Wednesday, March 31, 2010

MAB SADURAN AEM

KUALA LUMPUR, 31 MAC 2010:

Majlis Pakatan Rakyat tengah hari tadi mendakwa Model Ekonomi Baru (MEB) menyadur semangat Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memuatkan prinsip-prinsip utama AEM dalam ucapannya, semalam.

"Seolah-olah prinsip utama yang diwar-warkan itu disadur dari AEM (apabila) Perdana Menteri bercakap mengenai keperluan mencapai pendapatan tinggi, membina ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, peralihan bantuan berasaskan keperluan tanpa mengira kaum," jelas beliau di Parlimen.

Jelas Anwar, kesemua prinsip tersebut telahpun diperjuangkan Pakatan Rakyat sejak 2006 lagi, dan kemudiannya menjadi manifesto bersama-sama PKR, DAP dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) yang lalu.

Pun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan I turut dilihat gagal menjelaskan mekanisme lanjutan untuk mencapai kelapan-lapan inti utama MEB.

Bagi Pakatan Rakyat, katanya kerajaan seharusnya menyentuh kaedah-kaedah kerajaan menangani isu rasuah, ketirisan, pembaziran, ketidakbebasan mahkamah, polis dan PDRM tidak profesional sebelum memperkenalkan MEB.

Dengan tidak menyentuh beberapa mekanisme tersebut, menurut beliau, mengakibatkan ekonomi negara terus dilihat tidak menentu oleh para pelabur luar.

Akibatnya, menurut Anwar, dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangkakan akan disalahgunakan oleh kroni-kroni tertentu melalui aktiviti pengkorporatan badan tersebut kelak.

"Pengkorporatan akan dilakukan di mana (dana) KWSP akan dipinda pada satu badan tertentu sedangkan tanpa reformasi menyeluruh, bahaya pada (aktiviti) penswastaan," jelasnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kemudiannya berkata, tindakan Najib mengumumkan MEB di luar Parlimen seolah-olah tidak mencerminkan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

"Pengumuman Najib itu bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan kerana pengumuman tersebut dibuat di luar Dewan Rakyat," jelasnya.

Senada dengan Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan Najib itu seperti menghina kemuliaan Dewan Rakyat.

Ini kerana, menurut beliau, Najib sanggup pergi mengumumkan MEB di luar Parlimen, sedangkan beliau berpeluang membentangkan di Dewan Rakyat sekarang.

Dalam perkembangan yang lain, Majlis Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa PKR direstui untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor kelak.

Turut menyertai Anwar, Lim dan Abdul Hadi di Pejabat Ketua Pembangkang adalah Dr. Syed Husin Ali (Timbalan Presiden PKR), Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan beberapa pemimpin tertinggi komponen PR.


* Artikel ini dipetik dari www.harakahdaily.net

DS ANWAR : PENASIHAT TENTERA ISRAEL YANG SAMA ILHAMKAN SATU ISRAEL, 1 MALAYSIA !

KUALA LUMPUR 31 MAC 2010 :

Persamaan Satu Israel dan 1 Malaysia tidak boleh dianggap kebetulan kerana kedua-dua konsep tersebut dicetuskan oleh pegawai perisikan tentera Israel yang sama yang bekerja dengan bekas Perdana Menteri negara Zionis itu pada 1999.

Pegawai tentera terbabit yang kini bekerja dengan APCO ketika itu bekerja di bawah Ehuh Barak yang menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kritikan Parti Buruh kepada Ehud Barak ialah kerana terlalu ramai rakan tentera perisikan yang bukan dari parti.

"Platform Satu Israel menjanjikan perkhidmatan yang lebih baik dalam pendidikan dan kemudahan kesihatan baik manakala di Malaysia pula ada klinik 1 Malaysia,

"Tujuan Ehud untuk alih isu 'settlement' atau penempatan, iaitu alih pandangan lain dalam negara manakala 1 Malaysia alih isu pertelingkahan antara kaum dan masalah rasuah dalam negara.

"Mesej Satu Israel ialah 'People first' manakala 1 Malaysia pula 'Rakyat didahulukan', Kemudian 1 Israel menubuhkan Tabung Satu Israel manakala Malaysia menubuhkan Yayasan 1 Malaysia.

"Jadi persamaannya itu terlalu banyak di antara apa yang dibuat Ehud Barak dan Datuk Seri Najib Razak.

"APCO menafikan tetapi pegawai yang bertugas adalah pegawai yang sama yang saya namakan Pegawai Pertahanan Israel," kata Anwar dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen semalam.

Anwar memnuat sidang media tersebut setelah menjelaskan isu APCO secara terperinci di dalam Dewan Rakyat pagi semalam.

Penjelasan tersebut dibuat selepas Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(1) meminta Ketua Pembangkang membuat penjelasan mengenai isu APCO pada sidang Dewan Rabu minggu lalu.


* Artikel ini di petik dari http://Suara-Keadilan.com

GANESAN BOHONG TERIMA TUJUH SOALAN SAHAJA DARIPADA PAKATAN RAKYAT

IPOH 31 MAC 2010 :

Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Speaker 'haram', Datuk R. Ganesan yang mendakwa menerima hanya tujuh soalan daripada 216 soalan yang dihantar.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata ADUN Pakatan telah menghantar soalan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

"Kita telah menghantar soalan bertulis kepada Setiausaha Dewan, kita juga telah mengikut arahan surat yang dihantar oleh Setiausaha Dewan yang mengarahkan semua soalan perlu dihantar sebelum 15 Mac.

"Kita mengikut apa yang diarahkan oleh surat tersebut, tetapi kenyataan Speaker haram itu mengatakan beliau hanya menerima tujuh soalan dari ADUN Pakatan. Ini satu pembohongan sedangkan kita telah menghantar semua soalan, kalau tujuh orang sahaja kami nak tahu siapa mereka dan apa soalan tersebut.

"Disini timbul persoalan, Speaker sepatutnya tidak menerima soalan, yang terima adalah Setiausaha Dewan tetapi kenyataan yang diberikan oleh Speaker haram itu nampak sangat menipu dan ada unsur tertentu yang tidak mahu soalan-soalan yang dikemukakan oleh ADUN Pakatan dijawab di dalam Dewan," kata Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang dalam sidang media semalam selepas sidang ditangguhkan.

Nizar juga menjelaskan soalan yang dikemukakan itu menjurus kepada kepentingan rakyat Perak dan fakta-fakta yang diperlukan.

"Soalan kita semua untuk kebajikan rakyat dan ada juga soalan yang kita perlukan fakta jadi tindakan menafikan soalan itu tidak tepat dengan etika Dewan," tegas Nizar.



* Artikel ini dipetik dari http://Suara-Keadilan.com

Tuesday, March 30, 2010

PRK HULU SELANGOR: MIC KELUAR, UMNO MASUK?

Polemik terbaru antara parti komponen didalam Barisan Nasional (BN) dijangka berlaku lagi apabila UMNO dan MIC masing-masing menuntut untuk meletakkan calonnya masing-masing di Pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor nanti.

Sebaik sahaja berita kematian mantan MP Hulu Selangor Dato Dr Zainal Abidin Ahmad tersebar, MIC melalui kenyataan Presidennya Dato Seri S.Samy Vellu telah awal-awal menetapkan bahwa Dato G.Palenivel adalah bakal calon yang akan dikemukakan kepada MIC kerana dengan alasan Dato G.Palanivel ini merupakan mantan MP disitu sejak 1995-2008 lalu oleh itu tidak menjadi masalah untuk MIC dan Barisan Nasional (BN) mencalonkan beliau lagi sekali.

Namun begitu sanggahan yang dibuat oleh beberapa orang pimpinan UMNO negeri Selangor jelas menunjukkan bahawa ada kemungkinan UMNO juga mahu meletakkan calon berasaskan komposisi pengundi di parlimen Hulu Selangor yang berkedudukan pengundi melayu 53.5%, berbanding pengundi cina 27% dan pengundi india pula sekitar 19.5%.

UMNO beranggapan strategi yang digunakan oleh PKR di Pilihanraya Umum PRU 12 lalu kelihatan berjaya apabila PKR melalui calonnya ketika itu Dato Dr Zainal Abidin Ahmad berjaya memenangi hati serta pengundi melayu yang menguasai parlimen Hulu Selangor sehingga PKR berjaya merampas kerusi ini daripada MIC yang merupakan penyandang tiga kali berturut melalui G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC.

Pemilihan calon yang sesuai dengan keadaan semasa juga amat penting lebih-lebih lagi didalam isu politik semasa negara yang tidak pernah padam sejak PRU 12. UMNO dengan strateginya yang melihatkan komposisi pengundi melayu sebagai majoriti melihatkan ini adalah peluang terbaik untuknya melonjakkan parti UMNO sebagai juara dikalangan orang melayu, justeru itu dengan meletakkan calon daripada UMNO sahajalah mereka merasakan kerusi ini mampu dikembalikan semula kepada BN.

Disamping itu juga UMNO beranggapan rakyat tidak berapa suka dan seronok dengan MIC atau kemungkinan tidak berapa suka kepada calon MIC disebabkan rekod lalu, memungkinkan lagi betapa kuatnya desakan agar UMNO diberi peluang bertanding disitu.

MIC pula beranggapan sebagai satu komponen utama BN merasakan parlimen Hulu Selangor adalah hak dan kepunyaan MIC sejak dahulu lagi dan seharusnya perkiraan ini diambil kira sebagai asas kerjasama didalam BN. Walaupun dengan jumlah pengundi kaum india begitu kecil, ia tidak seharusnya dijadikan asas untuk ‘menyingkirkan’ MIC begitu sahaja tanpa mengambil kira peranan MIC sebelum ini kepada pembinaan negara Malaysia!

Walaupun apa alasannya oleh kedua pimpinan UMNO dan MIC ini, rakyat kini sudah boleh menilai dan mengetahui apa yang sedang berlaku sekarang didalam BN dan kita juga tahu rakyat kini semakin matang dan melihat bahawa parti yang berasaskan perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC sesungguhnya tidak ‘relevan’ lagi dinegara kita yang telah merdeka hampir 53 tahun ini.

Sesungguhnya inilah perbezaannya mereka (UMNO, MCA & MIC) berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang jelas berbeza dari segi pendekatannya yang tidak berasaskan rasis perkauman sebagai modal politik didalam perjuangan membela nasib rakyat bawahan!



* Artikel ini dipetik dari blog http://ingeniur.blogspot.com

PENYERTAAN AHLI UMNO DALAM PERKASA BUKTI 1 MALAYSIA GIMIK POLITIK

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat penyertaan ahli-ahli Umno dan sokongan mereka terhadap -Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) sebagai bukti jelas bahawa Umno tidak serius dalam gagasan 1 Malaysia.

Gagasan berkenaan hanyalah gimik politik bagi menarik kembali sokongan kaum-kaum bukan Melayu kepada Barisan Nasional, sedangkan dalam masa yang sama mereka menyertai dan menyokong Perkasa yang membangkitkan isu perkauman atas nama Melayu.

Sebelum ini, Kerajaan BN dan Umno berpakat mengharamkan pertubuhan Su Qiu dan Hindraf yang dikatakan pelampau Cina dan India yang menyemarakan semangat perkauman. Tetapi bila Perkasa wujud, mereka membelanya atas nama kebebasan bersuara. Di sini memperlihatkan ketidakadilan Umno dalam memberikan hak kepada semua kaum bagi menubuhkan pertubuhan. Malah Perkasa mendapat keistimewaan khas untuk menerbitkan Akhbar mereka sendiri, sedangkan media parti politik seperti Harakah dan Suara Keadilan menunggu bertahun-tahun untuk dapatkan permit.

PAS tidak menafikan hak Perkasa untuk berpersatuan atau mewujudkan organisasinya, tetapi pihak Kerajaan perlu adil dan Umno seharusnya menyatakan pendirian sebenar mereka dalam gagasan 1 Malaysia.

Pengakuan Ketua Pemuda Umno sebelum ini bahawa memang ada ahli Umno menyertai Perkasa membuktikan bahawa Umno sendiri merupakan parti perkauman.

Kehadiran Mukhriz dan Awang Adek dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa baru-baru ini menunjukan pemimpin Umno memang tidak ikhlas dalam gagasan satu Malaysia dan menyokong Perkasa untuk menyemarakan kebencian antara kaum.

PAS melihat bahawa rakyat juga semakin sangsi dengan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat gagal memberikan kefahaman kepada ahli Umno terhadap gagasan 1 Malaysia. Mungkinkah wujud penentangan terhadap Najib dan gagasannya itu sehingga membuatkan ahli dan pemimpin Umno secara terbuka menyokong Perkasa.

Pas berharap agar rakyat menyedari perkara ini dan bersatu menolak pelampau perkauman ini. Pas menyeru rakyat hidup bersatu padu dengan rasa muhibbah tanpa perlu melakukan apa-apa provokasi melampau.

Kaum bukan Melayu diseru menghormati hak-hak keistimewaan Melayu yang ditetapkan perlembagaan dan Kaum Melayu diharapkan tidak mendiskriminasikan kaum bukan Melayu. Kesefahaman dan tolak ansur menjadi kunci perpaduan rakyat selama ini dan ianya perlulah dikekalkan.

Gagasan 1 Malaysia tidak perlu jika organisasi perkauman atau parti politik perkauman wujud, kerana merekalah yang sering menyemarakan rasa benci, dendam dan amarah antara kaum dinegara ini.

Hatta di diakhirat juga nanti tidak ada atas nama bangsa, samaada Melayu, cina atau India yang dijamin masuk syurga. Semua manusia sama, yang membezakannya adalah ketaqwaan kepada Allah swt.


Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat
.


* Artikel ini dipetik dari http://www.harakahdaily.net

KRONI UMNO / BN SELEWENG WANG IHSAN PUNCA BANGUNAN RUNTUH

KUALA TERENGGANU 30 MAC 2010:

Pemberian wang ihsan antara faktor utama kejadian bangunan runtuh yang semakin menjadi di Terengganu kebelakangan ini disebabkan gejala rasuah berleluasa yang berlaku dengan penyalahgunaan wang tersebut.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu, Abdul Rahman Yusof berkata kejadian bangunan runtuh yang terjadi adalah akibat daripada penyelewengan spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan yang diragui akibat amalan rasuah berhubung pengagihan wang ihsan kepada kroni Umno dan Barisan Nasional.

"Semua pembinaan di Terengganu yang dibuat sejak tahun 1999 melalui Jabatan Pembangunan Pusat yang mengunakan wang royalti yang dipanggil wang ihsan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional ini seharusnya disiasat.

"Kebanyakan projek pembangunan yang melalui JPP ini memerlukan siasatan terperinci kerana tidak melalui proses tender biasa dan diberikan kepada kroni-kroni Umno melalui proses rundingan terus atau 'direct negotiation'.

"Bangunan yang dibangunkan atas nama wang ihsan ini tidak mengikut spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan dan mengancam nyawa orang ramai," tegas beliau semasa dihubungi Suara Keadilan.

Kejadian terbaru petang semalam mengakibatkan seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Universiti Malaysia Terengganu (UMT) runtuh.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan, bangunan stesen bas Kuala Berang dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman juga dilaporkan runtuh.

Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok pula dilaporkan bocor.

Dalam satu kenyataan hari ini Abdul Rahman juga berkata terlalu banyak kejadian keruntuhan dan kecacatan dalam pembangunan projek-projek di Terengganu yang mengancam keselamatan dan nyawa orang awam.

"Antaranya, keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, keruntuhan kubah Masjid Kampung Puteh, keruntuhan Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai, keruntuhan Terminal Pengangkutan Awam Kuala
Berang, kebocoran Pusat Akuatik Batu Burok, keretakan Pusat latihan Antarabangsa (ITC) yang menjadi fakulti Baru Kolej Universiti Institiut Teknikal Tinggi Terengganu (TATIUC), kebocoran siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu dan pelbagai lagi.

"Kejadian keruntuhan dan kecacatan ini berlaku bukan secara kebetulan tetapi akibat kecuaian di semua peringkat dari proses tender hingga kelulusan pembangunannya. Kejadian ini mengancam keselamatan dan nyawa orang awam. Projek prasarana ini akan digunakan ramai orang awam dan perlu penyelesaian segera sebelum lebih banyak nyawa akan terkorban," kata beliau.

Abdul Rahman menyeru kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas bagi menyiasat semua pembangunan projek prasarana sejak 1999 kerana mutu dan spesifikasi pambangunannya menjadi
tandatanya.


* Artikel ini dipetik dari http://suara-keadilan.com

MALAYSIA ANTARA 10 NEGARA TERTINGGI AMBIL ARAK DIDUNIA

KUALA LUMPUR, 29 MAC 2010:

Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.


* Artikel ini dipetik dari http://www.harakahdaily.net

Monday, March 29, 2010

PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR, UMNO & PARKINSON

Mengenali parti UMNO sebagai apa yang didakwakan oleh pemimpin-pemimpin mereka sejak dahulu UMNO ini sebagai sebuah parti yang berani, kental dan sanggup menghadapi apa juga rintangan samada didalam gelanggang atau pun diluar gelanggang pilihanraya.

Dengan ‘kalimah’ popular mereka sebagai ‘Pembela Orang Melayu’ yang senantiasa bermain dibibir para pemimpin atau pun penyokong mereka, dilihatkan UMNO ini suatu ketika dahulu sememangnya berani dan diakui cukup terkehadapan didalam soal perjuangan lebih-lebih lagi ketika berada didalam gelanggang pilihanraya!

Namun begitu kesan daripada pilihanraya umum (PRU) 2008 lalu, UMNO dilihat telah mula mengalami suatu ‘penyakit gementar’ sebelum bertanding seumpama Parkinson. Semua orang mengakui hakikat tersebut. Penyakit yang sentiasa gementar dan takut untuk berjuang ini mula meruntuni jiwa UMNO terutamanya pemimpin-pemimpin yang dikelaskan sebagai bertaraf dunia era millennium ini.

Merungkai sejarah ‘keberanian’ UMNO dahulu sekiranya ada sahaja desas-desus akan berlakunya sesuatu pilihanraya kecil terutamanya, merekalah yang paling terkehadapan dengan segala ‘mak nenek jentera’ diangkutnya untuk bersiap sedia memperlihatkan bertapa hebatnya UMNO ketika itu terutamanya sayap jantan (Pergerakan Pemuda UMNO) parti tersebut!

Dahulu merekalah yang paling digeruni, manakala pembangkang pula kelihatan takut untuk menghadapi pilihanraya. Takut kalah dengan jumlah undi yang diperolehi lawan semakin meningkat dan seterusnya bimbang kehilangan wang deposit adalah satu perkara lumrah yang sudah pastinya akan menakutkan lagi dipihak pembangkang.

Itu dahulu, kini tidak lagi. Sejak PRU 2008 seboleh-bolehnya Barisan Nasional (BN) dan sudah semestinya parti UMNO mengelak daripada berlakunya lagi pertembungan politik di medan pilihanraya kecil.

Sebagai contoh yang terbaru apabila dilaporkan Adun Titi Tinggi daripada MCA telah pun menghantar notis perletakan jawatannya sebagai Adun dikawasan tersebut kepada Speaker Dun Perlis, tetapi cepat-cepat pula pihak BN disana terutamanya UMNO tanpa segan silu ‘memujuk dan merayu’ agar perletakan tersebut dapat ditarik kembali dengan segera dan akhirnya satu keputusan telah dicapai diantara mereka dan Adun tersebut bersetuju untuk kekal sebagai Adun sehingga habis penggal ini.

Itu satu contoh yang terbaru yang berlaku pada tahun ini. Bagaimana pula dengan kes-kes yang lepas apabila UMNO seolah-olah ‘menjalankan tugas’ dan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pembuat keputusan samada patut ada atau tidak pilihanraya ini.

Sama hal nya dalam isu Dun Kota Seputeh yang sepatutnya pilihanraya kecil sudah boleh diadakan tetapi UMNO dengan ‘bantuan’ secara tidak langsung daripada SPR telah berjaya menghalang buat sementara waktu Dun tersebut daripada kosong dan secara automatik berjaya mengelak daripada pilihanraya kecil berlaku dikawasan tersebut.

Cuba lihat, apa yang berlaku pada Adun-Adun dan MP-MP apabila didesak oleh Pakatan Rakyat agar segera melepaskan jawatannya sebagai wakil-wakil rakyat sesudah mereka semua keluar parti (PKR dan DAP) dan menjadi wakil rakyat bebas, siapakah yang paling kuat menghalang mereka daripada meletakkan jawatan dan seterusnya diadakan pilihanraya kecil yang baru kalau tidak pemimpin yang berada didalam UMNO?

Kalau betul mereka kuat, kalau betul mereka berani dan tidak gentar sebagaimana UMNO dahulu, kenapa tidak sahaja dbenarkan Dun Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya negeri Dun Perak dapat diadakan semula untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku di Perak sejak Mac 2009 sehingga kini?

Sebabnya mereka takut, UMNO yakin sekiranya diadakan semula pilihanraya negeri Dun Perak tersebut atau sekurang-kurangnya hanya diadakan beberapa pilihanraya kecil, mereka amat yakin bahawa peluang untuk mereka menang adalah amat tipis! Mereka berpendapat daripada menerima kekalahan demi kekalahan yang berterusan akan dialami oleh UMNO & BN adalah lebih baik dihalangnya daripada siri-siri pilihanraya kecil berterusan berlaku sebagaimana kini bagi mengelakkan moral ahli-ahli UMNO semakin jatuh akibat kekalahan tersebut!

Itulah UMNO, mahu tidak mahu terpaksa juga akhir menghadapi satu lagi pertembungan yang menarik di siri pilihanraya kecil terbaru selepas PRU 2008 iaitu di Parlimen Hulu Selangor akibat kematian Mantan MP Dato Dr Zainal Abidin Ahmad. Mahu tidak mahu, UMNO & BN perlu hadapi juga walaupun sudah puas berusaha dan mengelak agar tiada lagi sebarang pilihanraya kecil tetapi, Allah SWT lebih mengetahuinya.

Nasihat saya untuk UMNO khususnya dan BN amnya yang selalu mendakwa berani dan tidak pernah gentar untuk berjuang; Janganlah gementar dahulu sebelum berjuang, jangan gugur dahulu sebelum berperang! Apakah UMNO kini dihinggapi sindrom penyakit seumpama pengidap Parkinson yang sentiasa gementar, takut serta runsing? Kita jumpa sahaja nanti di Hulu Selangor....



* Artikel ini dipetik dari blog http://ingeniur.blogspot.com

Saturday, March 27, 2010

TEGUH PERJUANGAN, TIDAK MUDAH DIRASUAH SYARAT CALON HULU SELANGOR

KUALA KUBU BHARU 27 MAC 2010:

Ketua Umum KEADILAN menggariskan beberapa pra-syarat penting bagi seseorang xalon yang bakal dipilih untuk mewakili Pakatan Rakyat di Parlimen Hulu Selangor termasuk yang berkelayakan teguh dasar perjuangan serta tidak mudah termakan dengan sogokan wang ringgit.

"Bagi Hulu Selangor saya nak beri jaminan kita pilih calon dari kalangan PAS, DAP, KEADILAN yang layak ilmunya, baik pendirian politik, teguh dasar perjuangan serta tidak bimbang sama sekali dia termakan sogokan wang ringgit dan menjadi alat perkakas Umno dan Barisan Nasional.

"Saya minta kerjasama dan sokongan siapa sahaja kita umumkan setelah kita sepakat dengan ketiga-tiga parti," ucap Anwar dihadapan lebih 10,000 penyokong di Stadium Kuala Kubu Bharu malam tadi.

Kebetulan majlis ceramah anjuran Pejabat Parlimen Hulu Selangor itu diadakan sehari selepas Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia akibat barah otak.

Pada ceramah tersebut Anwar melancarkan kempen 'Selamatkan Malaysia' yang menjadi tema siri ceramah beliau diseluruh negara sejak tiga bulan lalu.

Ceramah malam tadi boleh dianggap sebagai permulaan secara tidak rasmi kempen pilihan raya kecil yang bakal diadakan tidak lama lagi bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Anwar berkata Malaysia perlu diselamatkan daripada kerakusan dan kezaliman umno-BN kerana keadaan negara semakin terancam dan rakyat tidak lagi selamat.

"Walaupun Najib kata 1Malaysia sebenarnya kita ada 2Malaysia - satu Malaysia untuk Najib dan Rosmah dan satu Malaysia lagi untuk rakyat bawahan yang senang ditindas, dipijak.

"Kita berdepan dengan suatu kuasa zalim yang merompak harta rakyat tidak mengapa walau sebesar gunung mana bukti kita beri tapi lepas semua. Sebab itu ada dua Malaysia," kata Anwar lagi.

Turut hadir pada ceramah itu termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan R. Sivarasa, Datuk Zaid Ibrahim, Exco Selangor, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar, wakil-wakil rakyat KEADILAN serta pimpinan KEADILAN Selangor.

Anwar yang berucap kira-kira 45 minit berkata kerajaan negeri Selangor akan memastikan rakyat semua kaum terutama yang miskin akan dibantu di Hulu Selangor.

"Dalam masa dua tiga minggu ini saya cadangkan semua rakyat Hulu Selangor minta apa sahaja projek atau keperluan daripada BN. Kalau masjid minta bumbung baru, kalau permaidani buruk minta tukar yang baru, mintalah sebanyak mungkin kerana lepas dia (BN) kalah takdalah jangan harap.

"Tiap-tiap kuil, sekolah Tamil, sekolah Cina mesti minta. Kalau gerai minta sebanyak yang mungkin. Kalau kain dia bagi satu katakan tak cukup nak empat. Kalau dia beri RM100, alhamdulillah minta RM200, diberi RM200 minta RM400 lepas tu pangkah Pakatan Rakyat," beliau berkata secara berseloroh tapi sarat dengan makna.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menambah Umno-BN terus mengasak peribadi beliau di dalam Parlimen sehingga perbahasan tidak lagi berkisar menjunjung kasih titah Yang DiPertuan Agong tetapi membahaskan 'pidato Anwar'.

"Mereka berusaha untuk menggugurkan kelayakan saya sebagai Ahli Parlimen dengan membuat bermacam-macam dakwaan dan fitnah di dalam Parlimen. Berpuluh-puluh anggota Umno-BN bangun dan membuat berbagai tohmahan dan fitnah seolah-olah mereka berbahas mengenai pidato Anwar bukan lagi titah Yang DiPertuan Agong," jelas Anwar lagi.


* Artikel ini dipetik dari blog http://Suara-Keadilan.Com

HULU SELANGOR : KOMPOSISI KAUM BERI KELEBIHAN PADA PAKATAN RAKYAT

KUALA LUMPUR, 26 MAC 2010:

Komposisi kaum yang agak ‘kacukan’ di kawasan Parlimen Hulu Selangor dengan pengundi Melayu sebanyak 53.9 peratus, Cina (26.7), India (19) dan lain-lain (0.4), memberi kelebihan kepada PKR dan Pakatan Rakyat berbanding Umno dan BN.

Bagi Pengarah Pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat, Fuziah Salleh (gambar), pihaknya masih belum memilih calon walaupun tumpuan umum banyak menjangkakan bahawa Datuk Zaid Ibrahim bakal mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu.

“Keputusan berkenaan calon itu, sekarang ini ada ramai yang cukup berwibawa untuk dicalonkan, bagaimanapun saya akan menyerahkan nama-nama mereka kepada pucuk pimpinan untuk dibuat keputusan terakhir,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kuantan.

Pun begitu, beliau berkata, PKR tidak mempunyai banyak masalah dalam memilih calon kerana identiti PKR bukanlah berasaskan pada perkauman, bukan seperti Umno/BN.

Maka, kata beliau, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR akan membuat ketetapan akhir berhubung persiapan pilihan raya kecil tersebut pada 4 April depan, sebelum dilanjutkan dalam Majlis Mesyuarat Pakatan Rakyat kelak.

Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan pilihan raya kecil berikutan kematian wakilnya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat keputusan berhubung perkara itu Jumaat depan.

Dalam pada itu, Fuziah sendiri mengakui bahawa Umno tempatan, khususnya di Hulu Selangor cuba untuk meletakkan calon mereka di kerusi terbabit atas dasar majoriti pengundi adalah Melayu, sedangkan kerusi tersebut sebenarnya adalah kerusi tradisi MIC, Datuk G. Palanivel.

“Sesiapa pun (calon BN) yang diletakkan di situ, ia suatu kelebihan bagi kita, calon PKR sudah pun dilihat mewakili semua kaum,” ujarnya.

Ekoran itu, PKR menurut beliau, tidak perlu menganggap kelemahan BN tersebut sebagai kekuatan pada PKR.

Sebaliknya, beliau berkata, PKR serta Pakatan Rakyat seharusnya bersedia membuat persiapan kempen politik yang lebih rasional dan demokratik, bukannya kempen perkauman seperti Umno BN.

“Apabila kita masuk apa-apa pilihan raya, fokus dan persediaan kempen kita adalah apa yang boleh kita tawarkan kepada rakyat, tidak perlu fokus pada kedudukan orang lain (Umno BN),” jelasnya.

Demi menjayakan kempen tersebut, beliau bercadang untuk mengemukakan pencapaian-pencapaian Pakatan Rakyat sepanjang memerintah negeri Selangor supaya rakyat boleh membuat perhitungan dan perbandingan dengan rekod pemerintahan kerajaan negeri di bawah Umno/BN, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.

“Itu lebih penting, apa pencapaian Pakatan Rakyat di Selangor, bagaimana rakyat boleh mendapat manfaat dari kerajaan negeri,” katanya.

Menurut beliau, dengan berbuat demikian, rakyat sekaligus dididik dengan politik yang lebih sihat, anti perkauman, anti kronisme serta anti-kezaliman yang selama ini disinonimkan dengan pemimpin tertentu dalam Umno/BN.



* Artikel ini dipetik dari Laman http://www.harakahdaily.net

Friday, March 26, 2010

ZULKIFLI BERDALIH TIDAK MAHU SEBUT NAMA 'PIHAK KETIGA'

KUALA LUMPUR 26 MAC 2010 :

Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin tidak berani mempertahankan dakwaan beliau mengenai pihak ketiga yang didakwa cuba memujuk beliau membuat akuan bersumpah untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Aktantuya Shaariibuu tetapi berdalih bahawa kenyataan beliau hanya dibuat dalam konteks ucapan tentang budaya fitnah yang melanda politik negara.

"Saya tak pernah sebut nama sesiapa pun, ia cuma dalam konteks ucapan tentang budaya fitnah politik yang melanda di dalam negara, budaya fitnah terhadap Anwar, fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz dan fitnah terhadap Perdana Menteri, itu tujuan dia bukan untuk dedah sesiapa pun.

"Berkaitan dengan nama yang mengarahkan siapa, saya tak sebut, isu dia tentang isu budaya fitnah politik yang berlaku bukan orangnya.

"Saya tidak berniat untuk mengaibkan orang melainkan perlu atau saya diletakkan dalam keadaan terpaksa maka saya sebutlah tapi dalam konteks ucapan saya tidak ada keperluan pun," ketika ditanya media bersama tiga rakan Bebas dalam satu sidang akhbar di Parlimen semalam.

Berhubung kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa pihak polis akan memanggil beliau berhubung dakwaan tersebut, Ahli Parlimen itu akan meneliti untuk memberi butiran lanjut.

"Setakat ini apa yang saya lihat, dari segi undang-undang tidak ada keperluan sebab apa yang saya sebut cuma nak mengambarkan budaya fitnah yang sedang berlaku sesuai dengan kekhuatiran Tuanku, itu sahaja,

"Tapi kalau KPN panggil untuk bincang lanjut, saya akan tengoklah macam mana keadaan," kata beliau.

Sebelum itu di dalam Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh mencabar Zulkifli supaya menamakan pihak ketiga tersebut.

Karpal juga mendesak agar Zulkifli dan anggota Bebas yang lain meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanat pengundi kawasan mereka.



* Artikel ini dipetik dari blog Suara-Keadilan.com

PILIHANRAYA TEMPATAN (PBT), APA MASALAH SPR SEBENARNYA?

Apabila pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan yang mengurus serta mengendalikan sesuatu pilihanraya dinegara ini dengan tegasnya mengatakan tidak boleh diadakan pilihanraya kerajaan tempatan sebagaimana yang diminta oleh kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang kerana tiadanya peruntukan undang-undang untuk SPR melaksanakannya, kita merasakan seolah-olah ianya begitu pelik sekali.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika sidang medianya semalam menjadikan beberapa Artikel berasaskan Perundangan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri sebagai asas untuk pihak SPR menolak diadakan pilihanraya kerajaan tempatan seperti mana yang disiarkan di akhbar The Sun hari ini;

Article 113(1) of the Federal Constitution invests in the EC specific responsibility to conduct elections for the Dewan Rakyat and state assemblies.
 Under Article 113(4), a federal or state law may authorise the EC to conduct elections other than those in Clause (1).
 Section 15(1) of the Local Government Act, however , states that “for so long as this act is in operation, all provisions in any lawa relating to local government elections shall cease to have force or effect”.


Sekadar menyebut beberapa perkara yang berkaitan dengan peruntukan undang-undang, seharusnya perkara ini tidak boleh dijadikan alasan terus menolaknya. SPR sebagai sebuah badan yang berkuasa penuh didalam hal menguruskan pilihanraya ini seharusnya mencari jalan bagaimana untuk melaksanakannya walaupun perlu diadakan pindaan beberapa undang-undang kecil serta peruntukan yang sedia ada di Parlimen.

Melihat trend sejak akhir-akhir ini, SPR dilihatkan tidak berani atau kelihatan takut untuk bertindak sendiri sebagaimana kuasa yang ada pada SPR. Sebagai badan yang menguruskan pilihanraya, SPR boleh mengambil insiatifnya sendiri cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan oleh kedua negeri Pakatan Rakyat ini dan bukan mereka-reka beribu alasan dan sebab untuk melihat pilihanraya kerajaan tempatan tidak menjadi kenyataan!

Saya tidak mahu mengulas kegagalan untuk melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan ini sebagaimana yang dikatakan oleh SPR dari segi peruntukan undang-undang, tetapi saya kadang-kadang tidak faham kenapa setiap kali persoalan yang cuba dibangkit tentang pilihanraya kerajaan tempatan ini, pihak SPR sudah awal-awal menafikan ianya daripada dilaksanakan?

Sejak awal apabila mengetahui negeri Selangor dan Pulau Pinang berhasrat untuk melaksanakan proses pilihanraya tempatan, SPR sudah membayangkannya sebagai suatu proses yang membazir kerana proses pemilihan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan yang berasingan daripada Pilihan Raya Umum (PRU) sudah pasti membabitkan perbelanjaan yang besar untuk diuruskan oleh SPR!

Para pemimpin Barisan Nasional (BN) terutamanya daripada UMNO pula membayangkan apabila pilihanraya kerajaan tempatan diadakan ini maka ‘percakaran politik’ sesama kita akan berterusan dan didalam masa yang sama pula pembangunan diperingkat kerajaan tempatan akan menjadi lembab dan gagal diuruskn dengan baik.

Saya tidak tahu apa lagi alasan yang bakal diberi oleh SPR apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng mencadangkan agar pilihanraya kerajaan tempatan dapat dijalankan serentak dengan pilihanraya peringkat negeri dan persekutuan? Dengan cara tersebut sudah pasti perbelanjaan dapat dijimatkan serta dikawal dengan baik.

Sekiranya pilihanraya kerajaan tempatan berjaya dilakukan, sudah pasti pemilihan ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menjadi semakin telus dan jujur kerana ianya dipilih secara terus oleh rakyat di sesuatu PBT yang didiaminya berbanding kaedah sekarang, pemilihan ahli majlis PBT dibuat atas perlantikan politik yang sudah pasti tidak dapat memenuhi kehendak orang ramai di sesuatu tempat.

Saya yakin, sekiranya proses pilihanraya ini berjaya dilaksanakan imej PBT akan dipandang lebih tinggi oleh orang ramai kerana sudah pasti setiap ahli majlis PBT yang dilantik akan lebih bertanggungjawab kepada rakyat dan pengundi berbanding kini keadaannya lebih kepada memenuhi kehendak parti berbanding kehendak rakyat setempat.


* Artikel ini telah dipetik dari blog Ingeniur De'Raikan Hasrat Anda di http://ingeniur.blogspot.com

PROGRAM CERAMAH PKR BERA PADA 20 MAC 2010 LALU

PEKAN KEMAYAN 26 MAC 2010:

Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Parti Keadilan Rakyat Cabang Bera pada 20 Mac 2010 @ Sabtu yang lalu, pihak PKR Bera dengan kerjasama parti-parti rakan didalam Pakatan Rakyat Parlimen Bera telah bersama-sama mengadakan ceramah umumnya di hadapan Pejabat DAP Pekan Kemayan.

Ceramah ini telah dimulai pada jam 08.00 malam dengan dimulakan oleh Tn Hj Abas Awang (Pemangku Ketua Cabang Bera)selaku tuan rumah yang mengalu-alukan kehadiran penyokong untuk mendengar ceramah ini walaupun pada peringkat awalnya hampir-hampir dibatal untuk diadakan.

Ceramah pada malam itu diteruskan pula oleh Sdr Rizan yang juga Setiausaha Cabang Bera dan juga Sdr Sarawanan yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Kemuncak ceramah pada malam tersebut bermula apabila YB Leong Ngah-Ngah (Adun Triang yang juga AJK DAP Pusat) serta YB Tn Syed Hamid Syed Mohamad (Adun PAS Kuala Semantan) mengambil tempat dan peluang ini telah digunakan sebaik mungkin oleh kedua-dua YB daripada Pakatan Rakyat ini untuk menerangkan senario politik apa yang berlaku didalam negara kita ketika ini umumnya serta negeri Pahang khususnya.

Sdr Nizam Abdul Hamid yang juga Pemangku Ketua Cabang PKR Temerloh yang juga Penasihat Undang-Undang PKR Pahang telah mengambil tempat selaku penceramah terakhir pada malam tersebut telah mengulas hampir sajum setengah berbagai isu antaranya yang utama adalah isu tuduhan Liwat terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.

Hampir 500 orang penduduk yang berdekatan tapak ceramah telah hadir pada malam itu yang majoritinya telah dihadiri oleh masyarakat cina di Pekan Kemayan tersebut.

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG (MATC) BERA UNTUK TAHUN 2009

BANDAR BERA 26 MAC 2010:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Bera untuk tahun 2009 pada 20 Mac 2010 @ Sabtu lalu. Mesyuarat agung tahunan ini adalah mesyuarat agung kali ke 5 semenjak PKR Cabang Bera ini disahkan secara rasmi penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada tahun 2005.

Hampir 50 orang ahli hadir untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat Cabang Bera. Mesyuarat tersebut yang dimulakan pada jam 03.30 petang telah dirasmikan oleh Ahli JawatanKuasa PKR Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Tn Hj Adnan Mat Lazim tepat jam 04.00 petang.

Mesyuarat ini juga julung kali diadakan di Dewan Utama, Anjung Seri Cafe, Bandar Bera, Pahang Darul Makmur. Sebelum ini mesyuarat agung tahunan cabang kebiasaannya telah diadakan di pejabat PKR cabang Bera.

Sebanyak tiga usul telah dicadangkan untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi antara lainnya ialah Usul ekonomi untuk memperteguhkan lagi peluang ekonomi bagi generasi kedua Felda disamping usul lain seperti pendidikan serta usul memperkuatkan lagi parti di Bera ini khususnya.

Mesyuarat ini juga telah memilih seramai lima orang perwakilan tambahan selain tujuh perwakilan secara automatik yang akan mewakili PKR Bera ke Kongres Nasional PKR yang bakal diadakan pada bulan Mei 2010 nanti.

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA DATO DR ZAINAL ABIDIN AHMAD

BANDAR BERA 26 MAC 2010:

Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang dan seluruh Warga Parti KeADILan Rakyat Cabang Bera, Pahang Darul Makmur mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad serta penduduk Parlimen Hulu Selangor yang diwakili Allahyarham kerana pulang ke rahmatullah jam 9:30 malam tadi.

Pihak PKR Cabang Bera menyifatkan pemergian Allahyarham bukan sahaja satu kehilangan besar yang sukar dicari ganti kepada keluarga dan Parlimen Hulu Selangor, tetapi turut juga kami rasai. Kami doakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang direstui lagi dirahmati Allah SWT hendaknya.


PIMPINAN PKR CABANG BERA,
PAHANG DARUL MAKMUR.
26 MAC 2010 @ JUMAAT

Tuesday, March 9, 2010

ANNUAL GENERAL MEETING (MATC) BERA 2009

BANDAR BERA 09 MARCH 2010:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bera Division will hold the Annual General Meeting (MATC) for the year 2009 on March 20, 2010 @ Saturday at Dewan Anjung Seri Cafe’, Bandar Bera.

Annual general meeting will commence at 10.00 am and all members of the PKR Bera officially registered are invited to perform the duties and responsibilities as members of the party.

According to division statement, when in contacted to verify the absence of selection MATC because the general meeting will be held on March 20 was later MATC for the year 2009. More even terms for Division Committee (Session 2007-2010) is available only to end in 2010 which is expected to be held again at the end of the year 2010 for the purpose of this new selection.

At the coming general meeting also, a total of five representatives to the PKR National Congress in May 2010 will be selected later to fulfill the 12 delegates(with seven who are automatically delegates) as delegates to the national congress.

With many issues that are always warm (like a former of PKR MPs and leaders), many members are expected and will also take part in the annual general meeting (MATC) on the March 20.

PKR YOUTH TO GUN FOR SARAWAK


KUALA LUMPUR, Mac 9: PKR Youth is setting its sights on Sarawak where it is confident of being able to make a mark when state-wide elections take place, most likely within the next few months.

“There is an air of excitement in Kuching and when you travel to the rural areas, people come out and shake our hands and the first question they ask is when? The next one is will you be taking part,” PKR Youth chief Shamsul Iskandar Akin told Harakahdaily in an interview.

Indeed, the 35-year old Shamsul found it hard to contain his own enthusiasm. In the 2006 election, PKR Youth was not ready to take on the Land of the Hornbills.

It had not set up sufficient branches or built enough networks yet. But four years hence, it is a very different story.

Young Sarawakians


According to Shamsul, Sarawakians have been watching the political developments in the peninsula very closely, especially since the landmark March 8, 2008 national polls.

“The young people in Sarawak especially the professionals have been very keen to join PKR. Our recruitment rate is very healthy and this is why PKR Youth will push the top party leadership to give the young candidates in Sarawak a chance,” Shamsul said.

“Like many other Malaysians, they were inspired by the Pakatan Rakyat victory in the five peninsula states. They have been monitoring the way we run Selangor, Penang and Kedah and the difference that Khalid Ibrahim, Guan Eng and Azizan have made.

"They felt the same injustice when Umno-BN snatched Perak away from Nizar. They can empathize with the oil royalty issue and with people of Kelantan who like them have been kept backwards because of deliberate policies by the federal government to sanction corruption."

Seat allocations

Shamsul will be meeting Sarawak chief Baru Bian soon. He plans to get 30 percent of the seats allocated to PKR reserved for Sarawak Youth candidates, who will focus on urban and suburban areas.

Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff has been specially tasked to spearhead operations and get them spruced up for electoral battle.

The Sarawak state assembly has 71 seats. The Pakatan needs to win at least 36 seats to wrest the state government from BN’s Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, led by Chief Minister Taib Mahmud.

In the last state election in 2006, PKR fielded 25 candidates, DAP 12 and PAS one. Twenty independents also tried their luck. Negotiations for seat allocation within the Pakatan are in the last lap and hopes are high that there will be a satisfying conclusion.

“I am sure we won’t have the problem of overlapping seats this time around. Dissatisfaction and infighting made us lose badly in 2006. But the stakes are higher now and everyone in Sarawak knows we have to rally together under the Pakatan umbrella if we are to oust Taib Mahmud,” Shamsul said.

Ending Taib's stranglehold

The scandal-hit Taib has already asked BN members to prepare for polls although he declined to give any hint of when that will be. The latest is by May 2011. His PBB holds 35 of the 62 seats held by the BN.

Nonetheless, the 74-year old Taib’s stranglehold on Sarawak has been slipping, with Sarawakians increasingly unhappy at the large-scale corruption openly taking place in their state.

Despite being one of the country’s richest states in terms of natural resources, Sarawak remains one of the poorest and least developed.

“We are happy that Taib retained the presidency of PBB. He is the symbol of everything that has gone wrong in Sarawak,” said Shamsul.

“If in the past, the folk here voted for him and PBB over gifts of RM20-30, they now know better. Their sense of injury and anger against him and the BN for taking so much from them and giving back so little will drive the reform movement in East Malaysia.”


* Artikel ini dipetik dari http://www.harakahdaily.net

2 TAHUN PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH SELANGOR

SHAH ALAM, 9 Mac: Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berjaya mengurus sumber kewangan negeri dengan berkesan malah menggunakan hasil itu pula untuk kesejahteraan rakyatnya.

Banyak kejayaan dicapai termasuk peningkatan jumlah pelaburan masuk sepanjang 2009 kepada RM6.76 bilion dan mengutip RM50 juta daripada hutang Talam Corporation sebanyak RM392 juta.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi ketika menyampaikan syarahan perdana sempena perayaan dua tahun kerajaan baharu Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Turut berucap dalam majlis yang adiadakan di Stadium Malawati dekat sini adalah Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali, Exco Teresa Kok, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Dun Selangor, Azmin Ali dan bekas timbalan menteri, Datuk Kalakau Untul yang menyertai PKR, baru-baru ini.

Tan Sri Khalid juga berkata, daripada hasil RM50 juta yang berjaya dikutip itu telah digunakan pula untuk membiayai program tabung mikro kredit bagi membantu golongan berpendapatan rendah di Selangor.

“Jumlah hutang yang sebesar itu dilupa atau digelapkan tapi kita dapat cungkil,” tegasnya dengan mendapat sambutan ribuan orang ramai yang memenuhi ruang di stadium tertutup itu.

Menurutnya, sebuah jawatankuasa berkaitan dengan proses mengadakan tabung itu dipengerusikan oleh Datuk Dr Hasan dengan dipantau oleh Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid sendiri.

Tabung bantuan kepada mereka yang berhak itu berkonsepkan kredit secara Islam yang dikenali sebagai al-Qardhul-Hasan, jelasnya lagi.

Menteri besar seterusnya berkata, sepanjang dua tahun PR memerintah Selangor, kerajaan berjaya memperkenalkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kesemua tujuh pendekatannya mengembalikan hasil sumber negeri kepada rakyat.

Untuk rekod, ketujuh perkara itu meliputi pemberian 20 meter pertama air secara percuma, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Mesra Usia Emas, sumbangan pelajar ke universiti, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang, Pusat Khidmat Krisis Sehenti dan Peningkatan Hasil Bahan Mineral dan Galian.


* Artikel ini dipetik dari http://www.harakahdaily.net

Tuesday, March 2, 2010

WHAT’S UP SALEHUDDIN? - DEPUTY PRESIDENT OF PKR

I do not know and I do not intend to find out what role is being played by ex-Secretary General of KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim. He has denied allegation by some that he is behind the actions of Parliamentarians who have left the Party, and I tend to believe him.

It is well-known that all the state councilors and MPs who left, had financial problems or were being investigated by the MACC. Nevertheless, undeniably there were also some problems with the state government or party leadership. Almost all of them met PM Najib Razak and in certain cases his wife, Rosmah Mansor, before quitting Party.

I have always held when the dirt is removed, the skin will look better and the body will be healthier. Lest we forget, in their earlier history, PAS, DAP and even UMNO suffered from their President, Secretary General and other leaders leaving their party. They all emerged stronger after that.

Salehuddin served the KEADILAN well for about six years, three years as Organising Secretary and another three years as Secretary General. The Political Bureau appreciated his services and recorded its thanks.

There’s a misconception that the Party received Salehuddin’s services for free. I wish to put the record straight that he agree to accept RM9000 a month, although earlier he requested for US3,000 monthly. The sum was not paid by the Party but by a party supporter.

I was aware that during his good services, there were constant ups and downs in his attitude towards the Party, particularly the leadership. But his anger climaxed when his “application” to be CEO of Syarikat Perangsang, which carries a monthly emolument of more than RM50,000 monthly was rejected, before he resigned as Party Sec-Gen.

Now Salehuddin speculates that about ten more MPs will leave the Party. I leave him with his speculation and only time will tell whether he is right or wrong. Nevertheless, with the information I have, I believe that this is unfounded and part of baseless psy-war against the Party.



DR SYED HUSIN ALI
Deputy President, KEADILAN


* Artikel ini dipetik dari www.tranungkite.net

APA HAL SALEHUDDIN HASHIM? - TIMBALAN PRESIDEN PKR

Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim. Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar Parti dan saya mempercayainya.

Orang sudah tahu semua ADUN dan AP yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh SPRM. Namun tidak dinafikan ada juga masalah pribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri.

Boleh dikatakan semuanya menemui PM Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.

Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.

Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada KEADILAN selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro Politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.

Ada anggapan kononnya Parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar Parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh.



DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN



* Artikel ini dipetik dari www.tranungkite.net