BANDAR BERA 23 MEI 2010:
Akhirnya pihak yang berwajib telah menurap tar baru di sepanjang 2 kilometer di laluan Bera-Temerloh di sekitar simpang Mengkarak hingga ke Durian Tawar.
Rungutan orang ramai selama ini terhadap jalan yang rosak dan berlubang telah beberapa kali kedengaran sejak berakhirnya musim monsoon pada akhir Disember tahun lalu.
Kerja-kerja penurapan jalan ini telah berjaya disiapkan sejak tiga minggu lepas dengan dikawal selia oleh pihak penyelenggara jalanraya (Roadcare Sdn Bhd) dan Jabatan Kerja Raya.
Sementara itu pengguna jalanraya ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana ‘beban’ serta perasan ‘sakit hati’ terhadap permukaan jalan tersebut yang telah rosak sekian lama telah berjaya di selesaikan walaupun sudah lama mengadu kepada pihak yang berkaitan.
Pengguna jalanraya juga berharap agar pihak berkaitan dapat mengambil langkah serupa dengan cepat dan segera tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan perkara sebegini.
Monday, May 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hujung tahun ni boleh turap semula........x der kualiti......sekejap je rosak semula
Post a Comment