Tuesday, March 10, 2009

SIDANG MEDIA PKR BAHAGIAN BERA 08 MAC 2009




Gambar 1,2 & 3: Kelihatan para wartawan yang dijemput untuk hadir di sidang media bersama Tn Hj Abas, Sdr Amir, Sdr Rizan, Sdr Bob, Sdr Sarawanan dan juga Mantan ADUN Guai, Tn Hj Hamzah Ibrahim

BANDAR BERA 08 MAC 2009:

Sidang media yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Bera sejurus selepas mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PKR ke 3 / 2009 yang disertai oleh Ketua Bahagian Tn Hj Abas Awang, Naib Ketua 1 Sdr Amir Abd Aziz, Setiausaha Sdr Rizan, Ketua AMK Bera Sdr Bob Manolan, Naib Ketua 1 AMK Bera Sdr Sarawanan dan juga Mantan ADUN Guai Tn Hj Hamzah Ibrahim. Antara wartawan akhbar yang turut menyertai sidang media ini ialah daripada Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan juga Sinar Harian.

Pada sidang media tersebut, beberapa kenyataan , ketetapan dan pengumuman telah dibuat sebagaimana diputuskan didalam mesyuarat AJK PKR Bera kepada wartawan antaranya ialah;

1. PPSMI
Tn Hj Abas Awang antara lain memberitahu ;

“ Bahawa dengan ini PKR Bera menyokong penuh Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) sebagaimana yang dibuat semalam dengan menghantar memorandum ke Istana Negara . PPSMI yang merupakan sebahagian daripada agenda Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan penggunaan Bahasa Inggeris pada pengajaran Sains & Matematik adalah merupakan kesilapan yang amat besar kepada anak-anak kita.”

“ Bahasa ibunda Bahasa Melayu itu seharusnya digunakan kepada pelajar-pelajar diperingkat awal lagi dan kaedah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa untuk mengajar Sains & Matematik itu adalah tidak berkesan dan betul sebenarnya. Kita tidak mahu suatu hari nanti nasib Bahasa Melayu akan menjadi seperti mana tulisan Jawi yang telah dihapuskan oleh UMNO pada tahun 1960an dulu. Apa sudah jadi pada generasi kini yang tidak tahu langsung pada tulisan Jawi?”

2. PROGRAM DAN AKTIVITI PKR BERA

Sdr Rizan selaku Setiausaha PKR Bera telah memberitahu kepada wartawan antaranya;

PKR Bera telah menetapkan bahawa PKR akan memperbanyakkan lagi aktiviti didalam memperkenalkan parti kepada masyarakat umum di Bera ini.”

“ Dengan program ceramah di Triang 3 pada 21 Februari lalu sebagai pengenalan aktiviti PKR Bera pada tahun ini, kita akan terus mengadakan program yang Insya Allah akan dijalankan pada setiap bulan. Perjumpaan Pimpinan Pakatan Rakyat yang melibatkan PKR, PAS & DAP pada 22 Mac ini adalah perjumpaan pertama seumpama ini di Bera dan juga Pahang diantara pimpinan Pakatan Rakyat.”

3. KEMASUKAN MANTAN ADUN GUAI KE DALAM PKR BERA
Tn Hj Hamzah Ibrahim yang turut dijemput untuk menghadiri mesyuarat AJK PKR Bera juga turut ditanya tentang penyertaan beliau didalam Pakatan Rakyat antara lain berkata;

“Yang pasti PKR akan menjadi pilihan saya. Secara dasarnya kehadiran saya di mesyuarat AJK PKR Bera adalah memperlihatkan keterbukaan saya sendiri pada parti ini. Namun begitu pengumuman secara rasmi kemasukan saya akan diumumkan oleh Pengerusi PKR Pahang, Dato Fauzi Abd Rahman di Kuantan sempena lawatan dan program ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim ke Kuantan.”

Tn Hj Abas juga menambah;

“Kemasukan Tn Hj Hamzah nanti juga turut akan di isytiharkan kemasukannya bersama beberapa bekas orang kuat Umno Pahang yang lain.”

“Bagi PKR Bera, kemasukan Hj Hamzah akan memberi kita kekuatan lagi didalam menghadapi Umno terutamanya di kawasan Felda yang diketahui umum merupakan tunggak kekuatan Umno di Parlimen Bera ini sejak sekian lama.”





No comments: