Wednesday, March 4, 2009

HJ ABAS KETUA PENERANGAN PKR PAHANG BARU

Dari kiri Cikgu Rashid Ali, Tn Hj Abas Awang dan Ustaz Kamaruddin.


Perjumpaan peringkat tertinggi pertama Biro Penerangan PKR Negeri Pahang telah diadakan pada 02 Mac 2009 yang lalu di Gombak telah diketuai oleh Ketua Penerangannya yang baru Tn Hj Abas Awang untuk menggantikan Tn Hj Suhaimi (Ketua PKR Bahagian Kuala Krau) yang kini dilantik sebagai Ketua Biro Hal Ehwal Felda & Orang Asal PKR Pahang.

Perjumpaan yang lebih berkonsepkan 'mencari pendapat' serta 'memperkayakan idea' itu turut disertakan bersama Timbalan Ketua Penerangan 1 & 2 Cikgu Rashid Ali serta Ustaz Kamaruddin dan juga Setiausaha Biro Penerangan Negeri Sdr Rizan. Manakala Sdr Bob Manolan yang turut dilantik sebagai Pegawai Khas (HEO Asal) tidak dapat menyertainya disebabkan kelewatan.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan diperjumpaan tersebut ialah perlantikan kesemua secara automatik 14 orang Ketua Penerangan Bahagian PKR seluruh negeri Pahang sebagai Ahli Jawatankuasanya. Biro ini akan lebih berfungsi sebagai penyedia maklumat terkini yang berkaitan dengan parti itu sendiri serta isu-isu terkini senario politik tanah air kita kepada semua ahli PKR di Pahang dan juga umum.

Lanjutan daripada keputusan yang dicapai itu, Biro ini akan mengadakan mesyuarat pertama yang melibatkan kesemua ajk-ajk yang telah dipersetujui sebagai wakil setiap bahagian untuk meneruskan agenda penerangan negeri.


No comments: