Monday, October 12, 2009

'WOW FACTOR' UMNO ADA PADA ISA SAMAD!


Kemenangan Tan Sri Isa Samad di pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang malam tadi sudah terlebih awal boleh dijangkakan oleh semua pihak apatah lagi dengan adanya faktor 'WOW' sebagaimana yang diharapkan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri suatu ketika dahulu ketika ditanya bagaimana untuk menjadikan Umno itu diminati semula oleh rakyat!

Didalam kes ini, 'faktor Wow' ('Wow Factor') nya ialah kehebatan calon BN ini sendiri Isa Samad yang terlalu berlebihan faktor 'wow' tersebut. Isa Samad amat dikenali umum sebagai mantan MB Negeri Sembilan yang paling lama di negeri tersebut iaitu selama 22 tahun. 'Kehebatan' beliau disepanjang kepimpinannya menjadi MB disana amatlah diperakui oleh semua pihak samada kawan atau lawan, samada sahabat ataupun musuh, samada pada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) sendiri.

Kerana itulah faktor 'wow' sebagaimana yang diperlukan oleh Umno semula didalam mencari sokongan rakyat terutamanya kepada kaum bukan melayu amatlah diperlukan dan ianya boleh dikatakan ada pada calon seperti Isa Samad ini.

Kepada rakyat, segala jasa Isa Samad sepanjang beliau menjadi MB sememangnya tidak boleh dinafikan dan dilupakan sangat-sangat namun begitu satu perkara yang teramat-amat juga tidak boleh dilupakan oleh rakyat ialah kes 'Politik Wang' atau dengan bahasa mudahnya 'Rasuah Wang Dalam Pemilihan Umno' beberapa tahun lepas yang menyebabkan penggantungan beliau daripada aktif Umno selama tiga tahun.

Mungkin inilah agaknya yang dicari dan dikatakan sebagai 'Faktor Wow' yang amat-amat dicari dan diperlukan oleh Umno bagi menarik kembali sokongan pengundi terutamanya kepada golongan muda dan bukan melayu kerana keupayaan Isa Samad sendiri yang 'menampakkan kehebatannya' didalam kes rasuah atau politik wang yang terpalit terhadap beliau dahulu!

Secara peribadi saya amat bersetuju bahawa, rasa 'kasih dan sayangnya' penduduk-penduduk di Teluk Kemang sendiri terhadap Isa Samad ini begitu kuat sekali. Faktor orang lama yang dikira sebagai banyak membuat jasa kepada rakyat selama ini terus diambil kira oleh pengundi walaupun kes rasuah wang atau politik wang itu seharusnya lebih diambil kira dari segi moral kehidupan! Mungkin inilah punca utamanya kenapa Isa Samad dipilih sebagai calon BN Bagan Pinang kali ini...kerana segalanya adalah disebabkan apa yang dikatakan sebagai Faktor Wow tersebut.

Yang pastinya, 'Wow factor' yang Umno tercari-cari selama ini sebagaimana yang dikehendaki oleh Muhyiddin Yassin bagi meraihkan kemenangan pada setiap PRK hanyalah ada pada Isa Samad rupanya....



*Artikel ini dipetik dari blog http://ingeniur.blogspot.com

No comments: