Sunday, November 22, 2009

PERLU BANTUAN MENYELURUH UNTUK KAUM INDIA BERA.


BANDAR BERA 21 NOVEMBER 2009:

" Bantu betul-betul kaum india yang susah di daerah Bera ini, bantulah dengan ikhlas agar kaum india yang miskin terus tidak ketinggalan. Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur) yang akan dilaksanakan bulan depan perlulah dibantu secara menyeluruh dan bukannya bantuan berbentuk terpilih! "

Antara kenyataan Sdr Sarawanan yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat merangkap Timbalan Ketua AMK Cabang Bera ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh R Goonasegaran yang juga Ketua MIC Bahagian Bera di akhbar Sinar Harian (Liputan Berita Sinar Bera) hari ini 21 November 2009.

Paling penting bantuan kepada golongan susah perlu menyeluruh dan bukannya orang ini dapat, orang ini tidak dapat hanya kerana perbezaan ideologi politik semata-mata yang akhirnya merugikan kaum india sendiri di daerah Bera ini.

Sdr Sarawanan juga menggesa agar setiap teguran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di parlimen Bera ini hendaklah dipandang positif demi kesejahteraan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, agama dan paling penting perbezaan ideologi politik jangan dijadikan 'modal' untuk menafikan bantuan kepada mereka yang susah.

No comments: