Monday, May 24, 2010

MERCU TANDA TERBARU DAERAH BERA

BANDAR BERA 24 MEI 2010:

Pembinaan mercu tanda terbaru ‘Billboard’ yang tertera dengan perkataan B.E.R.A yang terletak berhadapan dengan Bera Water Front di Kampung Mengkarak amatlah disambut baik.

Ini kerana pembinaan mercu tanda ini juga adalah sama sebagaimana yang telah dibina di kebanyakan daerah di negeri Pahang ini. Mercu tanda yang dibina di seberang sungai Pahang ini secara tidak langsung mampu melonjakkan nama daerah Bera yang juga merupakan daerah yang termuda wujud di negeri Pahang ini.

Lokasi pembinaan mercu tanda terbaru ini juga amat bertepatan sekali kerana ianya boleh dilihat kedudukannya sekiranya kita melalui jalan di laluan 10 antara Bera-Temerloh (di Kampung Mengkarak).

No comments: