Monday, May 17, 2010

MESYUARAT J/KUASA CABANG BERA KALI KE 4 /2010

BANDAR BERA 16 MEI 2010:

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Bera Kali telah mengadakan mesyuaratnya Kali Ke 4/2010 pada sebelah petang tadi dengan dihadiri oleh hampir semua Ahli Jawatankuasanya.

Beberapa perkara telah dibincangkan ketika mesyuarat tersebut antaranya ialah berkaitan dengan Kongres Nasional KEADILAN yang bakal berlangsung di Kota Bharu Kelantan pada 28-30 Mei ini. Disamping itu juga mesyuarat berkenaan juga telah membincangkan program Dialog bersama peneroka di Triang 3 yang akan dihadiri oleh Tn Hj Suhaimi Said (Ketua Cabang Kuala Krau) dan Sdr Ahmad Nizam Hamid (Ketua Cabang Temerloh.

Program ini akan berlangsung pada jam 9.00 malam di rumah Sdr Zakaria Ahmad yang juga Ketua Ranting KEADILAN Triang 3.Diharapkan orang ramai terutama penduduk berhampiran dapat datang ke majlis tersebut, Insya Allah

No comments: