Saturday, February 14, 2009

PRK BKT GANTANG & BKT SELAMBAU : UMNO & SPR MACAM SENADA

Gambar Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof

Penetapan tarikh penamaan calon dan hari pengundian Pilihanraya kecil (PRK) di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau telah ditetapkan semalam oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)pada 29 Mac 2009 dan 07 April 2009 ini. Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof semalam di pejabatnya di Putra Jaya.

Namun begitu pengumuman kedua-dua tarikh ini yang begitu lewat serta benar-benar memanfaatkan tempoh 60 hari kerusi Dun atau Parlimen mestilah diadakan, secara jelasnya mengikut telunjuk penentuan tarikh berdasarkan kehendak Umno terutamanya.

Ini kerana kebiasaannya SPR tidak akan menunggu lama untuk menentukan tarikh ini. Biasanya SPR menetapkan antara 2-3 minggu tarikh untuk penamaan calon dan tarikh mengundi selepas pengumuman dibuat, tetapi kali ini cukup berlainan sama sekali.

Penundaan kedua-dua tarikh ini yang begitu jauh sekali sehingga ke penghujung 60 hari yang ditetapkan berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, adalah disebabkan kerana pemilihan Umno pada 24-28 Mac 2009 nanti. Bagi Umno sekiranya tarikh untuk tujuan pilihanraya ini dipercepatkan sebelum atau terlalu hampir dengan Perhimpunan Agung Umno nanti, pasti ianya akan menjejaskan tumpuan perwakilan dan ahli Umno ke perhimpunan nanti apatah lagi ketika itu juga pemilihan merebut jawatan tertinggi Parti Umno akan turut berlangsung.

Walaupun ada penafian yang dibuat oleh pihak SPR tentang penglibatan daripada Umno untuk mempengaruhi keputusan yang dibuat ini tetapi adakah penafian sudah cukup berdasarkan beberapa kes-kes sebelum ini yang begitu 'bias' pada Umno terutamanya melibatkan pimpinan tertinggi parti itu?

Keputusan SPR yang menolak usul Speaker DUN Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Perak terhadap perlunya diadakan pilihanraya kecil di Dun Behrang serta Dun Changkat Jering secara jelas telah menjejaskan reputasi SPR yang kini dipengerusikan oleh Pengerusinya yang baru. Apakah rakyat boleh terima penafiannya apabila mengatakan tiada penglibatan daripada Umno dan khususnya apabila nama Dato Sri Najib Razak juga dikaitkan didalam hal ini?

Rakyat kini sudah matang dan cerdik untuk menilainya. Berdasarkan apa yang berlaku apabila SPR menolak hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat Perak untuk pilihanraya kecil pada 2 minggu lepas tetiba sehari selepas itu Dato Sri Najib Razak mengumumkan acara melompat parti adun-adun PR ke BN dan pembentukan tiba-tiba kerajaan baru Perak di bawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional.Apa lagi yang boleh rakyat harapkan dengan jaminan mulut serta penafian-penafian seperti SPR katakan? Yang terang lagi bersuluh kini. Apa lagi yang akan dilakukan oleh Umno serta SPR selepas ini lebih-lebih lagi untuk menghadapi Pilihanraya kecil yang pastinya akan sengit apatah lagi berlaku di Perak dan Kedah?

Kita mungkin tidak tahu sekarang tetapi kita kena 'alert' serta bersikap mengambil tahu dan terus berwaspada di PRK ini. Kita perlu bersedia dan peka dengan lebih kehadapan lagi untuk menghadapi 'permainan' yang bakal di adakan nanti....bukan sekadar permainan di pentas pilihanraya kecil ini tetapi juga permainan yang lebih kearah 'silapmata' antara Umno / BN serta SPR juga.

Friday, February 13, 2009

EXCO DAN PORTFOLIO PERAK PINCANG!

Gambar Dato Dr Zambry Abd Kadir, 'MB' pimpinan BN Perak sekarang


Apa rasionalnya apabila Menteri Besar Perak yang baru Dato Dr Zambry Abd Kadir melantik 4 Penasihat yang bertaraf Exco negeri sedangkan masih terdapat 4 kekosongan Exco yang sepatutnya diisi menjadi 10 barisan Exconya?

Dengan 6 exco yang lain telah diisi jawatannya turut memperlihatkan kepada kita tentang ‘kepincangannya’ apabila negeri Perak yang besar mempunyai 59 kerusi DUN hanya mempunyai 6 exco sahaja sedangkan negeri Perlis yang mempunyai 15 DUN sahaja pun telah mempunyai 6 exconya tersendiri. Dimanakah kewajaran MB yang baru ini apabila membuat keputusan yang pelik apatah lagi turut mengumumkan 4 penasihatnya bertaraf exco semata-mata ingin memenuhi hati setiap parti komponen BN di Perak.

Bagi saya dengan nisbah 6 exco pada 59 DUN adalah begitu janggal serta boleh mengakibatkan beban Portfolio masing-masing akan turut bertambah apatah lagi MB sendiri turut menyandang 8 potfolio serta exconya antara 2 hingga 6 portfolio yang harus dipegang.
Bukankah ini dinamakan satu tindakan yang bodoh dibuat oleh seorang MB sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk melantik sehingga 10 barisan exconya? Memang benar, ramai yang beranggapan sekiranya beliau melantik lagi 4 exconya sudah tentu juga akan dipegang daripada Umno kerana tiada lagi adun-adun daripada komponen BN lain yang memenangi kerusi dun di PRU 12 dahulu.

Tetapi kewajaran samada perlu melantik lagi ataupun tidak 4 lagi exco walaupun daripada Umno tetap perlu diteruskan kerana ini melibatkan pentadbiran kerajaan negeri yang sepatutnya tugas tersebut perlu disandang kepada setiap exco.

Perlantikan penasihat yang bertaraf exco juga perlu dinilai juga walaupun ianya perlu dilantik apatah lagi didalam konteks negeri Perak sekarang dengan mempunyai 27 adun Umno serta seorang adun MCA serta tiada langsung kelibat kerusi daripada MIC! Apakah perlunya tugas-tugas yang diberikan kepada penasihat tersebut sekiranya pada masa yang sama exco yang sedia ada telah memegang portfolio tersebut?

Contohnya MB sendiri telah memegang portfolio Agama tetapi pada masa yang sama YB Kapten (B) Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz turut diberi tugas sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama? Begitu juga dengan peranan yang diberikan kepada Dato Chang Ko Youn daripada parti Gerakan yang mempunyai tugas yang hampir sama dengan Exco Dr Mah Hang Soon selaku wakil Hal Ehwal Bukan Islam dan secara tidak langsung sebagai Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina?

Apa perlunya lagi Penasihat MB, Dato Hamdi Abu Bakar yang berperanan sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak sedangkan dalam masa yang sama Dato Saarani Mohamad turut memegang portfolio Penerangan negeri?

Bagi saya, portfolio-portfolio yang diisi oleh barisan exco kerajaan baru negeri Perak begitu ‘bercelaru’ dan wujudnya pertindihan tugas sesame sendiri. Suatu kehairanan juga apabila 4 kekosongan exco ini seolah-olahnya saja dibiarkan kosong sebagai satu ‘umpan’ kepada Adun-adun daripada Pakatan Rakyat sekiranya mereka melompat ke Barisan Nasional. Dimanakah sifat pertanggungjawaban kerajaan negeri yang baru ini sekiranya 4 exco ini dibiarkan kosong kerana tugas menguruskan negeri bukanlah suatu perkara yang mudah.



*Dipetik dari blog http://ingeniur.blogspot.com

Thursday, February 12, 2009

PKR BERA BERTAMBAH MANTAP KINI

Gambar Sdr Amir Abd Aziz, Naib 1 Ketua Bahagian Bera


Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Bera telah membuat keputusan untuk mengaktifkan kembali (Re-Branding) beberapa cawangan PKR di sini selaras dengan keputusan yang dibuat ketika Kongres Nasional PKR pada tahun 2008 lalu.

Menurut Naib 1 Ketua Bahagian PKR Bera yang juga bekas Calon DUN Kemayan pada PRU 11 2004 Sdr Amir Abd Aziz berkata,

" keputusan ini akan segera di lakukan memandangkan permintaan serta minat rakyat bawahan terutamanya di felda-felda begitu tinggi apatah lagi semenjak PRU 12 Mac 2008 lalu. Sebagai permulaan beberapa cawangan PKR telah diamanahkan untuk mengaktifkan kembali serta menambah seramai mungkin ahli-ahli baru terutamanya golongan muda. Antara cawangannya ialah di Felda Triang 3, Triang 1, Tementi, Bukit Mendi serta Tembangau"

"Kita akan memulakan program yang lebih tersusun dengan sokongan Ketua Bahagian kita Tn Hj Abas Awang serta ketua-ketua cawangan yang sedia ada. Sebagai permulaan cawangan Triang 3 akan adakan program ceramah pada 21/02/2009 ini"

Disamping itu juga beberapa penempatan orang asli juga turut mengundang PKR Bera ini untuk bersama-sama menubuhkan cawangan di situ. Hasrat ini di lahirkan oleh orang lain yang turut hadir di perasmian Cawangan Bukit Rok/Ibam yang kesemua ahlinya adalah dari keturunan orang asli.




Tuesday, February 10, 2009

PKR NEEDS QUALITY CANDIDATE FOR ELECTION


Pakatan Rakyat (PR) especially Parti Keadilan Rakyat (PKR) should learn from its loss of power in Perak and be more careful when choosing of the candidates for elections in the future. Parti Keadilan Rakyat should put more emphasis on the quality of candidates and their objectives of wanting to become good politicians.

This is a time for them to improve the quality of their members. This is a reminder for all the members to be loyal and work for their common interest. Loss of power in Perak not only effect for Parti Keadilan Rakyat but for all the components of Pakatan Rakyat.

Recapture of Perak by Barisan Nasional (BN) was not only a sign of victory for Barisan Nasional but also helped improved the reputation of the in waiting Prime Minister, Dato Sri Najib Tun Razak.

Basically, politics is all about servicing the people and no matter which party is the rulling government, policies which were good for the people must to continue. Rakyat of Perak was very clear about what they thought of Barisan Nasional governance in the past.

With the good results by Pakatan Rakyat in the past 10 months, the rakyat would surely make comparison between Pakatan Rakyat and Barisan Nasional now. From now onward, Barisan Nasional will have to work harder to gain the acceptance of the people in Perak, who had voted for Pakatan Rakyat in the March 8, 2008 general election.
* Dipetik dari blog http://ingeniur.blogspot.com

CERAMAH PKR BERA PADA 21/02/2009

Gambar 1) Dato Fauzi Abd Rahman, Pengerusi PKR Pahang


Gambar 2) Tn Hj Abas Awang, Ketua Bahagian PKR Bera


Sebagaimana di maklumkan, 1 ceramah dengan isu-isu terkini politik negara akan diadakan sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh: 21/02/2009 @ Sabtu mlm Ahad
Masa : 09.00 Malam
Tempat: Halaman Rumah Ketua Cawangan PKR Felda Triang 3 (Sdr Zakaria Ahmad @ Pak Ya)
Penceramah:
1) Dato Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Negeri Pahang)
2) Sdr Dr Mohd Nur Manurty (MPT PKR)
3) Tn Hj Abas Awang (Ketua Bhg PKR Bera / Biro Latihan PKR Pusat)
4) Ust Sulaiman Mohamed (YDP Pas Kawasan Bera)
5) YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang / AJK DAP Pusat)

Sila hadir beramai-ramai ke sana, Insya Allah

Wednesday, January 21, 2009

SUASANA PRK P 036 KUALA TERENGGANU

13/01/2009 : Bersama Sdr Fariz Musa (Timb Ketua AMK Malaysia) ketika taklimat di Bilik Gerakan AMK Pusat.

13/01/2009: Suasana Markas PKR Cabang Tiga, Kuala Terengganu


13/01/2009: Banner calon Bebas turut kelihatan di bulatan Ladang, Kuala Terengganu


14/01/2009: Markas Utama DPP Pusat di Dun Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu


14/01/2009: Replika Jet Pejuang yang dibina oleh Pas di Dun Wakaf Mempelam


Suasana kemeriahan yang dirasakan sepanjang kempen pilihanraya kecil (PRK) P 036, Kuala Terengganu baru-baru ini. PKR Bahagian Bera turut menghantar petugasnya disana yang diketuai oleh Tn Hj Abas Awang selaku Ketua Bahagian selaku antara wakil yang terawal dari PKR Bera dan seterusnya diikuti oleh AMK Bera, Sdr Rizan, Sdr Amir, Sdr Shakri dan beberapa orang lagi yang turut menyertainya dari Bera. Kebanyakan yang hadir dari Bera ini datang secara berperingkat-peringkat sehingga di hari pengundian tersebut. Jawatankuasa pimpinan PKR Bahagian Bera mengucapkan berbanyak terima kasih dengan pengorbanan masa dan wang ringgit semua yang turut ke PRK Kuala Terengganu itu. Syabas!