Saturday, May 8, 2010

KETUA PEMBANGKANG BN UGUT GUNA GENGSTER

PULAU PINANG 7 MEI 2010:

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang menggesa pihak polis menyiasat Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam ucapan pada penggulungan perbahasan di DUN semalam.

Sehubungan itu Pemuda Pakatan Rakyat yang diwakili Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinag, Syed Mikael Rizal Aidid, Setiausaha Pemuda Sosialis DAP, Ng Wei Eik dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Nor Harun membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai pagi tadi.

Syed Mikael berkata tindakan Azhar bukan sahaja berunsur hasutan tetapi melanggar Peraturan 46 DUN yang melarang mana-mana anggota Dewan menyebut perkataan berbaur hasutan, memberontak serta bermusuhan

Kata beliau lagi, walaupun Azhar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung kenyataannya itu, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang tetap mahu beliau disiasat.

"Ini sidang DUN tersebut telah diikuti secara langsung oleh seluruh rakyat Pulau Pinang dan tindakan beliau itu dikhuatiri bakal menimbulkan ketengangan kaum," kata Syed Mikael.

Ketika diberi peluang mencelah ucapan penggulungan Ketua Menteri semalam, Azhar telah membangkitkan sentimen perkauman dengan memberi amaran kepada rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berlaku sekali lagi sekiranya rakyat menafikan peranan dan tidak yakin dengan kewibawaan polis.

Beliau juga didakwa mengugut rakyat Pulau Pinang agar menerima tentera menjaga keselamatan mereka jika sudah tidak mahukan polis lagi dan yang paling mengecewakan beliau juga berkata adalah lebih senang jika suasana Mageran (darurat) diwujudkan kembali.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak, Sim Tzi Tzin berkata beliau mendengar ucapan Azhar bahawa beliau tidak kisah dengan peraturan dan undang-undang.

Beliau juga mengeluarkan amaran akan membawa 'kumpulan 3 line' dan samseng 'underground untuk mengugut Ketua Menteri, Lim Guan Eng.


Sumber http://suara-keadilan.com

No comments: