Tuesday, March 10, 2009

SIDANG MEDIA AMK BERA 08 MAC 2009


Gambar 1 & 2) : Wartawan dari Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau dan China Press bersama Sdr Bob (Ketua AMK Bera), Sdr Sarawanan (Naib Ketua AMK 1), Sdr Ridzuan (Timb Ketua AMK) dan Sdr Zarizan (S/Usaha AMK Bera)
BANDAR BERA 08 MAC 2009:
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Bera yang diketuai oleh Sdr Bob Manolan, Sdr Sarawanan Naib Ketua 1 AMK Bera merangkap Exco AMK Pusat serta Sdr Zarizan Setiausaha AMK Bera telah mengadakan sidang media sejurus selepas mesyuarat AJK PKR Bera di Pejabat PKR Bera. Seramai 4 wartawan akhbar hadir menyertai sidang media ini antaranya dari Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan juga Sinar Harian.

Pada sidang media ini Sdr Bob dan Sdr Sarawanan telah menjelaskan beberapa isu antaranya;
“Isu laporan terbaru yang diterbitkan oleh akhbar ‘The French Liberation’ pada 5 Mac 2009 bertajuk “The Altantunya Shaaribuu’s Case: How and why she was killed?” yang telah dialih bahasa ke bahasa Inggeris. Artikel ini telah ditulis oleh wartawan Perancis bernama Arnaud Dubus yang berpengkalan di Thailand.”

Sdr Bob dan Sdr Sarawanan juga menjelaskan satu laporan polis akan dibuat di IPD Bera berkaitan dengan laporan terbaru tersebut;

“Pihak AMK Bera akan membuat satu laporan polis terhadap isu ini dengan salinan lengkap artikel yang telah diterjemahkan sebagaimana di berikan kepada wartawan yang hadir hari ini. Pihak kami akan hadir ke IPD Bera tepat jam 3.00 petang ini (08 Mac 2009) bagi tujuan membuat laporan polis.”

No comments: