Monday, November 2, 2009

PKR CABANG BERA TERUS BERTAMBAH MANTAP


Gambar 1) Tn Hj Abas sedang mempengerusikan mesyuarat PKR Cabang Bera.


Gambar 2)Antara ahli jawatankuasa yang hadir di mesyuarat PKR Cabang Bera kali ke 08 /2009 ini.


BANDAR BERA 01 NOVEMBER 2009:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bera yang mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Cabang kali ke 08 / 2009 ini telah membuat beberapa perlantikan baru serta mengemaskini kembali beberapa biro yang sedia ada bagi melicinkan lagi perjalanan parti di peringkat cabang ini. Sebanyak lima orang ahli jawatankuasa telah dilantik bagi memegang jawatan ketua biro dan pengarah ini, antaranya ialah:


1. Ketua Biro Hal Ehwal Felda : Sdr Zakaria Ahmad



2. Ketua Biro Hal Ehwal Orang Asal : Sdr Bob Manolan


3. Ketua Biro Perhubungan Antara Kaum : Sdr M.Muthusamy


4. Ketua Biro Pendidikan & Hal Ehwal Agama : Cikgu Abdul Malik Saleh


5. Pengarah Pilihanraya PKR Cabang Bera : Sdr Hamzah Bawa


Mesyuarat yang bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir dua jam kemudian itu telah diadakan di pejabat PKR Bera dengan dihadiri oleh 15 daripada 18 ahli jawatankuasa PKR Cabang Bera turut memutuskan akan melantik seorang Setiausaha Eksekutif yang juga akan bertindak sebagai Pegawai Sekretariat Pejabat PKR Bera yang akan mula bertugas sepenuh masa dengan elaun bulanan yang berpatutan mulai Januari 2010 ini.

Setakat ini beberapa calon yang berpengalaman untuk mengisi jawatan tersebut telah dikenal pasti dengan masing-masing semuanya berkelulusan diploma dan ijazah sarjana muda. Semoga dengan perlantikan jawatan tersebut, sudah pasti segala gerak kerja dan perjalanan pentadbiran parti diperingkat cabang ini akan bergerak dengan lebih baik lagi.

Sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa PKR Cabang Bera pada mesyuarat kali ke 07 (September lalu), pejabat PKR hendaklah sentiasa dibuka pada setiap hari ahad untuk rakyat datang mengadu masalah atau untuk berjumpa dengan pimpinan PKR peringkat cabang pada setiap hari tersebut.

Dengan lokasi pejabat PKR Cabang Bera ini berada di tengah-tengah tapak Pekan Sehari Bandar Bera di Kerayong ini, sudah pasti ianya begitu mudah dikunjungi serta didatangi tetamu terutamanya daripada tanah rancangan felda untuk mengadu sebarang masalah kepada pimpinan PKR Bera ini.

No comments: