Friday, May 21, 2010

KONGRES NASIONAL KEADILAN KE 6 DI KOTA BHARU

BANDAR BERA 21 MEI 2010:

Kongres Nasional Tahunan Kali Ke 6 tahun 2010 Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim bermula 28-30 Mei 2010 nanti. Kongres Nasional akan berlangsung di Kelantan Trade Centre (KTC) dengan dijangka dihadiri seramai 1500orang perwakilan dari seluruh negara.

Kongres Nasional ini akan bermula dengan Kongres Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Hotel Pacific Kota Bharu manakala Kongres Nasional Wanita akan diadakan di KTC. Kedua-dua kongres ini akan diadakan sehari awal dari kongres nasional untuk perwakilan cabang iaitu pada hari Jumaat 28 Mei 2010 nanti.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha KEADILAN Cabang Bera, Sdr Rizan Ali berkata KEADILAN Cabang Bera pula akan menghantar seramai 12 orang perwakilannya yang akan diketuai oleh Tn Hj Abas Awang selaku ketua delegasinya nanti. Sementara AMK dan Wanita Bera pula masing-masing akan menghantar seramai 9 dan 5 orang perwakilannya ke kongres tersebut masing-masing.

No comments: