'Pertelingkahan dalaman' antara parti PAS dan DAP di Selangor serta PKR dengan DAP sedikit sebanyak telah mula menimbulkan sedikit sebanyak kegusaran dikalangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat terutamanya di kedua-dua negeri ini.
Persoalan yang timbul ialah kenapa perkara pada asalnya kecil ini tidak segera ditangani terutamanya melibatkan tindakan-tindakan yang kurang senang oleh DAP melalui wakil rakyatnya Ronnie Liu (Exco Kerajaan Selangor) serta Jeff Oii (Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang).
Di Selangor ianya bermula apabila tindakan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan rampasan arak di kedai serbanika 24 jam yang kemudiannya diarahkan oleh Ronnie agar MBSA memulangkan kembali rampasan ke kedai tersebut sedangkan tindakan ini di lakukan dikawasan Shah Alam adalah majoritinya orang melayu Islam.
Rentetan daripada rampasan ini telah memaksa Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali yang juga Exco Selangor menggesa agar MB, Tan Sri Khalid Ibrahim melucutkan portfolio Kerajaan Tempatan daripada Ronnie Liu itu.
Begitu juga di Pulau Pinang apabila Jeff Oii membuat kenyataan terbuka di akhbar The Star bahawa seorang ahli Ahli Majlis di Pulau Pinang yang juga wakil daripada PKR adalah seorang yang 'ekstrem' kerana latar belakang beliau yang terlibat didalam NGO berteraskan Islam iaitu Jemaah Islam Malaysia (JIM) telah disalah ertikan sebagai ahli rangkaian pelampau!
Kedua-dua isu ini telah dijadikan peluru terutamanya oleh musuh Pakatan Rakyat (PR) yang sudah semestinya daripada Umno. Didalam keadaan PR baru setahun jagung memerintah, sepatutnya isu ini tidak timbul sekiranya semua parti yang berada didalam Pakatan Rakyat memahami aspirasi penduduk dinegara ini terutamanya yang melibatkan sensitiviti orang melayu Islam.
Ketidakfahaman atau buat-buat tidak faham daripada kalangan wakil rakyat bukan Islam terutamanya didalam DAP cukup merbahayakan hubungan didalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Isu ini sepatutnya sudah tidak timbul lagi apatah lagi didalam keadaan negara kita sudah merdeka 52 tahun kerana segala permasalahan ini kita telah berjaya buktikan kepada umum terutamanya Umno / BN bahawa isu perkauman serta agama bukan lagi halangan untuk kita rakyat Malaysia bersatu untuk menegakkan keadilan sejagat sebagaimana yang diperjuangkan selama ini.
Adalah menjadi harapan kita selaku pendokong PR, agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Kita tidak mahu pergolakan ini akan meruntuhkan pakatan yang telah berjaya dijalinkan sejak Mac 2008 lalu. Kita seharusnya membuktikan kepada umum bahawa Pakatan Rakyat lebih terbaik didalam memimpin negara ini apatah lagi didalam memenuhi harapan serta cita-cita rakyat.
Kita juga perlu faham, didalam keadaan sumber penyiaran kita yang cukup terbatas, kita tidak mahu isu yang melibatkan di dua negeri ini akan dijadikan sebagai isu utama pada setiap akhbar apatah lagi melibatkan isu perkauman serta isu sensitiviti agama Islam. Kita perlu ingat, media yang dikuasai oleh pemerintah BN sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk memainkan isu ini.
Fahamilah wahai pimpinan Pakatan Rakyat, selesailah secara rasional dan bijaksana. Haruslah adalah kesefahaman dan keterbukaan pada wakil-wakil rakyat DAP terutamanya yang melibatkan isu agama Islam. Usahlah melibatkan media massa yang pasti setiap isu tersebut akan digembar-gemburkan secara meluas yang akhirnya kita juga yang rugi akhirnya....
Dipetik dari blog 'Raikan Hasrat Anda' di http://ingeniur.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment