Wednesday, February 25, 2009

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN TERBENGKALAI DI BERA


Gambar Bangunan terbengkalai ini yang dipercayai pejabat pentadbiran utama Risda Daerah Bera yang tidak dapat disiapkan sehingga kini.

BANDAR TRIANG, BERA:

Projek bangunan pentadbiran salah sebuah badan berkanun milik kerajaan Persekutuan dipercayai bangunan Risda Daerah Bera ini sepatutnya telah siap pada pertengahan tahun lepas tetapi sudah hampir setahun ianya terbengkalai. Sehingga kini tidak diketahui penghujungnya dan sampai bila akan berkeadaan sedemikian.
Projek ini yang berada dihadapan Masjid bandar Triang ini sepatutnya telah boleh digunakan untuk kemudahan penduduk untuk berurusan serta kemudahan kakitangan itu sendiri yang kini terpaksa menyewa di lot kedai laluan Triang-Temerloh. Semoga pihak-pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan dengan segera untuk mengelakkan kerja yang terbengkalai ini tiada tindakan seterusnya.

No comments: