Monday, May 24, 2010

CUBAAN UMNO-BN GUGATKAN PAKATAN RAKYAT KEDAH GAGAL

ALOR SETAR 24 MEI 2010:

Ahli Exco Negeri Kedah, S Manikumar Manikumar menyeru rakyat supaya menolak propaganda Umno-Barisan Nasional yang menyebarkan fitnah bahawa kerajaan negeri goyah disebabkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri akan keluar parti sambil menyatakan keyakinan penuh dan taat setia beliau kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Manikumar yang juga ADUN Bukit Selambau berkata musuh ingin melihat Pakatan Rakyat tumbang di Kedah yang dilihat sebagai sebuah parti pemerintah yang kuat sekarang ini namun beliau akan tetap bersama dengan KEADILAN dalam apa juga situasi dan kondisi.

"Saya mendapat tempat untuk menjadi wakil rakyat adalah atas kepercayaan kepimpinan parti kepada saya. Oleh kerana itu adalah tidak wajar bagi saya untuk meninggalkan parti yang telah memberi satu penghormatan dan tanggungjawab untuk saya laksanakan bersama-sama dalam Pakatan Rakyat.

"Justeru itu desas-desus dan dakwaan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab seperti mana yang dilaung-laungkan sebelum ini bahawa terdapat ADUN Pakatan Rakyat akan melompat parti adalah satu dakyah jahat yang sengaja Umno-BN rekacipta semata-mata untuk melihat kita dalam Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang goncang dan goyang.

"Oleh kerana itu jugalah maka saya dengan ini suka menyatakan pendirian saya bahawa KEADILAN adalah tetap menjadi parti untuk saya memberi khidmat dan sumbangan kepada rakyat yang telah memilih saya dalam pilihan raya kecil yang lalu sehinggalah kepada pilihan raya umum yang akan datang," kata Manikumar semasa beucap di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar Sabtu lalu.



* Sumber http://Suara-Keadilan.com

No comments: