeri Pahang akan menghadiri Seminar tersebut, dan Seminar tersebut akan membuat beberapa resolusi bagi perjuangan Orang Asal di Negeri Pahang dan menetapkan tuntutan mereka untuk diperjuangkan sehingga memperolehi kejayaan.

Sdr Suhaimi Said, selaku Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal Parti Keadilan Rakyat akan melapurkan perkembangan ini kepada Mesyuarat Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat Pahang untuk mendapatkan kerjasama dari pimpinan dan Pengerusi-Pengerusi Cabang PKR seluruh Pahang bagi menjayakan Seminar ini.

Kejayaan Seminar ini akan merintis sokongan padu daripada penduduk Orang Asal Negeri Pahang kepada Parti Keadilan Rakyat.




Petikan artikel ini dari blog PKR Cabang Kuala Krau, http://lubuhkawah.blogspot.com

No comments: