Tuesday, March 3, 2009

PEJABAT PKR BERA MERCU TANDA BARU DAERAH BERA





Gambar-gambar Pejabat PKR Bahagian Bera

Bandar Bera: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Bera kini telah mempunyai pejabat bahagiannya sendiri yang lokasinya berada dipersimpangan utama Bandar Bera yang juga laluan utama Temerloh - Bahau. Pejabat PKR ini yang menempatkan pejabat pentadbiran serta pusat aktiviti utama kegiatan parti.
Lokasi yang disifatkan oleh orang ramai begitu strategik untuk memperkenalkan PKR kepada masyarakat di Bera juga berada di tapak pekan sehari (Ahad) dan juga berhadapan dengan Kompleks Kerajaan yang menempatkan juga Pejabat Daerah Bera serta berbagai lagi jabatan kerajaan.
Bagi ahli-ahli PKR, kewujudan pejabat PKR yang turut dipasang papan tanda parti ini jelas menunjukkan keseriusan kita untuk menawan dun-dun serta parlimen Bera itu sendiri dan seterusnya menawan negeri Pahang di PRU 13 nanti.

No comments: