Thursday, February 18, 2010

KONVENSYEN PENEROKA FELDA 20 FEBRUARI 2010

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang melalui Biro Hal Ehwal Felda akan menganjurkan Konvensyen Peneroka Felda dan Generasi Kedua Felda pada 20 Februari ini bertempat di Markaz PAS Kawasan Jerantut, Kampung Temin.

Pengerusi biro berkenaan, Suhaimi Said berkata konvensyen itu merupakan program ulung oleh PKR memandangkan peneroka-peneroka Felda di seluruh negara dan generasi kedua sedang berhadapan dengan masalah-masalah berat yang mesti dicari jalan penyelesaian segera dan sebagai suatu penentuan dasar apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti.

Katanya, walaupun pendaftaran bermula jam 8.00 pagi tetapi memandangkan tempat adalah terhad kepada hanya 1,800 orang peserta sahaja, hanya mereka yang berdaftar awal sehingga jumlah itu sahaja akan diterima.

“Peserta akan diberikan kupon dan tag, manakala yang lain-lain masih boleh hadir di luar dewan, dan masih boleh mengikuti perjalanan konvensyen tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, pada konvensyen yang akan dirasmikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu, tiga pembentang akan membentangkan kertas kerja yang terdiri daripada Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali, Presiden Anak, Mazlan Aliman dan Wan Rohimi Wan Daud, peguam yang mengendalikan kes 354 Peneroka Felda Kemahang, Kelantan.



* Artikel ini dipetik dari harakahdaily.net

No comments: