Saturday, August 28, 2010

KETUA AMK: 3 PENJURU, NURUL IZZAH TAK TANDING

Perebutan kerusi ketua Pemuda PKR (AMK) hampir pasti menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin dan dua anggota majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisam Shaharin dan Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, anak sulung ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail — Nurul Izzah (kiri) difahamkan tidak berhasrat merebut mana-mana jawatan kanan dalam sayap parti itu sebaliknya mahu menumpukan tugasnya sebagai ahli parlimen.

“Kalau bertanding pun mungkin hanya di peringkat cabang Lembah Pantaisahaja,” kata sumber-sumber yang dekat dengannya kepadaMalaysiakini semalam.

Menjelang pemilihan parti November tahun ini, pertembungan antara Shamsul dan Badrul memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun kemunculan kembali Rafizi – yang pernah meletakkan jawatan sebagai anggota MPP dan exco AMK pada 2004 – agak mengejutkan selepas ‘ditarik’ daripada dunia korporat ketika sedang meningkat naik dalam kariernya.

Pada masa yang sama, ketika kedua-dua ‘lawannya’ dilihat malu-malu mengumumkan hasrat mereka, Rafizi tanpa bersembungi lagi mengakui menawarkan diri bagi bertanding di jawatan itu.

“Ya, saya akan bertanding jawatan ketua AMK,” katanya kepda Malaysiakini sambil menjelaskan pengumuman rasmi berhubung perkara tersebut akan dibuat pada minggu depan.

Menurut Rafizi – bekas pemimpin pelajar di United Kingdom – beliau menawarkan diri bertanding bagi memperkenalkan “model pendekatan baru” anak muda yang “bukan semata-mata bersandarkan ghairah dan semangat”.

Kumpulan ‘direstui’ Anwar

Secara realistik bagi memengangi pilihan raya, Rafizi berpendapat, AMK perlu pendekatan baru bagi menarik sokongan anak muda sebagai golongan penentu yang dalam masa yang sama “kurang berminat dalam politik”.

“Kita perlu melepasi (perasaan) sentimental reformasi (1998),” kata bekas pegawai kanan di Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pharmaniaga Berhad itu yang kini bertugas sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Beliau dikatakan akan beregu dengan ADUN Batu Caves Amiruddin Shari yang kini naib presiden AMK sebagai timbalan ketua.

Kumpulan ini yang khabarnya ‘direstui’ Anwar ini difahamkan disokong sekumpulan ahli parlimen muda PKR, antaranya Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak).

Sementara Shamsul pula mendapat dokongan seorang lagi naib ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin, juga seorang aktivis kesatuan sekerja yang pernah ditahan di bawah akta kontroversi ISA.

“Ya, saya tawarkan diri sebagai timbalan ketua AMK bagi membantu Shamsul Iskandar (sebagai ketua AMK),” katanya kepadaMalaysiakini.

Difahamkam Khairul dipilih berganding dengan Shamsul – seorang peguam – kerana gandingan lamanya, Mohd Fariz Musa sudah melebihi umur 40 tahun.

Namun dipercayai walaupun perlembagaan baru PKR menetapkan pemimpin AMK mestilah disandang oleh mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, tetapi ini hanya akan dikuatkuasakan pada sesi akan datang bagi mempersediakan sayap parti itu kepada “peralihan”.

‘Berseorangan belum tentu sunyi’

Sementara itu, berbeza dengan Rafizi dan Shamsul, Badrul yang meraih populariti dengan pelbagai ‘gimik’ politik dan kepetahannya berceramah pula masih dilihat lone ranger atau berseorangan.

Beliau yang kerap bergerak melalui Solidariti Anak Muda Malaysia – NGO yang diasaskannya – enggan mendedahkan lagi siapa gandingannya atau menawarkan diri.
“Saya tidak akan umumkannya. Terpulanglah kepada akar umbi (untuk menentukannya),” kata Badrul kepada Malaysiakini.

Menganggap pemilihan parti sebagai “urusan keluarga”, bekas guru itu berkata: “Dalam keluarga, takkanlah kita harus kata adik lebih baik daripada abang, (atau) abang lebih baik daripada adik”.

Katanya, tenaga itu lebih baik digembleng bersama bagi menumbangkan kerajaan BN.

Mengulas tentang tanggapan beliau berseorang dalam PKR, sambil ketawa Badrul berkata: “Berseorangan belum tentu sunyi, berdua belum tentu tak sunyi.”

Sementara itu, walaupun hampir pasti berlaku pertembungan tiga penjuru November nanti, seorang lagi pemimpin cabang Hasmi Hashim – satu-satunya calon yang pernah menentang Shamsul pada sesi lalu, masih tidak jelas kedudukannya.

Kalah teruk dalam pertandingan lalu, Hasmi, seorang penggiat budaya dilihat masih mengintai peluangnya.

“Kali ini (saya) akan dengar, timbang dan bincang dengan anggota AMK, pimpinan dan keluarga dulu,” katanya yang kritikal kepada kumpulan Shamsul dan Badrul itu.

PKR bakal mengadakan pemilihan parti secara langsung bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada November depan.


* Sumber Malaysiakini, 26 Ogos 2010 – Jimadie Shah Othman

AMK SENADA DENGAN WANITA KETENGAH RAMAI CALON MUDA BAGI JAWATAN TINGGI PARTI

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK) mengalu-alukan pengumuman senarai calon oleh Wanita KEADILAN yang bakal bertanding untuk jawatan-jawatan utama parti.

Dalam satu kenyataan media, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pengumuman itu jelas menggambarkan komitmen parti untuk mengenengahkan suara wanita selaras dengan perjuangan konsisten Wanita KEADILAN untuk mengisi kuota 30 peratus jawatan dalam peringkat kepimpinan.

"Inisiatif Wanita KEADILAN mengenengahkan calon-calon wanita muda seperti Siti Aishah Shaik Ismail dan Gan Pei Nei untuk bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat adalah sesuatu yang sangat positif untuk landskap politik baru negara.

"AMK menyatakan komitmen yang sama dalam mengenengahkan calon-calon AMK untuk jawatanjawatan strategik di dalam parti. Pengumuman dalam masa terdekat akan dilaksanakan demi memastikan kelangsungan suara generasi muda di dalam parti dapat diterjemahkan di dalam barisan kepimpinan baru KEADILAN kelak untuk sama-sama memimpin harapan rakyat ke arah merealisasikan Malaysia yang lebih adil dan demokratik," kata Shamsul.


* Sumber http://Suara-Keadilan.com

PAKATAN RAKYAT DESAK SIASAT KEHILANGAN RM52 BILION SAHAM UNTUK BUMIPUTERA

Serangan Umno-Barisan Nasional terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan sentimen perkauman adalah untuk menutup penyelewengan dan kegagalan mereka mengurus khazanah negara termasuk skandal rompakan saham yang dikhaskan bagi Bumiputera dan rakyat termiskin bernilai RM52 bilion.

Sehubungan itu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar mendesak satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat secara terperinci kehilangan jumlah saham sebegitu besar kepada Bumiputera.

Anwar berkata isu ini pernah dibangkitkan tahun lalu oleh beberapa orang ahli parlimen termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Bagi saya, isu yang melibatkan hak orang Melayu dan kaum Bumiputera ini masih belum dapat diselesaikan. Mana pergi agihan saham untuk Bumiputera dan faedahnya kepada siapa?.

"Kalau benar kita ambil berat untuk menjamin hak mereka, orang Melayu yang miskin dan terpinggir itu harus dibantu. Kini hanya tinggal RM2 bilion sahaja yang tinggal bagi pegangan ekuiti Melayu," kata Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di inu pejabat KEADILAN di Tropicana di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai isu undang-undang hudud di negara ini, Anwar berkata sistem perundangan di negara ini mengamalkan sistem demokrasi, tetapi agama Islam mendapat tempat yang istimewa sebagai agama Persekutuan, selain jaminan hak kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka.

"Kita memperkukuh institusi yang ada melalui dialog peradaban dan sebagainya. Kita turut menekankan muafakat dan kerjasama antara budaya, agama dan memperbaiki hubungan kaum.

"Oleh yang demikian, berkenaan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah, kita menuntut untuk ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji perkara tersebut."Kita mesti berikan ruang untuk setiap parti mengungkap pandangan mereka mengikut prinsip parti. Tetapi dalam Pakatan Rakyat, kita terikat dengan konsensus atau persefahaman yang kita meterai bersama, perkara ini telah dijelaskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang lalu," tegas Ketua Pembangkang lagi.

Beliau juga menyelar tindakan Umno-BN yang mengapikan sentimen perkauman sempitdan agama dengan tujuan memecah belahkan keharmonian masyarakat di negara ini.

"Politik usang yang bersifat peras ugut dan memesongkan fakta ini digunakan oleh pemimpin Umno-BN, kerana mereka kini berada dalam keadaan terdesak untuk teruskan kelangsungan kuasa mereka. Demi mencapai cita-cita politik tersebut, pelbagai jentera kerajaan seperti Biro Tatanegara dan media seperti Utusan Malaysia diperkuda untuk menggugat kesejahteraan rakyat," kata Anwar.

Turut sama pada sidang media itu termasuk Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


* Sumber http://Suara-Keadilan.com

Friday, August 27, 2010

KEADILAN LAKAR SEJARAH BARU GUNA KAEDAH UNDI LANGSUNG BERMULA HARI INI

SHAH ALAM 27 OGOS 2010:

Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang buat pertama kalinya dalam sejarah parti politik tanahair menggunakan pendekatan undi terus atau 'satu ahli satu undi' dalam menentukan barisan pucuk pimpinan untuk tempoh tiga tahun bermula hari.

Kelantan dan Kedah menjadi dua negeri yang mengorak langkah dalam proses yang akan memakan masa beberapa minggu sehingga tarikh pemilihan peringkat cabang yang akan bermula 17 September.

Masing-masing lima cabang di Kedah - Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Alor Setar, Kuala Kedah dan Kelantan - Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang akan mula menerima kertas pencalonan mesyuarat agung tahunan.

Hanya anggota yang berdaftar sebelum 27 Jun dibenarkan mengundi bagi 18 jawatan di peringkat cabang termasuk pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi serta 15 ahli jawatankuasa.

Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita pula masing-masing menawarkan 20 dan 10 jawatan dalam sayap mereka.

Permulaan awal bermakna 10 cabang terbabit akan menjadi kelompok cabang paling dahulu menjalankan pemilihan secara undi langsung dalam KEADILAN yang akan bermula 17 September.

Proses pencalonan akan dijalankan dilokasi yang telah dikenalpasti disetiap cabang antara pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Proses pencalonan ini dipantau ketat oleh pegawai pemantau yang dilantik parti berjumlah 150 orang bagi seluruh negara sehingga habis tempoh pada 12 September.

Nama anggota parti yang dicalonkan akan dipamerkan untuk bantahan selama tiga hari dan selepas sekiranya tiada bantahan dalam tempoh tersebut senarai calon yang layak bertanding akan diumumkan empat hari kemudian oleh jawatankuasa pemilihan pusat.

KEADILAN mempunyai 218 cabang termasuk di Sabah dan Sarawak dengan jumlah ahli hampir 500,000.

Pemilihan akan dibahagikan kepada dua komponen iaitu mesyuarat tahunan cabang serta pemilihan pucuk pimpinan peringkat cabang dan kemuncaknya bagi memilih pimpinan tertinggi parti termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Cabang akan mengundi untuk memilih barisan pimpinan pusat antara 29 Oktober dan 21 November manakala keputusan rasmi akan diumumkan pada Kongres Nasional pada 28 November.


* Sumber http://Suara-Keadilan.com

Thursday, August 26, 2010

UNDI TERUS BUKTIKAN KEADILAN UTAMAKAN KETELUSAN DALAM PEMILIHAN PARTI

PETALING JAYA 26 OGOS 2010:

Pendekatan undi terus hampir 500,000 ahli yang diambil oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam pemilihan parti yang bakal diadakan lewat tahun mencerminkan ketelusan pucuk pimpinan tertinggi.

Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub berkata pendekatan baru ini membuka peluang kepada semua ahli untuk memilih pemimpin pilihan mereka berbeza dengan praktis biasa di mana hanya beberapa wakil sahaja daripada setiap cabang akan hadir untuk pemilihan dan hanya mereka yang hadir boleh mengundi.

"Sistem undi terus akan membuka pelbagai ruang baru kerana dapat mengelakkan banyak permasalahan yang biasa berlaku dalam pemilihan mana-mana parti seperti politik wang, pemilihan 'favouritism' dan sebagainya,' jelas Mustaffa kepada Suara Keadilan ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Akademi KEADILAN di Taman Paramount Selasa lalu.

Beliau menegaskan bagi memastikan sistem ini berjalan lancar semua pihak yang terlibat perlulah bekerjasama daripada pucuk pimpinan parti hinggalah ke ahli diperingkat akar umbi yang layak mengundi.

"Semua ahli yang berdaftar dengan KEADILAN berhak mengundi untuk memilih pucuk pimpinan dan ini termasuk pemilihan Presiden, Timbalan Presiden dan kesemua ahli majlis pimpinan pusat.

"Ini merupakan satu langkah yang amat berani daripada pucuk pimpinan parti kerana dengan cara ini tiada lagi pemilihan dalaman atau pemilihan untuk mengisi jawatan tetapi undi akan diberikan kepada calon yang dilihat layak untuk sesuatu jawatan oleh ahli," jelas beliau lagi.

Mustaffa yang juga Pengarah Biro Latihan & Gerakkerja Jentera Parti menerangkan bagi memastikan sistem baru ini berjalan lancar, parti telah mengeluarkan Kod Etika untuk calon yang menjelaskan dengan terperinci skop kempen yang boleh dibuat oleh calon dan apa yang ditegah.

"Antara perkara yang tidak boleh digunakan oleh calon ialah dengan menyatakan calon mendapat sokongan daripada mana-mana tokoh politik dalam parti, secara langsung mahupun tidak langsung," kata beliau.

Tambahnya, Kod Etika akan memastikan kesemua calon akan bertanding menggunakan kelebihan yang ada pada diri sendiri dan sumbangan kepada parti dan cara ini memberikan satu platform pertandingan yang adil kepada semua calon.

Mustaffa juga berkata pemilihan berdasarkan sistem undi terus hanya akan berjaya jika semua ahli yang layak mengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka mengundi calon pilihan masing-masing.

Jelas beliau, dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang tahun lalu hanya kira-kira 10 peratus sahaja ahli yang keluar mengundi di cabang masing-masing dan jumlah ini jauh daripada mencukupi bagi memastikan pemilihan yang adil.

"Cabaran terbesar ialah memastikan semua ahli keluar mengundi dan untuk itu, kesemua jentera cabang dan ranting perlulah bekerjasama menyebarkan maklumat dan mendidik ahli berkenaan kepentingan pemilihan kali ini dan memastikan ahli sedar bahawa setiap undi mereka amat penting.

"Jika KEADILAN dapat membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa sistem undi terus boleh dilaksanakan dengan adil dan telus saya percaya rakan dalam Pakatan Rakyat - PAS dan DAP - pasti dapat menerima dan menggunakan sistem ini," ujar beliau.


* Sumber http://Suara-Keadilan.com

SELANGOR PERTIMBANG PEMBERIAN KHAS HARI RAYA

SHAH ALAM 26 Ogos 2010:

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor akan bermesyuarat minggu depan mengenai cadangan pemberian sumbangan khas sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini kepada kakitangan perkhidmatan awam negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mesyuarat Exco minggu depan akan membincangkan perkara itu.

Bagaimanapun Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata kerajaan negeri menyediakan sumbangan hari raya pada setiap tahun.

"Tiap-tiap setahun kita akan bagi duit raya," kata beliau ringkas pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco semalam.

Sekiranya kerajaan negeri Selangor meluluskan peruntukan khas hari raya ia menjadi negeri Pakatan Rakyat kedua selepas kerajaan negeri Pulau Pinang yang meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk tujuan geran kewangan istimewa bernilai RM400 kepada setiap kakitangan awam yang berjumlah 3,577 orang.

Susulan daripada langkah Pulau Pinang, kerajaan pusat juga mengumumkan pemberian bantuan khas RM500 yang membabitkan lebih 1.24 juta penjawat awam dan 590,000 pesara kerajaan.

Tidak mahu ketinggalan, Perak turut memberi bayaran khas RM500 kepada lebih 7,000 kakitangan awam dan pesara kerajaan negeri.


* Sumber http://Suara-Keadilan.com

UMNO-BN TENTANG PENGGUNAAN DINAR, DIRHAM TAPI BEGITU CEPAT LULUSKAN LESEN JUDI

Exco Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa membidas kejahilan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai penggunaan dinar dan dirham dan menyifatkan kedangkalan ilmu beliau selari dengan pengurusan pincang pengurusan ekonomi negara di bawah Umno-Barisan Nasional

Dalam responsnya kepada langkah kerajaan negeri Kelantan mengeluarkan dinar emas dan dirham perak, Dr Awang berkata tindakan tersebuthanya akan mengundang aktiviti pemalsuan serta mempertikaikan keberkesanan penggunaan dinar dan dirham dalam aktiviti perniagaan.

"Kalau Timbalan Menteri Kewangan tidak tahu bagaimana urus tadbir emas dan juga perak bagi saya itu satu tanda yang serius bakal dihadapi oleh negara ini dalam soal ekonomi pada masa yang akan datang. Persoalan yang sukar kenapa bila soal dinar dan dirham yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun tidak diiktiraf olehnya tetapi bila soal judi senang pula beliau ingin memberi kelulusan lesen untuk dijadikan halal.

"Walaupun ada pihak tertentu yang mempertikaikan penggunaan dinar serta dirham ini akan menjadi penyebab kepada pemalsuan dengan alasan emas serta perak boleh dicampur dengan bahan-bahan yang lain, bagi saya itu bukan persoalan besar untuk kita tidak meneruskan penggunaannya. Mana-mana mata wang pun ada juga yang memalsukannya seperti juga wang kertas Ringgit Malaysia kita gunakan ini wujud juga yang palsu tetapi kita mempunyai mekanisme untuk mengenal pasti yang mana betul ataupun palsu.

"Seperti penggunaan dinar serta dirham, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah menyediakan satu alat untuk mengenalpasti dinar serta dirham yang palsu ataupun tidak, kita telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi kesemuanya," jelas Husam.

Tambah beliau, dinar dan dirham mempunyai nilainya yang tersendiri di mana nilainya tidak akan berkurang seperti yang berlaku kepada mata wang didunia.

"Kuasa nilai dinar dan dirham ini melebihi nilai wang kertas yang ada, kalau kita menyimpan wang kertas dan dinar dalam jangka masa yang panjang umpama sepuluh tahun kita akan mendapati nilai dinar akan bertambah daripada nilai asal yang kita beli dulu sedangkan simpanan kita melalui wang kertas hanya bertambah sedikit dan mungkin berkurangan.

"Nilai dinar dan dirham ini meningkat mengikut masa, aset yang berharga tidak akan ada penurunan harga malah cetakan wang kertas Malaysia juga mengikut simpanan emas kita yang ada.

"Kerajaan Kelantan yakin dengan apa yang dilakukan ini boleh memberi faedah kepada Malaysia khususnya di Kelantan, kita akan sentiasa memberi penjelasan kepada rakyat agar mereka tahu menggunakan dinar ini dengan cara yang berkesan. Nilai emas bukannya ditentukan oleh kerajaan yang memerintah, kerajaan tidak boleh sesuka hati ingin menurunkan harga emas," tegas beliau lagi.

Husam berkata beliau berpuas hati sambutan menggalakkan daripada rakyat Kelantan terhadap dinar dan dirham yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan.

Malah kata Husam, masyarakat bukan Islam juga menunjukkan minat untuk membeli dan berurus niaga dengan menggunakan dinar dan dirham.

Selain itu Husam menyatakan Pasar Khadijah di Kota Bharu menjadi sebuah pasar yang moden kerana terdapat urus niaga dalam dua mata wang.

Bagi memudahkan peniaga dan pembeli, kerajaan negeri telah menyediakan kaunter khas bagi mereka yang ingin membuat pertukaran dinar dan dirham.


* Sumber http://Suara-Keadilan.com

UMNO-BN HANYA PANDAI BUAT LAPORAN POLIS, TAKUT JELAS ISU RAKYAT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung kenyataan beliau yang disiarkan dalam sebuah majalah di Indonesia mengenai isu kapal selam Scorpene mencerminkan sikap sebenar kerajaan Umno-Barisan Nasional yang gagal mengembalikan keyakinan rakyat.

Malah Nurul Izzah terkejut dengan reaksi sebuah kerajaan yang sudah memerintah selama 50 tahun tetapi melenting kepada setiap kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

"Tindakan membuat laporan polis jelas membuktikan kerajaan tidak memandang serius dengan isu yang dibangkitkan. Sepatutnya sebuah kerajaan yang memerintah lebih 50 tahun melihat setiap kritikan secara positif bukan hanya tahu melenting serta membuat laporan polis.

"Jika ini yang selalu dilakukan oleh Umno setiap kali kritikan dibuat bagi saya pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan ke mana, malah soal kestabilan ekonomi negara juga tidak akan mendapat jaminan yang sewajarnya," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Nurul Izzah berkata sebagai ahli parlimen, beliau perlu memberi penjelasan apabila ditanya media Indonesia mengenai isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kaitan kematian tragiknya dengan pembelian kapal selam Scorpene.

"Saya ditanya tentang soalan yang telah diketahui oleh seluruh dunia berkaitan pembunuhan warga negara Mongolia Altantuya Shaariibuu serta soalan berhubungan dengan kapal selam.

"Saya bukannya mengeluarkan kenyataan yang palsu atau mengada-gadakan cerita. Kenapa kita perlu berbohong sedangkan perkara tersebut telah diketahui umum, kita tahu seluruh dunia mengetahui apa yang telah terjadi di negara ini dan juga kepincangan pentadbiran Barisan Nasional apatah lagi soal komisyen dalam pembelian peralatan ketenteraan," jelas beliau.

Beliau juga pihak yang menyokong Umno-BN menyalahgunakan polis untuk menutup sebarang usaha pemimpin Pakatan Rakyat untuk menimbulkan isu yang mempunyai kepentingan awam.

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku sekarang, agensi yang sepatutnya menjadi tempat untuk kita mendapat perlindungan telah disalahguna oleh Umno. Pihak polis kena tahu mereka bukannya milik BN tetapi milik semua rakyat negara ini dan tidak kira apa jua parti, kedudukan mahupun kaum.

"Apabila pemimpin Pakatan Rakyat bangkitkan isu rakyat, Umno akan gunakan kuasa untuk mengarah apa jua agensi yang boleh diperalatkan bagi memastikan pergerakan pemimpin itu akan terhalang seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan juga apa yang saya alami," ujarnya lagi.

Sementara itu, menulis dalam blognya semalam, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim berkata sesiapa sahaja boleh memberi pandangan mereka terhadap kepincangan dan juga kelemahan dasar BN.

"Nurul Izzah dan sesiapa sahaja boleh dan wajar memberi pandangan mereka terhadap kepincangan dan kelemahan dasar BN, dalam negeri ataupun di luar negeri. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan cuba mengelak daripada isu-isu ini dengan menggunakan benteng "Negara" dan sebagainya, tetapi rakyat tahu bezanya antara Negara dan kerajaan BN.

"Menteri Kabinet yang kanan seperti Ahmad Zahid dan Hishammuddin sepatutnya memberi tumpuan dan masa mengulas dasar negara yang penting seperti Model Ekonomi Baru, atau kekerapan insiden perkauman kebelakangan ini, ataupun mengapa begitu ramai peneroka Felda membuat tuntutan mahkamah terhadap Felda.

"Boleh juga kalau mereka menerang proses perlantikan guru besar di sekolah negara ini, sehinggakan yang mengutarakan pendapat jijik perkauman dan fasis pun boleh jadi guru besar; dan tanpa apa-apa tindakan diambil terhadap mereka. Malangnya kenyataan yang kita dengar dari kedua-dua Menteri kanan ini berkisar menyerang Nurul Izzah kerana komen dan pendapat beliau mengenai ekonomi negara dan keadaan kapal selam yang kita beli dalam wawancara dengan majalah Indonesia, Tempo.

"Nurul Izzah sekarang sudah menjadi sasaran, kedua-dua Menteri itu berkata Nurul Izzah memburuk-burukkan imej dan nama negara. Malah laporan polis pun dibuat oleh orang orang yang tak ada kerja. Dengan lain perkataan komen dan pendapat Nurul mestilah memuji kerajaan BN barulah ia dikatakan memuji negara dan menjaga nama baik negara. Bila dia mengkritik dan menyoal Kerajaan BN dan keputusan kerajaan maka itu bererti Nurul memburukkan nama baik negara," jelas beliau.

Zaid juga menyifatkan pemikiran dan logik terhad ini yang menjadi punca segala permasalahan.

"Mereka ini tak tahu membezakan negara dan kerajaan. Sebab itu duit rakyat digunakan sebagai duit BN. Institusi awam seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis DiRaja Malaysia juga digunakan oleh mereka seperti hak BN.

"Untuk pengetahuan mereka, negara ini milik rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik tetapi kerajaan BN ini bukan milik semua rakyat. Dasar ekonomi dan pembelian kapal selam dibuat oleh kerajaan BN, maka sesiapa saja termasuk Nurul Izzah boleh mengulas dan mengkritik dasar itu. Apa kena mengena dengan maruah negara? Hanya maruah BN yang tercemar dengan kritikan itu," kata Zaid lagi.


* Sumber http://Suara-Keadilan.com

Wednesday, August 25, 2010

ANWAR : KEADILAN KINI PUNYA PIMPINAN LEBIH MANTAP, KUKUH

Ketua Umum KEADILAN yakin parti kini berada di atas landasan yang lebih kukuh dan mantap selepas mengharungi episod getir dan mencabar di mana empat daripada ahli parlimennya melompat parti manakala seorang lagi dipecat keanggotaannya.

Sambil mengakui parti menghadapi kesukaran memilih calon yang berwibawa dan setia kepada prinsip perjuangan semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008 lalu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata KEADILAN sekarang mempunyai barisan pimpinan yang lebih jitu dan komited.

"Adakah kita telah belajar daripada kesilapan - ya, adakah kita lebih bersedia sekarang - ya, adakah kita kini mempunyai barisan pemimpin yang profesional dan kredibel - ya. Jadi kita rayu kepada semua ahli parti supaya tetap setia dan komited s ebagai satu pasukan yang mantap," kata Anwar ketika bersama ahli KEADILAN Cabang Bayan Baru pada satu majlis dialog baru-baru ini.

Merujuk kepada langkah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang bertindak keluar KEADILAN untuk menjadi anggota Bebas, Anwar memuji ketabahan dan kesetiaan ahli parti di cabang tersebut yang tidak mengambil langkah yang sama.

"Apabila ketua cabang lompat tidak ada pimpinan yang ikut melainkan seorang sahaja, itu satu perkara yang luar biasa, malah ia mencetuskan satu gelombang sokongan baru yang memperlihat keahlian daripada beberapa ratus sahaja kini mencecah lebih 5,000 dalam satu tempoh masa yang singkat bagi satu cabang.

"Saya benar-benar sanjung rakan-rakan seperjuangan di cabang ini kerana keyakinan tinggi kepada matlamat perjuangan dan tidak patah semangat dan terus komited kepada agenda reformasi.

"Kita kata kita mahu sajikan politik baru di Malaysia, cukuplah dengan politik perkauman, cukuplah dengan politik ketakutan, kita mahu serahkan kembali hak kebebasan kepada rakyat," kata Anwar lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan ramai pejuang KEADILAN terpaksa menderita akibat kezaliman Umno-Barisan Nasional kerana melawan polisi rasis, rasuh dan salahguna kuasa tetapi mereka tetap teguh mempertahankan prinsip perjuangan.

"Tuduhan kita alat Cina atau alat Hindu dan sekarang alat Yahudi atau alat Amerika tidak menganggu kita sebab kita percaya kebijaksanaan rajyat negara ini samada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban.

"Kita difitnah alat Cina tapi kita tak perlu apologetik, kita diajar oleh agama dan budaya kita untuk bercakap benar dan tegakkan keadilan. Apa makna agama - untuk kedamaian, untuk rahmat, kebaikan bagi manusia, untuk keadilan.

"Kalau agama kita pegang untuk tanam kebencian, untuk tegakkan kezaliman, itu bukan agama, itu rangkaian kerangka penjahat-penjahat yang menentang ciri murni agama. Sebab itu saya tidak mahu diganggu dengan hal sebegini dan saya beri nasihat kepada kawan-kawan kita, kita kena terus maju - membujur lalu melentang patah, dengan pendirian ini kita terus mara ke depan," tegas Anwar.

Tambah beliau mana-mana perjuangan pasi ada yang kecundang namun yang penting ialah pemahaman yang jelas mengenai objektif dan halatuju perjuangan itu.

"Mana ada perjuangan yang tidak ada korban? Lihat sahaja kepada Umno; presiden pertamanya meninggalkan parti, kemudian diikuti presiden kedua dan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, presiden ketiga tak sempat sebab meninggal dalam jawatan, presiden keempat, Tun Hussein Onn pun keluar parti.

"Tetapi di sini ada perbezaan - mereka tidak meninggalkan parti disebabkan wang ringgit atau kedudukan, saya mungkin berbeza pandangan dengan mereka atas beberapa isu dasar tetapi saya hormati keyakinan tinggi dan komitmen mereka kepada perjuangan.

"PAS juga hadapi masalah yang sama, presiden pertamanya Mohd Fuad, orang Bukit Mertajam tinggalkan PAS, presiden ketiga, Tan Sri Asri Muda tinggalkan PAS.

"Kita parti baru, KEADILAN juga hadapi proses ini tetapi kadang-kadang proses ini menyukarkan, ia juga mendewasakan malah ia mematangkan. Ini bermakna dalam proses yang kita akan lalui akan datang kita mesti ingat bahawa parti ini adalah parti yang komited kepada agenda reformasi. Sesiapa yang ingin bersama mesti komited kepada agenda ini," kata mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu.

Anwar menegur mereka yang hanya memberikan sokongan kepada beliau berdasarkan apa yang boleh diperolehi sekiranya parti berkuasa kelak.

"Pada 2008 susah nak cari calon, ada yang baik. komited, ada yang terpaksa kita tarik-tarik 'last minute' kerana maklum parti baru dan tak semua yakin kita boleh lawan, ada orang sanggup masuk kalau dia 'secure' nak menang, ada orang dia sokong Anwar kalau Anwar sampai ke Putrajaya, tak jadi ke Putrajaya dia lompat. Itu bukan parti perjuangan, itu parti Putrajaya," ujar beliau.


* Sumber http://Suara-Keadilan.com

Monday, August 23, 2010

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DALAM MESYUARAT TERGEMPAR PADA 22.8.2010 DI KOMTAR, GEORGE TOWN.

Perjuangan Pakatan Rakyat Untuk Kesejahteraan Rakyat.


Mesyuarat tergempar PR dipanggil hari ini berikutan permainan isu "Guan Eng gantikan Agong" yang digembar-gemburkan oleh UMNO dan media massa. Permainan politik oleh UMNO ini adalah begitu karut kerana hanya orang tak siuman dan berniat jahat baru berani menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama lain.

Dalam mesyuarat tersebut Ahli EXCO Negeri Pulau Pinang portfolio agama Islam YB Abdul Malik Kassim telah menjelaskan teks khutbah yang disediakan oleh MAINPP dan JAIPP.

10 usul telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Pakatan Rakyat Lim Guan Eng:-

1. Melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

2. Melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

3. Menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

4. Mengulangi sokongan ke atas dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri mengharamkan judi bola yang pada awalnya diluluskan oleh UMNO.

5. Menyokong pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran kerajaan negeri, MPPP, MPSP dan agensi kerajaan negeri yang dibuat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia.

6. Mengutuk amalan politik kotor dan jahat UMNO dan media massa yang dikuasai ini yang memainkan isu "Guan Eng gantikan Agong" dalam doa khutbah kedua solat Jumaat yang merupakan satu fitnah jahat yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

7. Menafikan dengan keras dakwaan UMNO kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong serta Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri.

8. Mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib/imam mesjid yang dapat dibuktikan telah terpesong atau lari daripada teks khutbah yang disediakan dengan menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

9. Mendesak BN dan UMNO hentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam/khatib yang tidak mengikut teks khutbah yang disediakan, kalau ada, dengan fitnah penggunaan nama YAB Lim Guan Eng diarahkan oleh kerajaan negeri.

10. Menyeru rakyat and penyokong PR bersikap tenang dan tidak masuk perangkap UMNO untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada program baik kerajaan negeri meluluskan program pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri, pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas, menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 dengan sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.



YB Dato Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Pengerusi PKR Pulau Pinang

YB Chow Kon Yeow
Pengerusi DAP Pulau Pinang

Ustaz Rosidi Hussain
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang



Dihantarkan kepada anda melalui:
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Friday, August 20, 2010

KENYATAAN MEDIA: KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA

ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH /
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA



20 Ogos 2010


Kami memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini. Tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang Di Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Saudara Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata. Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak.

Pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang. Kegagalan pentadbiran Dato Sri Najib memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersebut.

Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera. Mereka menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan Perubahan dan demi Malaysia yang Adil. Oleh demikian saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu. Hanya dengan melakukan Perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.


ANWAR IBRAHIM
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA



Dihantarkan kepada melalui
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Friday, August 13, 2010

JATUH KE 'STANDARD' KITA TANPA BUFFET RAMADHAN DI HOTEL?

Tahniah JAKIM! Itulah yang boleh diperkatakan kepada JAKIM (singkatan nama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) apabila dengan beraninya mengeluarkan senarai 22 hotel sahaja yang memiliki sijil Halal di Wilayah Persekutuan yang mana telah disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini, 11 Ogos 2010.

Langkah ini juga amat bertepatan sempena ketibaan bulan Ramadhan 1431H yang bermula hari ini yang mana kebiasaannya para pengusaha hotel terutamanya di Lembah Kelang ini akan berlumba-lumba untuk menawarkan berbagai bentuk ‘Buffet Ramadhan’ untuk menarik terutamanya pengunjung yang beragama Islam untuk berbuka puasa di hotel masing-masing.

Sebagaimana yang disahkan sendiri oleh pihak JAKIM sehingga 09 Ogos 2010 ini, hanya 22 hotel dan 51 buah dapur sahaja yang memiliki persijilan halal yang sah!

Cuba kita bayang dan fikirkan bersama bagaimana daripada beratus dan mungkin juga beribu hotel yang ada di Wilayah Persekutuan dan Lembah Kelang khususnya hanya 22 buah hotel sahaja yang sebenar-benarnya memiliki sijil halal yang sah?

Buat ummat Islam di negara kita, senario yang dihadapi ini memperlihatkan seolah-olah pihak hotel hanya memikirkan keuntungan mereka samata-mata untuk merebut pelanggan beragama Islam datang ke tempat mereka tanpa langsung memikirkan soal halal haram yang amat dititik beratkan oleh ummat Islam?

Soal halal haram adalah perkara yang paling penting untuk ummat Islam kerana memakan sesuatu yang jelas tidak mengikut syarak adalah haram kepada kita sebagai orang Islam.

Kekeliruan pada bukan Islam akan pengertian halal itu jelas kelihatan sehingga kini. Umumnya pada mereka istilah halal itu hanyalah kepada masakan atau makanan yang tidak mengandungi daging babi semata-mata!

Sebab itu kalau kita perasan, ada di sesetengah premis makanan itu terdapat papan tanda yang bertulis ‘pork free’ (tiada babi).

Ini bermakna istilah halal kepada mereka bukan Islam hanyalah berlegar pada ‘tiadanya daging babi’ di premis makanan mereka tanpa mengetahui perkara yang lain yang menurut syarak seperti siapa yang menyembelih ayam, bagaimana ayam disembelih, macamana pula bahan masakan seperti minyak masak yang digunakan, pewarna, rencah kari dan sebagainya lagi.

Justeru itu, pendedahan senarai hotel-hotel yang memiliki sijil halal rasmi daripada JAKIM sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini sedikit sebanyak mampu mencegah pelanggan yang beragama Islam khususnya daripada tertipu dengan berbagai tawaran Buffet Ramadhan yang terus menjadi daya tarikan utama setiap hotel sejak 15 tahun kebelakangan ini.



* Sumber http://ingeniur.blogspot.com

Thursday, August 12, 2010

EZAM BAGAI PIRING HITAM LUSUH ULANGI TOHMAHAN TERHADAP WA AZIZAH

SHAH ALAM 12 OGOS 2010:

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal dengan tindakan Senator Ezam Mohd Nor yang mendakwa kononnya beliau telah menelefonnya supaya menghalang lelaki daripada mendekati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataannya semalam, Dr Wan Azizah berkata beliau kesal dengan dakwaan Ezam itu yang sengaja mengada-ada cerita selepas beliau meninggalkan KEADILAN lebih tiga tahun lalu dan menyertai semula Umno.

