Tuesday, October 6, 2009

JAMUAN TERBUKA HARI RAYA IDUL FITRI PKR BERA 2009 MERIAH!











BANDAR BERA 04 OKTOBER 2009 / AHAD:

Hampir seribu orang hadir ke Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Idul fitri 1430H / 2009 anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera. Kemeriahan tahun ini lebih terasa kerana pada tahun ini semakin ramai penduduk di Bera ini khususnya semakin berani untuk hadir ke jamuan raya yang dianjurkan oleh PKR Bera ini.

Jamuan Raya ini bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 02.00 petang turut dikunjungi oleh rombongan DAP Pahang yang diketuai oleh Pengerusi DAP Pahang iaitu YB Leong Ngah Ngah yang juga ADUN Triang serta Sdr Abu Bakar Lebai Sudin (Timbalan Pengerusi DAP Pahang) yang juga calon DAP Parlimen Raub 2008. Manakala PAS pula diwakili oleh Ustaz Sulaiman Mohamad yang juga AJK PAS Pahang merangkap YDP Pas Kawasan Bera serta Sdr Shahrul Ketua Pemuda Pas Bera pula mengetuai rombongan Pas Kawasan Bera.

Antara pimpinan PKR Bera yang turut bersama meraikan tetamu serta pengunjung ialah Tn Hj Abas Awang (Ketua Cabang Bera), Sdr Hamzah Bawa (Timbalan), Sdr Amir Aziz, Sdr Muthusamy dan Sdr Malik Saleh (Naib-Naib Ketua), Sdr Rizan (Setiausaha Cabang), Tn Hj Hamzah Ibrahim (Ketua Penerangan), Sdr Bob Manolan (Ketua AMK Bera), Sdr Sarawanan (Exco AMK Pusat), serta AJK-AJK yang lain seperti Sdr Amin, Sdr Zarizan, Sdr Jemadi, Pn Gomathy, Pn Paridatul dan pn Sabarina.

Turut menghadiri rumah terbuka PKR Bera ini juga ialah Sdr Yusairi (AJK PKR Cabang Temerloh) serta rombongan sekeluarga Ketua PKR Cabang Raub (Sdr Mohd Ali Wahid). Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum serta latar belakang politik turut menghadiri jamuan raya ini. Turut kelihatan juga pada tahun apabila semakin ramai kakitangan kerajaan dan swasta utama di Bera ini hadir bersama bagi memeriahkan suasana jamuan raya tersebut.

Mungkin dengan langkah PKR Cabang Bera yang mengutuskan jemputan secara rasmi kepada semua jabatan-jabatan kerajaan di daerah Bera ini seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, Pejabat Daerah & Tanah Bera, Pejabat Pelajaran Daerah Bera, Pejabat Kesihatan Bera, TNB, JBA Bera serta yang lain lagi telah menunjukkan kepada semua tentang keterbukaan parti kita pada semua penjawat awam. Keadaan ini juga menunjukkan kepada semua bahawa PKR kini telah mula diterima oleh rakyat pelbagai lapisan dan ini merupakan petanda yang cukup baik kepada PKR khususnya di Bera di PRU ke 13 nanti.

No comments: