Thursday, October 16, 2008

JAMUAN RAYA PKR BAHAGIAN BERA PADA 11/10/2008

GAMBAR 1) Kain rentang jamuan raya PKR Bahagain Bera pada 11 Oktober 2008 yang dipasang disekitar Bandar Bera dan juga di tapak jamuan tersebut.

GAMBAR 2) Dari kiri Tn Hj Adnan (Ketua PKR Cameron Highland), AJK Pas Bera, Tn Hj Abas (Ketua PKR Bera) dan YB Leong Ngah Ngah (Adun DAP Triang)


GAMBAR 3) Kelihatan orang ramai daripada pelbagai kaumberpusu-pusu untuk mengambil juadah yang dihidangkan sempena jamuan raya PKR Bera ini.


GAMBAR 4) Tn Hj Abas, YB Leong Ngah Ngah, Sdr Sarawanan (Exco AMK Pusat) dan Sdr Hamzah Bawa (Timb Ketua PKR Bera) sedang berbual.


GAMBAR 5) Kehadiran kaum ibu serta anak-anak juga memeriahkan jamuan raya PKR ini.

Jamuan raya terbuka anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Bera mendapat sambutan hangat oleh para penduduk di Bandar Bera. Kira-kira 500 orang mengunjungi jamuan raya ini untuk meraikan pimpinan PKR yang diketuai olah Ketua Bahagian Bera, Tn Hj Abas Awang. Turut mengiringi Tn Hj Abas ialah Sdr Hamzah Bawa (Timb ketua bhg Bera), Naib-naib ketua bahagian Sdr Amir Abd Aziz, Sdr Muthusamy serta Cikgu Malek. Hampir kesemua pimpinan utama PKR Bera turut bersama-sama meraikan kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu memenuhi kanopi yang disediakan untuk bersama-sama meraikan pimpinan PKR Bera.

Menurut Setiausaha Bahagian Bera Sdr Riza Hj Ali juga lagi, antara yang turut memeriahkan jamuan raya ini ialah rombongan PAS kawasan Bera yang diketuai oleh YDP Pas kawasan iaitu Ustaz Sulaiman Mohamad, Ketua Pemudanya Sdr Shahrul dan jawatankuasa Pas kawasannya. PKR Bera juga turut menerima kehadiran Tn Hj Adnan Md Lazim (Ketua PKR bhg Cameron Highland), Tn Hj Suhaimi Said (Ketua PKR Bahagian Kuala Krau) serta Setiausaha AMK Pusat Sdr Zulfikar Ariffin. Kehadiran juga diserikan lagi dengan Adun Triang YB Leong Ngah Ngah bersama rombongan jawatankuasa DAP Bera.

2 comments:

Suhaimi Said said...

good start, keep it up.

Suhaimi Said said...

Kekuatan organisasi adalah kerana keikhlasan sumbangan tenaga dan idea.

Ia bermula dengan pergerakan yang sistematik.

Setiap mereka yang memegang jawatan diperingkat bahagian dan cawangan secara sukarela memberikan tumuan kepada organisasi yang dipegangnya.

Organisasi itu sentiasa bertemu, berbincang dan bertindak.

Organisasi itu mendampingi massa disetiap masa.

Penyertaan didalam organisasi itu adalah sukarela sebelum penyertaan dan apabila sudah menyertai dan apatah lagi jika sudah meegang jawatan, kesukarelaan itu sudah terhenti, maka ia memasukki bidang tanggungjawab.

Menjadi tanggungjawab setiap ajk bekerja keras untuk organisasi.

Organisasi hendaklah sentiasa merancang dan mengambil tindakan.

Hubungan dengan masyarakat amat penting, kalau tidak organisasi itu menjadi gajah putih.

Kursus-kursus dibidang organisasi, politik, penerangan, kesetiausahaan hendaklah diadakan berkala, tida terhenti sekadar dilakukan diperingkat bahagian, ia perlu meyeluruh meliputi keahlian.

Tidak ada yang dipanggil pemimpin jika hanya sekadar pandai bercakap, sanggup mengeluarkan idea, tetapi tidak ada komitmen dan tindakan untuk menggerakkan rakyat.

Kerja organisasi/parti adalah kerja harian, ia tidak bermusim.

Buat kerja belum tahu menang, tak buat kerja sudah tentu tak akan menang.

Kaji masalah masyarakat, involve diri untuk penyelesaian masalah masyarakat.

Buat kerja massa, organise masyarakat, ambil kepimpinan didalam masyarakat.

Politik dengan hanya berteori tidak akan berjaya menyusun measyarakat.

Masyarakat luar bandar adalah lebih konserbatif daripada masyarakat bandar, mereka dikelilingi oleh info-info negatif dari TV dan akhbar konserbatif; mereka tidak terlibat dengan internet dan info alternatif adalah asing buat mereka.

Bera adalah kawasan yang baik untuk melakukan kerja.

Masyarakat peneroka Felda dibuai dengan pendapatan yang lebih dari sederhana, tetapi keadaan itu boleh berubah secara mendadak mengikut harga komoditi sawit dan getah.

Kena intip keadaan ini dan dikala harga komoditi merundum seperti kini apabila harga getah jatuh dari RM2.00 sekilo dan sawit jatuh dari RM380 sekilo, adalah waktu untuk mendampingi peneroka-peneroka dengan cara yang paling
tersusun, dan mereka adalah didalam keadaan yang paling reseptif kepada ide-ide perjuangan, gunakanlah kesempatan ini, dan untuk itu sudah pasti organisasi yang tersusun rapi akan dapat menyusun gerakan rakyat.

Saya kagum dengan usaha Bahagian Bera, moga-moga dapat melangkah dengan bergaya.