Dato'Sri Azalina Othman, Menteri Pelancongan
Kelmarin di kejutkan dengan berita serbuan yang dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat kementerian Pelancongan di PWTC terhadap lapan orang pegawai kanan kepada Menteri Pelancongan, Cik Azalina Othman yang dikatakan berhubung kait dengan kes rasuah dan salah guna kuasa didalam pengagihan projek di kementerian tersebut.
Namun begitu sehingga hari ini pihak SPRM melalui kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato Seri Ahmad Said Hamdan menafikan khabar angin bahawa beberapa pegawai kanan di kementerian terbabit akan ditahan untuk membantu siasatan kes ini.
“Dah nama khabar angin, tidak betullah itu. Saya harap media serta orang awam tidak percaya mengenai perkara tersebut”.
Beliau juga menolak ketika di minta mengulas lanjut kerana dikhuatiri mengganggu siasatan yang sedang dilakukan sekarang. Serbuan terhadap kementerian ini hanyalah prosedur biasa didalam siasatan.
Bagi Menteri yang berkenaan, siasatan yang dilakukan terhadap pegawai-pegawainya ini sedikit pun tidak mengentarkan dirinya. Menurut Cik Azalina Othman lagi, beliau sedia untuk disiasat serta bersedia untuk member keterangan kepada SPRM sekiranya beliau dipanggil bagi membantu siasatan kes ini.
“saya yakin SPRM adalah sebuah badan professional. Tindakan mengambil keterangan dan dokumen dari kementerian adalah prosedur biasa untuk membantu siasatan sesuatu kes’
“Saya juga bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil memberi keterangan kepada SPRM”.
Sebenarnya siasatan demi siasatan yang dilakukan oleh SPRM sebelum itu BPR adalah perkara yang baik dan positif terhadap sesuatu salah laku, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pegawai-pegawai kanan apatah lagi terhadap menteri itu sendiri.
Namun begitu harapan kita ialah, apabila siasatan yang dijalankan telah selesai, jangan dibiarkan sesuatu kes ini dibiarkan berlarutan tanpa diambil tindakan yang sepatutnya. Jangan di simpan kes ini demi menutup kesalahan yang dilakukan tanpa diadili terlebih dahulu. Kes yang begitu penting dan bertaraf ‘high profile’ ini seharusnya di percepatkan sebagai membuktikan ketelusan badan yang bertindak seperti SPRM ini sendiri.

Kita tidak mahu nanti orang menuduh hanya 'orang kecil atau bilis' sahaja yang disiasat tetapi tidak pada 'orang besar atau jerung', SPRM perlu berani dan berterusan menyiasat kepada sesiapa yang difikirkan menyalahguna kuasa yang diamanahkan padanya.
Dipetik dari blog http://ingeniur.blogspot.com
No comments:
Post a Comment