Saturday, March 21, 2009

PAKATAN RAKYAT BERA BERTAMBAH MANTAP

BANDAR BERA 20 MAC 2009:

Pakatan Rakyat Bera akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menawan kerusi Parlimen Bera dan seterusnya menawan dua lagi kerusi dun (Guai dan Kemayan). Didalam memastikan usaha ini berjaya, Pakatan Rakyat Bera telah bersetuju agar tiga parti komponen ini PKR, PAS dan DAP sentiasa bekerjasama didalam apa acara dan program yang bakal dianjurkan nanti.

Usaha kearah penglibatan ini telah dibuktikan ketika PKR Bahagian Bera menganjurkan program ceramah umum di Triang 3 pada akhir bulan Januari lalu. Semoga penglibatan semua pihak didalam Pakatan Rakyat Bera ini akan membuahkan hasil bukan sahaja menawan kerusi-kerusi dun dan parlimen di Bera malahan menawan Pahang di PRU 13 nanti, Insya Allah.

Untuk rekod, kerusi parlimen Bera kini disandang oleh Dato Sri Ismail Sabri Yaakob (Umno/BN) yang juga Menteri Belia dan Sukan, manakala Dun Guai oleh YB Sdr Nurul Azali (Umno/BN), Dun Kemayan, YB Fadhil Osman (Umno/BN) manakala Dun Triang kekal di tangan YB Leong Ngah Ngah (DAP) sehingga kini.

No comments: