Wednesday, February 3, 2010

KENAPA PROJEK IPD BERA BOLEH TERBENGKALAI?











BANDAR BERA 03 JANUARI 2010:

Apa sudah jadi kini pada projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera serta kuarters anggota polis yang kini sudah setahun berlalu tanpa dapat disiapkan dan diserahkan untuk di duduki?

Kegagalan pihak kontraktor utama untuk menyiapkan projek yang dikhabarkan berjumlah lebih daripada RM 60 Juta ini mengakibatkan wujudnya satu lagi projek terbengkalai yang terdapat di daerah Bera ini.

Kegagalan untuk menyiapkan IPD serta kuarters polis Bera yang baru ini sudah berlanjutan hampir setahun apatah lagi dikhabarkan sudah hampir enam bulan kerja-kerja akhir (finishing works) untuk menyiapkan IPD ini telah terhenti.

IPD Bera adalah merupakan salah satu projek pembinaan IPD-IPD baru diseluruh negara sejak tiga tahun lalu dan daerah Bera bertuah kerana turut memperolehi IPD baru tersebut.

Namun begitu harapan anggota polis khususnya serta penduduk-penduduk di daerah Bera ini umumnya untuk melihat projek IPD ini disiapkan mengikut jadual hampa kerana kegagalan kontraktor utama melaksanakan amanah yang telah diberikan.

Difahamkan projek IPD Bera ini telah mencecah hampir 80% siap dan melihat semak-samun yang mula meliar tumbuh dimerata tempat di kawasan tapak serta bangunan khususnya di tapak kuarters polis adalah diharapkan agar pihak-pihak tertentu yang terlibat khususnya Kementerian Dalan Negeri (KDN) selaku kementerian yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin serta berhemah.

No comments: