Tuesday, March 3, 2009

KENAPA BN PERAK KINI TAKUT ?


Percubaan BN Perak untuk menghalang daripada sidang tergempar DUN Perak kini menimbulkan persoalan kepada rakyat. Halangan tersebut bukan sahaja dimainkan peranan oleh para adun-adun BN di Perak malahan turut disokong oleh pemimpin-pemimpin utama BN khususnya Umno.
Kenyataan awal yang dikeluarkan oleh Dato Sri Najib Tun Razak yang cuba mengaitkan kes mahkamah sebagai satu isu bagi menghalang daripada berlakunya sidang dun tersebut turut dipersoalkan kerana kenapa baru kini hendak menimbulkan dari segi undang-undang?

Bagi MB BN Perak Dato Dr Zambry Kadir (Dalam gambar), sidang yang bakal berlangsung esok 3 mac 2009 akan mengundang konflik perlembagaan kerana ianya tidak sah sekiranya tidak mendapat perkenan sultan. Katanya lagi jika ianya berlangsung pun tetap tidak dianggap tidak sah. Tegasnya lagi;

"Dia tidak boleh sewenang-wenangnya memanggil ADUN untuk menghadiri sidang tergempar kerana ianya memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu. ini jelas melanggar perlembagaan dibawah peraturan Tetap DUN Perak apabila dia membuat keputusan mengadakan sidang tergempar pada 3 mac ini tanpa perkenan sultan"

Menjadi persoalan kepada kita semua kenapa baru kini masing-masing cuba bercakap soal perlembagaan negeri Perak? kenapa tidak sebelum menceroboh kerajaan PR yang sedia ada memerintah negeri Perak sebelum ini?

Krisis yang kian berpanjangan kini jelas menunjukkan kepada rakyat betapa matlamat menghalalkan cara sebagaimana yang dipraktikkan oleh pemimpin-pemimpin Umno khususnya bagi mendapatkan kuasa walaupun bukan haknya. Dengan mengaitkan pelbagai pihak didalam hal ini jelas BN takut untuk menghadapi kemungkinan kuasanya akan hilang kembali sekiranya Dun Perak dapat bersidang.

Sebagaimana yang diperjelaskan oleh Speaker Dun Perak yang menghalang 3 adun bebas serta 7 adun yang lain termasuk MB sendiri dari menghadiri sidang ini sudah membuktikan peraturan serta perlembagaan yang ada telah dipraktikkan oleh Speaker itu sendiri.

Kini kenapa mereka semua takut sekarang? Apa yang penting berilah peluang kepada Speaker untuk menjalankan tugasnya dan bukan membuat keputusan sendiri dengan logik akal seperti sebelum ini.


Dipetik daripada blog http://ingeniur.blogspot.com

No comments: