Sejak seminggu yang lalu lagi di akhbar Utusan Malaysia terutamanya, demonstrasi serta perhimpunan mengecam Dato Seri Anwar Ibrahim kedengaran disana sini (disiarkan di akhbar dan TV) diseluruh Negara apatah lagi sekarang musim parti perkauman Umno sedang mengadakan mesyuarat agung tahunan bahagian masing-masing serta yang terbaru sehingga semalam beberapa NGO yang menyokong BN turut menyertainya.
Sejak isu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia di saman RM 100 Juta oleh Anwar atas dakwaan yang dibuat oleh Muhyiddin dengan mengatakan ‘Anwar Pengkhianat Bangsa Melayu’ minggu lepas, sehingga semalam sudah hampir kesemua ahli-ahli umno samada dikalangan Pemuda, Wanita, Puteri dan Perwakilan Bahagian sepakat menyokong sebulat suara untuk mempertahankan Muhyiddin dan dalam masa yang sama bertindak juga untuk mengadakan kecaman secara terbuka terhadap Anwar sebagai Pengkhianat Bangsa Melayu!
Apa sudah jadi dengan Umno kini? Kalau suatu masa dahulu terutamanya di era Almarhum Tunku sehingga lah kezaman Tun Hussein Onn, agenda pengukuhan ekonomi bangsa melayu serta penyelesaian dan membenteras kemiskinan melayu dan Bumiputra telah dijadikan agenda utama parti ketika bersidang samada di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya ke peringkat Nasional.
Kini, segalanya sudah berubah apabila agenda mengecam Anwar telah dijadikan sebagai agenda utama didalam mesyuarat bahagian Umno pada hari ini. Dimanakah lagi harapan ahli-ahli bawahan terhadap pemimpin-pemimpin mereka kini sekiranya di peringkat mesyuarat agung bahagian sudah menjadikan kecaman terhadap Anwar sebagai agenda utama parti?
Sebagai ahli seharusnya berhak untuk menyuarakan perkara ini tetapi sikap ‘lemah’ nya sesetengah ahli yang tidak mampu lagi untuk bersuara telah menjadikan sesetengah pemimpin yang diberi kepercayaan oleh ahli bawahan telah menjadikan pehimpunan ini sebagai medan untuk menonjolkan diri dengan ‘mengampu’ pemimpin dan seterusnya menjadikan orang lain sebagai ‘kambing hitam’ untuk menutup kelemahan mereka sendiri didalam memimpin parti.
Didalam Umno kini, bukan sedikit pemimpinnya yang tidak mengkhianati bangsanya sendiri. Apakah kita selama ini tidak pernah mendengar bagaimana sesetengah pemimpin umno yang bekerjasama dengan bangsa lain dengan menggadai tanah-tanah rezab melayu dan menjualnya demi ‘kepentingan perut dan tembolok mereka sendiri’?
Lihat kes pemberian AP beberapa tahun lepas bagaimana jumlah AP yang sememangnya diperuntukkan untuk kuota Bumiputra tetapi mereka yang memperolehinya telah menjual atau menggadaikannya kepada bukan bumiputra semata-mata kerana hambatan wang ringgit?
Itu tidak termasuk lagi dengan ‘mengalibabakan’ lesen-lesen kontrak serta pembalakan yang diperolehi yang secara jelas menggadai serta mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh orang melayu terhadap pemimpin-pemimpin Umno ini yang kononnya diharapkan mampu menolong bangsanya sendiri!
Anwar Ibrahim dilihat sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Apakah kerana kerjasama serta gagasan beliau dengan idea yang baik untuk diterjemahkan bersama didalam Pakatan Rakyat ini dikatakan sebagai mengkhianati melayu?
Didalam konteks Negara kita yang berbilang kaum, agama dan adat resam, gagasan serta idea yang dikembangkan oleh Anwar seharusnya dipandang tinggi serta disokong oleh masyarakat kini apatah lagi beliau banyak melontarkan idea didalam pembinaan insan yang lebih kehadapan berbanding Barisan Nasional khasnya.
Dimanakah yang dikatakan oleh juak-juak dalam Umno ini yang mengatakan Anwar adalah seorang pengkhianat bangsa melayu? Apakah ‘sikap tolenrasi dan lunak ‘ Anwar dengan pemimpin parti berasaskan kaum Cina seperti DAP serta dengan pemimpin-pemimpin kaum Cina dan India didalam PKR sudah cukup membuktikan kepada umum yang Anwar ini sebagai pengkhianat?
Anwar secara jelas didalam setiap kenyataannya samada ketika berceramah bersama pemimpin-pemimpin PKR-PAS-DAP atau di kenyataan media alternatif dengan jelas dan tegas mengatakan beliau tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak pun yang cuba untuk 'menyentuh' dan 'mengganggu-gugat' didalam perkara yang berkaitan soal Bahasa Melayu, Agama Islam, kedudukan Istimewa hak-hak orang Melayu Bumiputra serta kedudukan Raja-Raja Melayu. Beliau berjanji akan terus mempertahankannya selaras dengan peruntukan yang ada didalam perlembagaan negara kita. Ini perkara yang jelas dan nyata yang telah pun dipersetujui bersama secara rasmi dan ditandatangani oleh kesemua pemimpin-pemimpin utama PKR (Anwar Ibrahim), PAS (TG Hadi Awang) dan DAP (Lim Kit Siang).
Apa lagi yang dikatakan kepada Anwar sebagai pengkhianat bangsa melayu? Apakah soal dasar serta polisi yang di praktikan oleh Pakatan Rakyat menampakkan seolah-olah Anwar tidak prihatin akan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini terutamanya dengan isu yang berbangkit seperti soal rampasan arak serta tuduhan liar yang dibuat oleh segelintir pemimpin DAP terhadap pemimpin melayu PAS dan PKR? Apakah itu juga dianggap sebagai pengkhianat bangsa melayu?
Apakah hubungan baik Anwar dengan beberapa pemimpin Negara asing seperti pemimpin Amerika Syarikat serta Britain ini telah dikatakan juga sebagai beliau seorang yang mengkhianati melayu? Baiklah elok kita renung dibawah ini…
Kenapa pemimpin Umno ini (Untuk rekod Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan) tidak pula dikatakan sebagai pengkhianat bangsa melayu sekiranya beliau secara terus terang mengakui telah mengadakan pertemuan tertutup dengan seorang menteri Israel yang terang-terang memusuhi Islam?
Bagaimana pula dengan sikap sesetengah pemimpin yang sebagaimana didakwakan ada menjual tanah-tanah orang melayu kepada bangsa asing? Begitu juga ada yang menjual saham atau kepentingan Bumiputra kepada pemegang saham berbangsa lain? Kenapa tidak dikatakan sebagai pengkhianat bangsa melayu?
Fikir-fikirkan lah, siapakah sebenarnya lebih pengkhianat terhadap bangsa melayu…
Artikel di petik dari blog 'Raikan Hasrat Anda' http://ingeniur.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment