Thursday, October 29, 2009

KEMPEN 1MALAYSIA : ANTARA REALITI DAN FANTASI


Kempen 1MALAYSIA yang sedang hangat di'laungkan' sekarang diseluruh negara oleh pemimpin-pemimpin negara ini tidak akan bermakna sekiranya apa yang dikatakan sebagai 1MALAYSIA untuk perpaduan rakyat dan intergrasi nasional seperti didalam konteks diantara penduduk Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak masih lagi ditakuk lama.

Apa ertinya 1MALAYSIA itu sekiranya masih terdapat perbezaan diantara kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya apabila penduduk Semenanjung diberi layanan yang amat berbeza untuk memasuki kedua-dua negeri tersebut dan tidak sebagaimana penduduk Sabah dan Sarawak yang begitu baik dilayannya ketika untuk memasuki semenanjung?

Sejak dahulu lagi isu kemasukan penduduk semenanjung ke Sabah dan Sarawak selalu dan telah diperkatakan dan ini bukannya masalah baru tetapi telah berlarutan semenjak 40 tahun lebih iaitu sebaik sahaja Sabah Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu membentuk negara Malaysia.

Kita melihat semua orang sekarang berbicara dan bercakap tentang konsep 1MALAYSIA tanpa mengira tempat dan pada setiap masa. Namun begitu sebagaimana yang diperkatakan diatas, apakah maknanya sekiranya penduduk-penduduk dari Semenanjung Malaysia ini layan tidak ubah seperti rakyat asing atau warganegara luar setiap kali untuk memasuki ataupun melawat ke negeri sabah dan Sarawak? Kenapa penduduk semenanjung masih diperlukan passport untuk memasuki kedua-dua negeri tersebut sedangkan ianya sebahagian daripada Malaysia?

Bayangkanlah bagaimana sukar dan sulitnya warganegara yang berasal dari semenanjung kerana terpaksa untuk menyambung sebagai contohnya pas lawatan kesana pada setiap tiga bulan sekali di pejabat-pejabat imigresen disana. Itu tidak termasuk lagi keperluan pengesahan untuk tujuan lain seperti permit kerja serta berbagai perkara yang lain lagi?

Kalau benar dan jujurnya kempen seperti 1MALAYSIA ini, ianya akan lebih bermakna kepada kita sekiranya perkara yang asas ini di rombak atau dihapuskan serta merta bagi membuktikan konsep intergrasi nasional dan perpaduan rakyat negara berjaya selaras dengan kempen 1MALAYSIA sekarang ini. Tiada gunanya kerajaan melaung-laungkan berbagai kempen serta berbagai jawatankuasa ataupun program untuk bertujuan mengintegrasikan perpaduan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak tetapi didalam masa yang sama pula ada satu tembok halangan yang cukup besar terutamanya kepada penduduk semenanjung yang ingin kesana?

Pada saya ini masalah yang cukup serius yang perlu ditangani dengan segera kerana ianya sudah lama dialami oleh semua orang. Saya tidak berhasrat untuk meninjau masalah yang lain yang mungkin turut berkaitan seperti masalah tadi terutamanya dalam konteks 1MALAYSIA ini tetapi cukuplah untuk saya katakan janganlah rakyat Malaysia terus diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin kita yang berterusan melaungkan berbagai slogan untuk rakyat ikuti dan dijadikan panduan 'hidup' tetapi akhirnya rakyat tahu kenapa dan mengapa ianya terus gagal....



* Artikel ini dipetik dari blog 'Raikan Hasrat Anda' di http://ingeniur.blogspot.com

Monday, October 26, 2009

SUASANA PEKAN SEHARI BERA






BANDAR BERA 25 OKTOBER 2009:

Suasana Pekan Sehari Bandar Bera yang sentiasa sibuk dengan berbagai ragam penduduk tempatan yang hadir pada setiap hari Ahad seawal jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Dengan lokasinya yang cukup strategik di laluan utama Bahau-Bera-Temerloh dan di persimpangan utama Kerayong, Bandar Bera ke Tanah Rancangan Felda, sudah pasti memudahkan sesiapa untuk berhenti dan mencari barangan yang sesuai samada barangan basah seperti ikan, sayur sehinggalah kepada barangan lain seperti pakaian dan berbagai lagi disamping makanan tradisional dan moden.

Sunday, October 25, 2009

PAKATAN RAKYAT 'GERHANA' PADA PRU 13?


Dalam akhbar perdana sehari dua ini banyak memaparkan 'pergolakan' terkini yang berlaku didalam parti PAS yang juga rakan komponen utama Pakatan Rakyat (PR) yang menurut akhbar-akhbar ini perpecahan dan pergolakan yang berlaku sudah mencapai tahap maksima!

Semuanya dikatakan gara-gara gesaan yang dibuat oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS didalam blog nya yang menggesa agar 3 pemimpin utama didalam Pas perlu diganti menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti sebagaimana yang dibuat oleh MCA!

Secara peribadi, sebagai salah seorang yang mendokong prinsip-prinsip kesaksamaan didalam Pakatan Rakyat, isu yang digembar-gembur kini sudah kelihatan sebagai parah dan menyiksakan sebagaimana yang diulas oleh beberapa penganalisis politik tanah air dan itu tidak termasuk lagi komen-komen 'power' dan dangkal oleh beberapa pemimpin-pemimpin Umno / BN.

Didalam suasana PR yang kini sedang berada di laluan menuju kejayaan yang lebih gemilang selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke 12 2008 lalu, parti-parti yang berada didalam PR sudah boleh berkira-kira dan mencongak untuk mengambil alih kerajaan di peringkat persekutuan secara mendalam dan serius menjelang PRU 13 nanti.

Namun dengan isu yang tiba-tiba timbul dan wujud di pertengahan pemerintahan selepas kemenangan yang cukup memberangsangkan, apakah keyakinan kita didalam PR pada pilihanraya umum yang akan datang sudah semakin kuat? Seharusnya setiap permasalahan yang berlaku didalam parti-parti komponen PR ini hendaklah diselesaikan secara dalaman dan dengan berhemah tanpa melibatkan media serta akhbar perdana negara yang jelas dikuasai oleh pemerintah yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengeksplotasikan berita tersebut.

Seharusnya setiap pemimpin tidak kiralah daripada PKR, PAS atau DAP sekalipun, setiap teguran atau pandangan yang dibuat oleh para penganalisis atau pun ahli-ahli walaupun tajam dan boleh 'menyesakkan' jiwa dibuatnya perlu dipandang serius dan di ambil kira dan bukannya dibiarkan atau di 'tong sampah' kan sahaja segala teguran tersebut.

Sejarah PRU yang sentiasa tidak menyebelahi pembangkang sebaik sahaja pembangkang memperolehi kemenangan pada PRU sebelumnya bukan sahaja baru berlaku malahan sudah pernah berlaku sebelum ini.

Sejarah kemenangan yang cukup hebat oleh PAS / APU pada tahun 1990 (Dalam konteks kemenangan di Kelantan ketika itu) dengan kemenangan yang besar gagal diulanginya pada tahun 1995 apabila kemenangan besar itu gagal diulangi walaupun tetap memerintah negeri tersebut. Kerana apa? Ini semuanya kerana tiadanya 'kesepakatan yang utuh' didalam parti sebaik sahaja memenanginya dan membiarkan kemenangan tersebut dengan 'bulan madunya' sahaja. Apa alasan banyak kerusi kecundang kembali kepada Umno / BN pada PRU 1995 itu? Alasannya kerana BN pandai memanipulasikan pemerintahan PAS yang dikatakan masih baru dan tidak berpengalaman!

Selepas itu PAS / BA memperolehi kemenangan yang sedikit besar semula pada PRU 1999 apabila PAS dapat memerintah Terengganu disamping mengekalkan Kelantan, dan sekali lagi kita melihat kemenangan di Terengganu seolah-olah tidak dihargai oleh pimpinan parti tetapi menjadi seperti 'bulan madu kedua'. Akhirnya apa yang berlaku pada PRU 2004? Terengganu jatuh kembali kepada BN, Kelantan hampir-hampir dimenangi BN semula dengan alasannya Umno / BN pandai dan cekap memanipulasikan pemerintahan baru BN yang berketuakan Perdana Menteri baru iaitu Pak Lah seorang 'Mr Clean' serta berlatarbelakangkan cucu ulamak yang seiring membawa slogan Islam Hadhari!

PRU 12 2008, kali ini PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP bukan setakat berjaya menawan lima negeri (ketika itu termasuk Perak juga) malahan berjaya memperolehi serta menafikan majoriti BN di dewan Rakyat apabila berjaya memperolehi 82 kerusi Dewan Rakyat!

Sekali lagi rakyat mengharapkan 'sesuatu' daripada kemenangan besar ini. PAS diberi mandat untuk memimpin Kelantan lagi disamping negeri Kedah dan juga Perak pada ketika itu manakala Selangor dipimpin oleh PKR dan Pulau Pinang pula oleh DAP. Selama dua tahun pertama ini Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak 'diserang' oleh Umno / BN serta segala jenis media cetak dan elektronik bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bagaimana 'teruknya' negeri-negeri ini diperintah 'tanpa mereka BN'!
Akhirnya Perak kecundang juga akibat 'permainan' yang hebat oleh Umno dan BN.

Apa yang saya ingin tegaskan disini, tolonglah wahai pemimpin-pemimpin utama samada daripada PAS, PKR atau DAP, sekiranya ada sebarang permasalahan samada antara parti-parti PR ini ataupun sesama dalaman seperti yang PAS alami kini, tolonglah selesaikan secara berhemah dalaman parti dan bukannya menggunakan media yang sudah diketahui umum bukan menyebelahi pembangkang buat selamanya...

Rakyat kini memerhati apakah PR mampu atau pun tidak untuk menggantikan BN sebagai pemerintah baru pada PRU 13 nanti. Sepatutnya PR semakin kuat dengan penyatuan parti-parti didalam PR dengan mewujudkan berbagai idea baru dan terkini seperti kearah satu simbol PR, ke arah mempercepatkan pendaftaran PR sebagai gabungan yang sah seperti BN (walaupun sudah dimulakan kini), kearah mewujudkan sekretariat PR diseluruh negara dan berbaga lagi.

Satu perkara yang kita amat takuti ialah sekiranya kita gagal mengekal momentum kemenangan sebagaimana yang telah berlaku pada pRU 2008 lalu dengan terlepasnya beberapa negeri ke tangan BN! Jangan ulangi sejarah terlepasnya Terengganu pada PRU 2004 kepada BN.

Bersepakatlah kembali wahai pemimpin semua. Carilah jalan untuk kita selesaikan. Paling penting kita hanya ada masa dua hingga tiga tahun lagi sebelum PRU 13 menjelma. Semoga PAS kembali membetulkan keadaannya dan Pakatan Rakyat segera diperkuatkan sejajar prinsip-prinsip yang telah dipersetujui bersama oleh ketiga-tiga pemimpin utama PR sebelum ini. Jangan ada 'gerhana' di PRU 13 nanti...



* Artikel ini dipetik dari blog 'Raikan Hasrat Anda' di http://ingeniur.blogspot.com

MESYUARAT JAWATANKUASA PKR CABANG BERA KALI KE 07 / 2009



Mesyuarat Jawatankuasa PKR Cabang Bera yang terbaru pada 27 September 2009 yang dipengerusikan oleh Tn Hj Abas Awang yang juga Ketua PKR Cabang Bera.


Suasana mesyuarat bulanan Jawatankuasa PKR Cabang Bera kali ke 07/2009, pada 27 September 2009 lalu. Sehingga akhir September tahun ini, PKR Cabang Bera telah mengadakan mesyuarat jawatankuasanya sebanyak 7 kali berbanding di sepanjang tahun lepas 2008 mesyuarat bulanan jawatankuasa hanya mampu dilakukan sebanyak 8 kali sahaja. Alhamdulillah sehingga kini, kehadiran korum untuk setiap kali mesyuarat bulanan ini diadakan sentiasa mencukupi 1/2 kehadiran AJK. Secara puratanya kehadiran AJK ialah diantara 12-14 orang yang pasti hadir daripada jumlah keseluruhan 18 Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Bera.

Mesyuarat bulanan jawatankuasa merupakan salah satu aktiviti wajib PKR Cabang Bera pada setiap bulan dan disusuli dengan aktiviti memasuki dan melawat kawasan yang diputuskan ketika mesyuarat dijalankan. Dengan itu pimpinan PKR Bera akan bertemu secara terus dengan penduduk di Bera ini dan sebarang permasalahan akan akan cuba diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Mesyuarat jawatankuasa PKR Cabang Bera kali ke 08/2009 Insya Allah akan diadakan pada 31 Oktober ini di Pejabat PKR Cabang Bera, Bandar Bera. Pimpinan PKR Bera mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua AJK serta penyokong dan pendokong PKR di Bera ini yang sentiasa dan tetap bersama dengan PKR khususnya semenjak kewujudan KEADILAN itu sendiri di sini.

Monday, October 12, 2009

'WOW FACTOR' UMNO ADA PADA ISA SAMAD!


Kemenangan Tan Sri Isa Samad di pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang malam tadi sudah terlebih awal boleh dijangkakan oleh semua pihak apatah lagi dengan adanya faktor 'WOW' sebagaimana yang diharapkan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri suatu ketika dahulu ketika ditanya bagaimana untuk menjadikan Umno itu diminati semula oleh rakyat!

Didalam kes ini, 'faktor Wow' ('Wow Factor') nya ialah kehebatan calon BN ini sendiri Isa Samad yang terlalu berlebihan faktor 'wow' tersebut. Isa Samad amat dikenali umum sebagai mantan MB Negeri Sembilan yang paling lama di negeri tersebut iaitu selama 22 tahun. 'Kehebatan' beliau disepanjang kepimpinannya menjadi MB disana amatlah diperakui oleh semua pihak samada kawan atau lawan, samada sahabat ataupun musuh, samada pada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) sendiri.

Kerana itulah faktor 'wow' sebagaimana yang diperlukan oleh Umno semula didalam mencari sokongan rakyat terutamanya kepada kaum bukan melayu amatlah diperlukan dan ianya boleh dikatakan ada pada calon seperti Isa Samad ini.

Kepada rakyat, segala jasa Isa Samad sepanjang beliau menjadi MB sememangnya tidak boleh dinafikan dan dilupakan sangat-sangat namun begitu satu perkara yang teramat-amat juga tidak boleh dilupakan oleh rakyat ialah kes 'Politik Wang' atau dengan bahasa mudahnya 'Rasuah Wang Dalam Pemilihan Umno' beberapa tahun lepas yang menyebabkan penggantungan beliau daripada aktif Umno selama tiga tahun.

Mungkin inilah agaknya yang dicari dan dikatakan sebagai 'Faktor Wow' yang amat-amat dicari dan diperlukan oleh Umno bagi menarik kembali sokongan pengundi terutamanya kepada golongan muda dan bukan melayu kerana keupayaan Isa Samad sendiri yang 'menampakkan kehebatannya' didalam kes rasuah atau politik wang yang terpalit terhadap beliau dahulu!

Secara peribadi saya amat bersetuju bahawa, rasa 'kasih dan sayangnya' penduduk-penduduk di Teluk Kemang sendiri terhadap Isa Samad ini begitu kuat sekali. Faktor orang lama yang dikira sebagai banyak membuat jasa kepada rakyat selama ini terus diambil kira oleh pengundi walaupun kes rasuah wang atau politik wang itu seharusnya lebih diambil kira dari segi moral kehidupan! Mungkin inilah punca utamanya kenapa Isa Samad dipilih sebagai calon BN Bagan Pinang kali ini...kerana segalanya adalah disebabkan apa yang dikatakan sebagai Faktor Wow tersebut.

Yang pastinya, 'Wow factor' yang Umno tercari-cari selama ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Muhyiddin Yassin bagi meraihkan kemenangan pada setiap PRK hanyalah ada pada Isa Samad rupanya....



*Artikel ini dipetik dari blog http://ingeniur.blogspot.com

Sunday, October 11, 2009

CORETAN BERGAMBAR PKR CABANG BERA DI DUN BAGAN PINANG

Antara catatan dan kenangan yang sempat dirakamkan terutamanya di malam terakhir kempen serta di hari pengundian Dun Bagan Pinang pada 11 oktober 2009.


















PKR CABANG BERA DI PRK BAGAN PINANG: TERIMA KASIH!

Antara Banner Undilah PAS yang dinaikkan di Bagan Pinang

Banner yang dinaikkan oleh PKR Rembau bagi menunjukkan kepada semua apa janji-janji BN ketika di PRU 12 lalu.

Antara petikan gambar menunjukkan perayu undi Pemuda dan Muslimah Pas

Bersama dengan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat ketika di Pusat Pembuangan Undi di Sekolah Si Rusa.

Bersama perayu-perayu Pas ketika di Sekolah Si Rusa.

BANDAR BERA 11 OKTOBER 2009:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera adalah diantara cabang di negeri Pahang yang turut menghantar wakilnya untuk berkempen di Pilihanraya Kecil (PRK) Bagan Pinang sejak 03 Oktober 2009 sehingga ke hari pengundian hari ini.

Antara bersama-sama turun ke sana ialah grup AMK Bera yang diketuai oleh Ketua AMK Sdr Bob Manolan, Naib Ketua AMK Sdr Sarawanan, Sdr Jemadi dan Sdr Zarizan. Manakala grup Bahagian pula di ketuai oleh Sdr Amir Abd Aziz (Naib Ketua 1 Cabang PKR Bera), Sdr Muthusamy (Naib Ketua 2 PKR Bera), Sdr Rizan (Setiausaha Cabang), Tn Hj Hamzah Ibrahim (Ketua Penerangan) serta Ahli Jawatankuasa Cabang PKR Bera, Sdr Amin Yusuf.

Pihak Cabang PKR Bera mengucapkan berbanyak terima kasih dengan kesungguhan dan pengorbanan semua yang hadir semasa kempen Dun Bagan Pinang tersebut.

Thursday, October 8, 2009

PIMPINAN PKR BERA DI JEMPUTAN RAYA PERKIF 2009

Tn Hj Hamzah & Sdr Rizan bersama Pengerusi (Sdr Hamzah Bawa), Timb Pengerusi (Ustaz Ibrahim) dan Sdr Zulkafli (Setiausaha Perkif)bergambar dihadapan ibupejabat perkif sekarang.

Tiga pimpinan dan tonggak utama Perkif



Gambar-gambar sekitar Jamuan Raya Perkif 2009.

TEMBANGAU, 07 PKTOBER 2009:


Jamuan Terbuka Hari Raya Aidil Fitri anjuran Persatuan Kebajikan Islam Anak Felda Pahang (Perkif) telah diadakan di pejabat Perkif di Tembangau, Bera Pahang semalam. Hampir 500 orang tetamu serta ahli dan jawatankuasa perkif telah hadir bersama-sama ke majlis tersebut.

Mantan Adun Guai, Tn Hj Hamzah Ibrahim yang kini merupakan Ketua Penerangan PKR Bera juga turut diundang sebagai tetamu utama ke majlis tersebut. Turut hadir bersama beliau ialah Sdr Rizan yang juga Setiausaha PKR Cabang Bera.

Perkif yang telah ditubuhkan sejak setahun lalu pada tahun 2008 telah mengadakan jamuan raya ini buat kali kedua selepas penubuhannya. Menurut Pengerusi perkif Sdr Hamzah Bawa, Perkif merupakan NGO yang aktif di Tembangau ini bagi menjaga kebajikan anak-anak felda di Pahang ini.

Tuesday, October 6, 2009

JAMUAN TERBUKA HARI RAYA IDUL FITRI PKR BERA 2009 MERIAH!











BANDAR BERA 04 OKTOBER 2009 / AHAD:

Hampir seribu orang hadir ke Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Idul fitri 1430H / 2009 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera. Kemeriahan tahun ini lebih terasa kerana pada tahun ini semakin ramai penduduk di Bera ini khususnya semakin berani untuk hadir ke jamuan raya yang dianjurkan oleh PKR Bera ini.

Jamuan Raya ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 02.00 petang turut dikunjungi oleh rombongan DAP Pahang yang diketuai oleh Pengerusi DAP Pahang iaitu YB Leong Ngah Ngah yang juga ADUN Triang serta Sdr Abu Bakar Lebai Sudin (Timbalan Pengerusi DAP Pahang) yang juga calon DAP Parlimen Raub 2008. Manakala PAS pula diwakili oleh Ustaz Sulaiman Mohamad yang juga AJK PAS Pahang merangkap YDP Pas Kawasan Bera serta Sdr Shahrul Ketua Pemuda Pas Bera pula mengetuai rombongan Pas Kawasan Bera.

Antara pimpinan PKR Bera yang turut bersama meraikan tetamu serta pengunjung ialah Tn Hj Abas Awang (Ketua Cabang Bera), Sdr Hamzah Bawa (Timbalan), Sdr Amir Aziz, Sdr Muthusamy dan Sdr Malik Saleh (Naib-Naib Ketua), Sdr Rizan (Setiausaha Cabang), Tn Hj Hamzah Ibrahim (Ketua Penerangan), Sdr Bob Manolan (Ketua AMK Bera), Sdr Sarawanan (Exco AMK Pusat), serta AJK-AJK yang lain seperti Sdr Amin, Sdr Zarizan, Sdr Jemadi, Pn Gomathy, Pn Paridatul dan pn Sabarina.

Turut menghadiri rumah terbuka PKR Bera ini juga ialah Sdr Yusairi (AJK PKR Cabang Temerloh) serta rombongan sekeluarga Ketua PKR Cabang Raub (Sdr Mohd Ali Wahid). Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum serta latar belakang politik turut menghadiri jamuan raya ini. Turut kelihatan juga pada tahun apabila semakin ramai kakitangan kerajaan dan swasta utama di Bera ini hadir bersama bagi memeriahkan suasana jamuan raya tersebut.

Mungkin dengan langkah PKR Cabang Bera yang mengutuskan jemputan secara rasmi kepada semua jabatan-jabatan kerajaan di daerah Bera ini seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, Pejabat Daerah & Tanah Bera, Pejabat Pelajaran Daerah Bera, Pejabat Kesihatan Bera, TNB, JBA Bera serta yang lain lagi telah menunjukkan kepada semua tentang keterbukaan parti kita pada semua penjawat awam. Keadaan ini juga menunjukkan kepada semua bahawa PKR kini telah mula diterima oleh rakyat pelbagai lapisan dan ini merupakan petanda yang cukup baik kepada PKR khususnya di Bera di PRU ke 13 nanti.

Friday, October 2, 2009

ISU JALAN PINTAS BERA-JALAN KERATONG-BAHAU: MANA JANJI MENTERI DS ISMAIL SABRI UNTUK BERTINDAK?





Lima Keping gambar menjadi bukti bagaimana keadaan jalan pintas Bera-Bahau yang tidak boleh digunakan kepada kenderaan kecil sejak sekian lama.


BERA 01 OKTOBER 2009: Dimanakah ini? Untuk pengetahuan semua, ini adalah merupakan jalan pintas utama dari Bandar Bera ke Felda Triang 1 & 2, Felda Tembangau dan ke Perkampungan Orang Asli Pos Iskandar yang mana jalan ini sebenarnya boleh menghubungkan Bandar Bera / Kerayong ke Jalan Keratong - Kuantan.

Beginilah keadaannya yang sudah sekian lama berlaku tanpa sebarang tindakan oleh pihak berwajib seperti JKR atau juga daripada YB-YB Umno / BN sendiri. Jalan ini yang berada didalam Kawasan Dun Kemayan sudah bertukar beberapa kali wakil rakyatnya. Sudah lebih daripada 10 tahun jalan-jalan ini masih tidak berubah. Kenapa ianya tidak dibaiki dan diturap semula sekiranya sejak awal dikesan mengalami kerosakan?

Akibat masalah jalan pintas dari kawasan Felda Tembangau dan Pos Iskandar untuk ke Bera sekiranya ada wanita yang mahu bersalin, mereka kahi tidak mahu terpaksa jugalah melahirkan anak mereka hospital yang paling hampir dan mudah untuk kesana samada ke Bahau atau pun Kuala Pilah. Semuanya kerana gara-gara masalah jalan untuk ke Bera dan Temerloh amat teruk. Mmaka lahirlah anak yang berstatus Negeri Sembilan walaupun mereka ini tinggal dan memiliki ibubapanya orang Pahang!

Akibatnya secara tidak langsung telah menafikan hak seperti Biasiswa Yayasan Pahang dan lain-lain secara tidak 'sengaja' kepada anak-anak yang 'terpaksa' dilahirkan di kedua-dua hospital di Negeri Sembilan ini akibat 'kejahilan' pihak yang berwajib di Pahang ini mengambil tindakan dengan segera.

Untuk pengetahuan semua para pembaca, Parlimen Bera ini adalah merupakan kawasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi (KPDNHEPK) iaitu Dato Sri Ismail Sabri Yaakob yang juga bapa kepada penyanyi Dafi AF5. Mana janji-janji MP Bera tersebut untuk mengambil tindakan tersebut? Kenapa sukar sangat untuk bertindak? Apakah perlu menunggu setiap kali pilihanraya baru hendak bertindak?

Sama-sama kita fikirkan...