Monday, March 16, 2009

LAPORAN POLIS OLEH AMK BERA PADA 08 MAC 2009

Dari kanan Sdr Sarawanan, Sdr Bob serta AJK AMK Bera yang hadir di IPD Bera.

BANDAR BERA 08 MAC 2009:


Satu laporan polis berdasarkan artikel yang dikeluarkan oleh akhbar Perancis oleh AMK Bera yang diketuai oleh Sdr Bob (Ketua AMK Bera), Sdr Sarawanan (Naib Ketua AMK / Exco AMK Malaysia) serta Sdr Zainizan (S/U AMK Bera) di IPD Bera.

Isu laporan terbaru yang diterbitkan oleh akhbar ‘The French Liberation’ pada 5 Mac 2009 bertajuk “The Altantunya Shaaribuu’s Case: How and why she was killed?” yang telah dialih bahasa ke bahasa Inggeris. Artikel ini telah ditulis oleh wartawan Perancis bernama Arnaud Dubus yang berpengkalan di Thailand.”

“Pihak AMK Bera telah membuat satu laporan polis terhadap isu ini dengan salinan lengkap artikel yang telah diterjemahkan sebagaimana di berikan kepada wartawan yang hadir hari ini. Pihak kami telah hadir ke IPD Bera tepat jam 3.00 petang tadi (08 Mac 2009) bagi tujuan laporan polis itu.”


1 comment:

Rantong said...

Tak berapa paham.

View Profile: Panassss™