Menurut beliau, semasa berada di perkarangan mahkamah Selasa lalu, wartawan akhbar Berita Harian menyatakan beliau telah di arah untuk mengajukan soalan tersebut.

"Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau. Saya tidak pernah menelefon beliau (Ezam) mengaitkan Anwar seperti tohmahan tersebut.

"Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami," tegas beliau.

Dr Wan Azizah berkata beliau akan tetap enggan melayan sebarang dakwaan Ezam yang dibuat hasil menerima upah pimpinan Umno walaupun ia diulangi serta mengaitkan nama beliau secara peribadi.

"Saya mengingatkan beliau supaya menghentikan kerja fitnah yang jelas fasik. Sekiranya beliau terus mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah," tegas Wan Azizah lagi dalam kenyataan itu.

Seperti piring hitam lama, bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu mengulangi dakwaan kononnya Dr Wan Azizah pernah bercakap dengan nada cemas dalam satu panggilan telefon kepada Ezam dari Washington satu ketika dahulu.

Perkara itu timbul apabila Ezam yang kebetulan berada di rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara, Kuala Lumpur memberitahunya ada seorang lelaki lain turut berada di dalam rumah itu.



* Sumber http://Suara-Keadilan.com

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

BANDAR BERA, 11 OGOS 2010 / 01 RAMADHAN 1431H:

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pembaca blog ini serta kepada semua penduduk daerah Bera yang senantiasa mengikuti perkembangan politik khususnya KEADILAn.

Sesungguhnya kehadiran Ramadhan amatlah dinantikan dan dirindui oleh kita semua. Adalah menjadi harapan kita juga sempena kehadiran Ramadhan ini dipergunakan sebaik-sebaiknya untuk pengamalan diri mendekati Allah SWT.

Setiap perbuatan dan tata laku haruslah dijaga bagi menghormati ketibaan bulan ini. Puasa sesungguhnya bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi turut juga menahan diri daripada melakukan segala perkara yang keji yang lain.

Justeru itu kehadiran bulan yang mulia ini kita raikan bersama doa menyambut Ramadhan iaitu;

“Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan”

Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab, Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan” - (HR. Ahmad dan Thabrani)

Selamat berpuasa kepada semua!

Tuesday, August 10, 2010

BILA PROJEK HOSPITAL DAERAH BERA AKAN BERMULA?

Walaupun sudah lebih setahun majlis pecah tanah di tapak projek Hospital Daerah Bera (HB) di lakukan (majlis pecah tanah dibuat pada 06 Februari 2009), tetapi sehingga kini tidak nampak tanda-tanda kerja-kerja awal projek HB tersebut akan bermula sehingga ke saat ini.

Untuk rekod, majlis pecah tanah tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang telah disaksikan oleh ribuan penduduk Daerah Bera disini.

Projek Hospital Bera ini adalah merupakan salah satu projek pembinaan Hospital baru yang diluluskan oleh kerajaan semasa kajian semula Rancangan Malaysia Ke-9 serta mempunyai katil sebanyak 40 buah dan boleh ditambah kepada 60 buah katil dimasa hadapan bagi menampung keperluan penduduk setempat. Ia akan dibina diatas tanah seluas 26 ekar.

Dengan kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM 60 Juta, Hospital Daerah Bera di jangka siap tahun 2012 sebagaimana didalam perancangan Kementerian Kesihatan Malaysian(KKM).

Dengan kadar kepesatan daerah ini semakin membangun apatah lagi peningkatan jumlah penduduk yang semakin meningkat, keutamaan dan keperluan untuk daerah ini mempunyai hospital sendiri amatlah tinggi demi kelangsungan kesihatan penduduk Bera.

Buat masa sekarang penduduk daerah Bera ini memerlukan masa antara 30 minit hingga satu jam perjalanan untuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh atau pun ke Hospital Jempol sekiranya memerlukan rawatan hospital.

Justeru itu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia dapat mempercepatkan dengan kadar segera projek tersebut agar segala kesulitan yang dihadapi oleh penduduk daerah ini dapat diatasi.

Friday, August 6, 2010

LAMPU ISYARAT DI PERLUKAN DI PERSIMPANGAN PERPUSTAKAAN DAERAH BERA & DATARAN KERAYONG



BANDAR BERA, 06 OGOS 2010:

Sudah tiba masanya persimpangan untuk ke bangunan Perpustakaan Bera serta bangunan baru Majlis Daerah Bera (MDB) serta ke Dataran Kerayong mempunyai lampu isyarat bagi memudahkan pengguna jalanraya melalui jalan tersebut.

Kekerapan kemalangan yang berlaku di situ apatah lagi sejak jalan masuk utama ke bangunan MDB telah dinaikkan taraf adalah antara satu faktor utama ianya diperlukan kini.

Persimpangan tersebut yang terletak dilaluan utama antara Temerloh-Bera-Jempol hanya terletak kira-kira 200 meter daripada persimpangan utama Bandar Kerayong yang telah pun mempunyai lampu isyarat disitu.

Justeru itu, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera menggesa agar pihak yang berwajib seperti JKR dan MDB dapat memikirkan sesuatu untuk mengatasi kesulitan yang telah dialami sekian lama oleh penduduk setempat disitu.

Thursday, August 5, 2010

JALAN PINTAS ANTARA TAMAN SRI BERA – PADANG BOLA MDB ROSAK TERUK





Keadaan jalan pintas yang menghubungkan antara Taman Sri Bera dengan Padang Bolasepak MDB begitu teruk kerosakannya.

BANDAR BERA, 05 OGOS 2010:

Penduduk-penduduk di sekitar Taman Sri Bera melahirkan rasa kecewa kerana jalan pintas yang menghubungi antara taman tersebut dengan padang bola MDB masih lagi tidak dibaiki walaupun kerja-kerja berat untuk pembinaan Kompleks Kuarters IPD Bera yang baru telah pun hampir siap dijalankan.

Pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera yang turut meninjau ke sana kelmarin turut mempersoalkan kenapa jalan-jalan ini masih dibiarkan begitu keadaannya?

Jalan tersebut yang dibina sejak beberapa tahun lepas adalah merupakan laluan untuk kenderaan ringan sahaja seperti kereta dan lori-lori kecil. Ianya mula mengalami kerosak yang teruk apabila kerja-kerja pembinaan Kompleks Kuarters IPD Bera bermula sejak tahun 2007 lalu.

Oleh itu KEADILAN Bera menggesa agar pihak yang berkaitan terutama kontraktor yang terlibat dengan pembinaan projek Kompleks Kuarters IPD Bera agar menyegerakan baik pulih jalan pintas tersebut dengan secepat mungkin.

SAMAN EKOR : 'KASE' MAHU MENTERI GUNA KUASA

PUTRAJAYA, 5 OGOS 2010:

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mahu Menteri Pengangkutan menggunakan kuasanya mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menyekat pembaharuan lesen kenderaan kepada mereka yang disaman ekor.

Selain itu, mereka juga mahu menteri mengarahkan JPJ menarik balik arahan menyenarai hitam selagi mereka yang diberi notis saman tidak dibukti bersalah.

Ini kerana tindakan JPJ itu bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun beliau kecewa kerana tidak dapat bertemu menteri sendiri dan hanya menyerahkan kepada setiausaha akhbarnya.

Turut serta pada serahan itu Yang Dipertua PAS Putrajaya, Nazir Zakaria, Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff.

Tambahnya, tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan JPJ menyenarai hitam mereka yang diberi notis saman adalah pelik dan salah.

"Polis buat salah, suruh pula JPJ buat salah," katanya.

Menurutnya, saman ekor dikeluarkan oleh PDRM bukan saman, tetapi hanya notis mengesahkan mahlumat.

Manakala untuk menentukan bersalah dan dikenakan saman, ianya perlu dibawa ke mahkamah.

"Yang menentukan bersalah adalah mahkamah, bukan polis, bukan JPJ," katanya.

Apa yang dibimbangi katanya, dengan keputusan terbaru ini akan menggalakkan rakyat memandu tanpa lesen dan tanpa cukai jalan atau cukai jalan palsu.

Tambahnya, lebih teruk ianya juga bakal menyumbang kepada rasuah bagi memadam nama yang disenarai hitam.

Kase dilancar 2 Ogos lalu dalam usaha PAS membela nasib mereka yang menjadi mangsa saman ekor.

Kase berpendapat, selain menganiaya rakyat, saman ekor juga bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan yang membenarkan seseorang menggunakan hartanya.

Sehubungan itu, dalam fasa kempen mereka, Kase juga akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Dalam Negeri minggu ini, dan membuat aduan ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam masa terdekat.

Selain itu, mereka juga akan mengadakan hari bertemu mangsa pada 9 dan 10 Ogos bagi memberikan khidmat nasihat undang-undang kepada mereka.

Bagi Wilayah Persekutuan dan Selangor, pertemuan akan diadakan di auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) manakala bagi mereka yang tinggal di Melaka dan Negeri Sembilan, pertemuan akan diadakan di Seremban.



* Sumber http://harakahdaily.net

Wednesday, August 4, 2010

KEROSAKAN JALAN YANG KETARA DI LALUAN TEMERLOH-BERA-JEMPOL






Antara gambar-gambar yang diambil jelas menunjukkan permukaan jalan yang rosak di sepanjang laluan yang menghubungkan antara Bera dengan Temerloh dan Bahau.

BANDAR BERA, 04 OGOS 2010:

Keadaan permukaan jalan didaerah ini secara keseluruhannya berada didalam keadaan yang mendukacitakan seperti permukaan yang pecah dan retak serta berlubang disana sini.

Gambar-gambar yang di ambil disekitar laluan 10 menghubungkan Temerloh-Bera-Jempol jelas menunjukkan keadaan tersebut.

Kebanyakan jalan-jalan ini tidak dibaiki dan diselenggarakan dengan baik terutamanya selepas musim tengkujuh tahun lepas.

Justeru itu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera menggesa agar pihak-pihak yang berkaitan agar dapat membaiki serta menyelenggarakan segera permukaan jalan yang retak serta berlubang itu seperti di hadapan Kompleks Rakan Muda, simpang masuk Tunas Manja, di hadapan SMK Bandar Kerayong, di Simpang Bukit Menteri disamping juga di Kampung Paya Pagar dan Kampung Kerayong juga.

CABANG KEADILAN BUKAN PLATFORM UNTUK ‘BISNES’

Berhajat untuk menjadi ketua atau pemimpin nombor satu didalam sesebuah organisasi seperti pertubuhan belia, parti politik atau badan sukan dengan harapan boleh mengembangkan lagi ‘bisnes’ atau peluang perniagaannya kepada semua ahli dibawahnya adalah merupakan sesuatu yang ganjil didengarinya bukan?

Tetapi itulah antara trend terkini yang kedengaran apabila seseorang yang memiliki otak bisnes yang cukup ligat didalam mencari peluang secara tiba-tiba melihat cara ini adalah kaedah terbaru untuk memperluaskan perniagaannya.

Kita mengambil satu contoh yang cukup mudah didalam parti politik umpamanya, apa akan jadi seandainya seseorang itu berhajat sangat untuk mengetuai sesebuah bahagian, cabang atau pun kawasan dengan satu harapan untuk memperkukuhkan lagi perniagaannya secara pengembangan rangkaian bisnesnya kepada ahli-ahli bawahan di bahagian, cabang atau kawasan yang terbabit tersebut?

Mungkin didalam UMNO-BN, perkara seperti ini adalah biasa apatah lagi setiap mereka yang memperolehi jawatan didalam parti waima di peringkat cawangan sekali pun pasti akan berusaha memperolehi peluang perniagaan yang pasti cukup besar dan begitu lumayan pulangannya.

Itu kalau di peringkat cawangan UMNO-BN, bagaimana pula sekiranya seseorang itu menjadi ketua parti di peringkat bahagian? Sudah semestinya peluang yang lumayan ini akan ‘melimpah ruah’ masuk ke dalam poket ketua tersebut bukan? Itu hanyalah cebisan kisah yang berlaku didalam UMNO-BN.

Oleh itu janganlah ada usaha untuk menjadikan parti politik pembangkang seperti KEADILAN di sesebuah cabang sebagai platform untuk mencari rakan perniagaan serta membentuk jaringan ekonomi disamping mempromosi dan mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakannya walaupun kecil.

KEADILAN kini dilihat menjadi harapan rakyat yang semakin berminat untuk menyertai parti ini, oleh itu janganlah menjadi seumpama ada ‘udang disebalik batu’ oleh sesetengah mereka yang berminat untuk menjadi ketua cabang demi memperluaskan lagi ‘empayar perniagaannya’ kepada ahli-ahli yang berada didalam cabangnya itu.

Kita tidak menghalang seseorang ketua cabang itu untuk berusaha keras memperluaskan perniagaannya tetapi gunakanlah saluran yang ada ini untuk bersama-sama meningkatkan tahap kewangan parti di peringkat cabang dan bukannya berniat untuk menjadi ketua cabang bagi memperluaskan empayar perniagaannya berkonsepkan seumpama sistem MLM pula!




* Atikel ini adalah pandangan bebas yang di hantar oleh seorang pendokong KEADILAN Bera sejak tahun 1999 lagi untuk bacaan semua pembaca blog ini sebagai panduan menjelang pemilihan parti selepas raya nanti.

Tuesday, August 3, 2010

KENAPA JAMBATAN UTAMA SUNGAI TRIANG TIADA LAMPU JALAN?




Keadaan Jambatan Triang yang jelas ketiadaan lampu untuk menerangi jambatan tersebut di waktu malam.

BANDAR BERA, 03 OGOS 2010:

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera menggesa agar jambatan utama (Jambatan Triang) yang menghubungkan laluan utama Bera-Jempol di Sungai Triang dapat dipasangkan lampu untuk menerangi jambatan tersebut.

Jambatan tersebut yang sentiasa sibuk adalah merupakan sebahagian daripada laluan untuk kenderaan yang berulang alik ke arah Bahau dan juga Bera serta Temerloh.

Pihak Jabatan Kerja raya (JKR) Bera sepatutnya memasang lampu-lampu pada setiap jambatan-jambatan samada ianya jambatan besar atau kecil kerana untuk kemudahan para pemandu melalui jambatan tersebut.

Justeru itu pihak KEADILAN Bera mahu agar pemasangan lampu-lampu jalan ini dapat dilakukan dengan segera bagi menerangi keadaan jambatan dan jalan tersebut.

HIMPUNAN ORANG ASAL ZON TENGAH PAHANG ANJURAN KEADILAN PAHANG

BANDAR BERA, 03 OGOS 2010:

Himpunan Orang Asal Zon Tengah PKR Pahang akan diadakan pada 7hb Ogos 2010 di Sekolah Al-Mukmin, Temerloh pada 7hb Ogos 2010 dan akan dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden KEADILAN jam 10.00 pagi.

Seramai 200 orang peserta terdiri daripada Orang Asal Kuala Krau, Jerantut, Temerloh dan Bera akan menghadiri perhimpunan sehari suntuk itu.

Sebanyak tiga kertas kerja akan dibentangkan iaitu oleh Bob Manolan Mohamad, Yusri Ahon dan Tijah Yok Chopil.

Majlis penutup akan dirasmikan oleh YBhg Dato Fauzi Abdul Rahman pada jam 6.00 petang.

Manakala pada sebelah malamnya akan diadakan pula ceramah umum dan antara penceramah-penceramahnya adalah terdiri daripada Dato Fauzi Abdul Rahman, YB Gobalakrishnan, Che'gu Bard, YB Elizabeth Wong, dan Tijah Yok Chopil di perkarangan rumah Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Hal Ehwal Orang Asal KEADILAN Pahang), Kg Batu 4, Jln Maran, Temerloh, Pahang.

Saturday, July 31, 2010

BONGGOL JALAN DIPERLUKAN DI HADAPAN SK KERAYONG



Gambar jalan utama Bera-Temerloh yang diambil di hadapan SK Kerayong (sebelah kanan) & SMK Sri Bera (sebelah kiri).

BANDAR BERA, 31 JULAI 2010:

Pihak berwajib seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Bera (MDB) disarankan agar dapat membina segera beberapa buah bonggol di laluan utama Temerloh-Bera di hadapan Sekolah Kebangsaan Kerayong dan juga Sekolah Menengah Sri Bera.

Langkah ini adalah bertujuan untuk menghalang daripada pemandu kenderaan secara melulu dan laju ketika melalui jalan tersebut. Kejadian beberapa kemalangan yang berlaku sebelum ini disepanjang hadapan kedua sekolah tersebut haruslah dipandang serius.

Pihak berwajib seharusnya memikirkan langkah ini secara positif bagi mencegah kemungkinan yang lebih teruk lagi daripada berlaku apatah lagi kawasan tersebut agak sibuk dengan pelajar-pelajar sekolah terutamanya ketika diwaktu pagi dan tengahari persekolahan.

Pada pandangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera, pembinaan bonggol di sesebuah laluan utama ini bukanlah sesuatu yang luar biasa atau pun pelik kerana keadaan ini telah lama dipraktikkan di Selayang, Rawang, Kajang, Kuala Langat serta di hadapan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di tengah bandaraya Kuala Lumpur juga telah lama di pasand bonggol-bonggol tersebut bagi mengelak daripada pemandu memecut kenderaan tanpa kawalan serta membahayakan orang ramai.

KOMPLEKS IPD BERA SUDAH HAMPIR SIAP





Antara gambar-gambar terkini Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera & Kuarters yang sudah hampir disiapkan.

BANDAR BERA, 31 JULAI 2010:

Walaupun telah mengalami kelewatan yang amat ketara untuk menyiapkan bangunan Kompleks Ibu Pejabat Daerah Polis Bera (sepatutnya disiapkan sejak tahun lepas lagi), ianya tidak menghalang pihak kontraktor yang bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kerja-kerja pembinaan IPD Bera tersebut.

Dalam tinjauan yang dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera semalam, hampir 85% kerja-kerja pembinaan telah pun siap manakala kerja-kerja pengujian dan penerimaan mekanikal dan elektrik terhadap bangunan utama telah pun berlangsung sehingga kini.

Di percayai bangunan IPD serta kuarters kakitangan polis ini akan diserah untuk diduduki menjelang akhir tahun ini.

Pembinaan IPD Bera yang baru ini yang menelan perbelanjaan sehingga RM 60 Juta telah pun bermula semenjak awal tahun 2007 lagi adalah merupakan antara mercu tanda Bera yang terkini didaerah termuda didalam negeri Pahang ini.

Wednesday, July 28, 2010

STESEN-STESEN BAS DI BERA HEBAT TETAPI BAS TIADA!


Stesen Bas Utama Bandar Bera, Kerayong kelihatan lengang kerana ketiadaan bas.
Stesen Bas Triang yang begitu selesa dan moden kelihatan lengang kerana ketiadaan bas.

BANDAR BERA, 28 JULAI 2010:

Hampir kebanyakan penduduk di daerah Bera mengetahui bahawa daerah ini mempunyai dua buah Stesen bas yang dikira agak baru dan selesa iaitu terletak di Bandar Bera dan juga di Triang.

Tetapi yang menjadi persoalannya ialah sungguh pun stesen-stesen bas tersebut begitu moden dan baru, kekurangan dan ketiadaan bas untuk ke beberapa destinasi didalam daerah dan luar daerah ini terus menjadi persoalan orang ramai.

Sehingga kini hanya terdapat bas yang beroperasi dari Bandar Temerloh yang menghubungkan secara terus ke Bandar Bera, Triang dan beberapa perkampungan felda seperti Mayam, Purun serta Sebertak.

Manakala bas daripada pekan Bahau Jempol turut menjalankan perkhidmatannya yang menghubungkan Bahau dengan Bandar Bera, Triang serta Kemayan, felda Bukit Mendi dan Tembangau.

Dengan hanya mengharapkan perkhidmatan bas dari kedua-dua daerah tersebut sudah pasti akan merugikan masa pengguna untuk ke destinasi yang lain kerana jarak kedua-dua daerah tersebut yang jauh pasti akan mengambil masa yang lama untuk sesebuah bas tersebut tiba di daerah Bera ini.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera melahirkan rasa kesal dan hairan kenapa tiadanya syarikat bas yang beroperasi secara terus dari daerah Bera ini juga adalah antara punca utama kenapa perkhidmatan awam didaerah ini sangat lemah dan ini juga antara punca yang tidak membantu untuk menjadikan Bera sebagai daerah yang mempunyai destinasi pelancongan yang hebat walaupun daerah ini memiliki Tasik Bera yang cukup dikenali ramai.

Sepatutnya sudah tiba masanya daerah Bera ini mempunyai satu rangkaian perkhidmatan basnya sendiri untuk kemudahan pengguna terutamanya para pelancong.

Dengan status YB Ahli Parlimen Bera sebagai salah seorang daripada Menteri Kabinet Persekutuan, sudah pasti campur tangan beliau untuk mengadakan satu perkhidmatan bas sendiri didaerah Bera ini amatlah diperlukan sekarang.

Gambar-gambar yang disertakan disini adalah antara bukti bahawa perkhidmatan awam seperti bas disini amatlah diperlukan dan usahlah dibiarkan selamanya kedua-dua stesen bas ini dipenuhi oleh kenderaan yang lain selain daripada bas!

PERSIMPANGAN LAMPU ISYARAT BANDAR BERA KOTOR




BANDAR BERA, 28 JULAI 2010:

Kita tidak tahu dimana silapnya apabila didapati persimpangan utama di lampu isyarat Bandar Bera kelihatan begitu kotor dengan segala tumpahan simen, batu bata dan sampah yang jelas kelihatan diatas jalan. Beberapa keping gambar diatas jelas menunjukkan keadaan tersebut.

Limpahan batu bata dan tumpahan simen tersebut dipercayai akibat daripada lori-lori yang menghantar bekalan bahan tersebut sebelum ini ke tapak-tapak projek yang berhampiran.

Seharusnya pihak yang berwajib seperti pihak Roadcare selaku pengendali untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan di daerah ini mengambil langkah cepat untuk membuang serta membersih kotoran sebagaimana yang ditunjukkan didalam gambar diatas.

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera menggesa agar Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku pihak berkuasa kerajaan turut memantau perkembangan ini disamping memberi peringatan kepada lori-lori yang terbabit agar lebih berhati-hati di masa akan datang.

Kekotoran serta limpahan batu bata dan simen juga boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna-pengguna jalanraya yang kecil seperti penunggang motorsikal dan juga basikal.