Usah kita mudah melatah atau melayan sebarang kecaman ataupun teguran yang dihamburkan oleh mana-mana pemimpin di dalam Pakatan Rakyat terhadap sesama kita juga kerana itu tidak menggambarkan pendirian parti yang diwakilinya!
Apa yang diperkatakan diatas ini adalah merupakan sokongan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Sen Giaw ketika mengulas kenyataan dan kecaman yang berterusan dikeluarkan oleh YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kulim-Bandar Baharu, Kedah ketika diwawancara didalam program Soal Jawab TV3 baru-baru ini.
Satu persoalan yang berlegar diminda kita ialah, apakah masalah sebenarnya yang dihadapi oleh YB Zulkifli Nordin ini? Ketika kita semua selaku pendokong yang telah bersama sejak awal penubuhan KeADILan ini sejak 1999 begitu gembira dengan kelahiran Pakatan Rakyat (walaupun tidak diikat secara rasmi sebagai gabungan seumpama BN) entah bagaimana tiba-tiba adanya suara-suara sumbang yang terus melagukan berbagai perkara yang memungkin boleh menjadi senjata Umno dan BN ‘menembak’ kita secara berterusan!
Apakah tidak ada cara lain atau medium alternatif yang sebaiknya bagi YB Zulkifli ini daripada berterusan menyerang parti kawan yang bersama membentuk suatu pakatan seperti PR? Apakah yang dimahukan oleh YB Zulkifli sebenarnya?
Diawal tahun 2010 lalu (sekitar bulan Januari), YB Shah Alam Khalid Samad pernah dikecamnya gara-gara diperkatakan tidak ‘memahami’ apa yang dikatakan didalam isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja Kristian. Isu serangan serta kecaman yang berterusan ini sampai ke kemuncaknya apabila YB Zulkifli Nordin ini membuat laporan polis terhadap YB Khalid Samad.
Hari ini YB Zulkifli secara terus menerus mengambil sikap menyerang kepada rakan-rakan didalam Pakatan Rakyat. Apa makna pakatan pada pandangan YB Zulkifli pun kita tak tahu? Adakah pakatan ini berfungsi hanya sekadar ketika menghadapi BN sahaja tetapi tidak ‘menjuruskan’ sebagai sebuah pakatan didalam menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang memerintah?
Sebab itu apabila Dr Tan mengatakan usah dilayan dengan kecaman yang dkeluarkan oleh Yb Zulkifli ini kerana ianya bukan sebagai pendirian rasmi PKR dan tiada guna untuk kita melayan semua ini lagi pun ianya bukan sesuatu yang penting untuk dilayan!
“Manusia memang banyak mulut, kita pun tak boleh nak tutup mulut orang yang mengata kita. Bagi saya ini (kecaman Zulkifli) tidak penting sama sekali” – YB Dr Tan Sen Giaw
Apakah yang dimaksudkan oleh YB Zulkifli apabila secara berterusan mengatakan pakatan rakyat sebenarnya tidak serasi didalam konteks hubungan diantara parti-parti seperti PKR-PAS dan juga DAP?
Dr Tan juga menegaskan keserasian antara parti-parti ini bukan sekadar didalam hubungan sebagai suatu gagasan politik sahaja malahan turut merangkumi kerjasama diluar politik seperti mana kita melihat bagaimana Penasihat PKR, DS Anwar Ibrahim sendiri dibela oleh YB Karpal Singh yang juga merupakan Pengerusi DAP Kebangsaan terutamanya didalam perbicaraan terbaru kes dakwaan liwat DSAI-Saiful.
Sebenarnya kalau kita melihat apa yang diperkatakan oleh Dr Tan tadi jelas keserasian antara parti-parti didalam PR semakin baik dan cemerlang walaupun baru dua tahun di satukan sebagai sebuah pakatan untuk menubuhkan kerajaan di beberapa negeri selepas PRU 12.
Saya juga berani mengatakan usaha yang di gerakkan oleh PR ini turut mencemaskan BN khususnya Umno sendiri kerana ‘kehebatan’ pemimpin-pemimpin daripada PR sendiri yang bersungguh-sungguh memainkan peranan masing-masing!
Disamping Dr Tan yang menyanggah kecaman YB Zulkifli ini, Dato Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden Pas turut senada dengan Dr Tan apabila menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Zulkifli itu tidak perlu dilayan!
Apa yang penting kini katanya; “Kita daripada PAS-PKR dan DAP akan terus memperkuatkan hubungan serta kerjasama sebagai suatu pakatan yang kuat didalam usaha memenangi pilihanraya umum yang akan datang disamping menghadapi serangan musuh politik yang sama iaitu Umno dan BN”
Secara jelas dan terang, kita seharusnya terus bersatu dan memperkuatkan hubungan sesama komponen didalam Pakatan Rakyat dan bukannya berterusan mencari salah atau menyerang antara kita sedangkan musuh politik yang sama adalah hanya Barisan Nasional yang merangkumi 14 parti komponen didalamnya.
Oleh itu kenapa perlu ada pemimpin-pemimpin begini yang masih suka ‘mengadu’ masalah mereka didada akhbar atau media milik pemerintah yang akhirnya semua cerita-cerita dalaman tersebut akan menjadi ‘peluru’ buat musuh kita khususnya Umno?
Bagi saya sudah tiba masanya pimpinan parti-parti didalam Pakatan Rakyat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin masing-masing agar perlu menjaga disiplin diantara satu sama lain dan bukannya bertindak secara sembrono tanpa mengambil kira kepntingan bersama sebagai sebuah gabungan antara parti.
Ingat! Jangan kita rugi 'keseluruhan' kerana masih menyimpan seseorang yang jelas boleh menghuru-harakan parti daripada kita hanya rugi kepada seorang sahaja. Parti perlu berani mengambil risiko samada mengenakan tindakan disiplin yang cukup keras dengan menggantung seseorang ataupun memecat terus keahlian seseorang itu!
* Artikel ini dipetik dari blog http://ingeniur.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment