Thursday, March 12, 2009

CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI BERA 11/03/2009

YB Yaakob Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada PKR


Barisan pimpinan dan penceramah dari PKR dan PAS, dari kiri Tn Hj Abas (Ketua PKR Bera) , YB Yaakob Sapari (Exco Selangor, PKR), Ust Sulaiman Mohamad (YDP PAS Bera), YB Ust Nasir Zakaria (MP Padang Terap, PAS) dan Tn Hj Musanif (Bendahari PAS Pahang)

Ahli Parlimen PAS Padang Terap, YB Ust Nasir Zakaria

Ust Sulaiman, Sdr Rizan, YB Ust Nasir Zakaria, Tn Hj Musanif, YB Yaakob Sapari dan Tn Hj Hamzah Ibrahim

BANDAR BERA 11 MAC 2009:

Program ceramah isu-isu semasa tanah air terus menjadi harapan terutamanya pada masyarakat desa dan kampung. Malam tadi berlangsungnya lagi sekali ceramah Pakatan Rakyat yang dinajurkan oleh Dewan Pemuda PAS Bera bertempat di Markas Darul Ikhwan, Bera Pahang Darul Makmur.
Antara penceramah yang diundang berceramah malam tadi ialah YB Yaakub Sapari (Exco Kerajaan Selangor dari PKR), YB Ust Nasir Zakaria, Ahli Parlimen PAS Padang Terap dan Ust Sulaiman Mohamad, selaku YDP PAS Kawasan Bera.

Turut menghadiri program tersebut ialah Tn Hj Abas Awang selaku Ketua PKR Bahagian Bera, Sdr Rizan (Setiausaha PKR Bera), Tn Hj Adnan (Pengerusi Biro Ekonomi PKR Pahang), Mantan ADUN Guai Tn Hj Hamzah Ibrahim yang baru minggu lepas secara rasminya menyertai PKR serta Mantan Calon PAS Dun Guai yang juga Bendahari PAS Pahang, Tn Hj Musanif Abd Rahman.

Hampir 500 orang menghadiri ceramah tersebut yang begitu berminat untuk mengetahui apa yang berlaku terutamanya di Dun Selangor serta di Dewan Rakyat oleh kedua wakil rakyat tersebut.

No comments: